Selain biskut suji, cornflakes dan almond london, biskut Mama Carry juga tidak kurang hebatnya malah cukup popular suatu waktu dahulu. Biskut kreatif ini sememangnya cukup enak malah bahan untuk membuatnya juga tidaklah banyak dan mudah disediakan.
Namun lorekkan pada permukaan biskutnya memerlukan kreativiti yang tersendiri. Resipi yang dikongsikan oleh Mastura Shariff ini nampak mudah. Hanya gunakan lorekkan menggunakan jari dan seterusnya dilorek kemas di atasnya. Memang mudah. Jom cuba!
Belum lelap lagi layan calit-calit & conteng-conteng cara saya buat Biskut Ibu Perihatin (mama carry) mungkin ada yang buat cara lain. Bagi saya ini yang paling mudah & senang walau pun biskut ni menguji kesabaran untuk mendapatkan toppingnya yang sempurna.
Nak makan nasi ayam Hainan sekarang tak perlu beli dekat kedai dah. Boleh buat sendiri je. Mudah rupanya nak buat nasi ayam Hainan ni. Orang lelaki yang kurang mahir memasak pun boleh masak tau. Menu ni pun disediakan oleh superdaddy tau.
Nasi ayam Hainan ni sesuai juga untuk dijamu untuk kanak- kanak kerana tidak menggunakan bahan- bahan yang tinggi kalori. Sekaligus, menjadikan nasi ayam ini berkhasiat untuk dimakan anak- anak. Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Khairul Abdullah.
RESEPI NASI AYAM HAINAN RANGUP
Ayam tu lepas keluarkan dari periuk nasi, goreng pula satu round dengan api yang kuat. Nak bagi dia garing dan rangup kat luar namun kat dalam masih lembut dan juicy. Haa gitu nak buat dia Nasi Ayam Hainan Rangup Ala- Ala Superdaddy. Macam biasa, kita buat dia so modified sesuka hati. Anak- anak suka sebab ayam rangup. Nasi pula just nice ada perisa. Aku suka one pot meal, campak terus ayam dalam periuk nasik tu so depa masak together-gether. Kalau nak ayam rangup je kena goreng atau masuk dalam oven atau paling senang masuk air fryer.
Resipi? Mudah sangat aihhh.
Bahan- bahan: – ½ ekor ayam dibersihkan, dipotong dan letak garam sikit – 2 cawan beras dibersihkan dan ditoskan – 1 sudu lemak/ kulit ayam – 2 sudu minyak bijan – 2 sudu minyak masak – 3 ulas bawang putih dipotong – 1 inci halia dipotong – 1 helai daun pandan disimpul. Takde pun takpe
Cara- cara: 1. Panaskan minyak masak campur minyak bijan tu dalam periuk dan tumiskan bawang putih dan halia serta kulit/ lemak ayamtu sampai wangi. Kemudian masukkan daun pandan dan kacau sekejap. Tutup api dan pindahkan ke dalam periuk elektrik. 2. Masukkan beras dan kacau sebati dan tambah air ikut sukatan beras macam masak nai biasa. Leoastu boleh tambah 1 kiub ayam yang dah dihancurkan. Kalau taknak, boleh tambah sedikit garam. Kacau sebati. 3. Masukkan ayam dn susun di bahagian atas. Tekan on.
Ayam tu kalau nak garing boleh keluarkan dan goreng dengan api yang kuat sekejap je. Sos tu nak buat sos thai. Guna sos cili thai dalam botol tu, campur dengan sedikit kicap, sikit je pastu potong daun ketumbar dan cili dan gaul sebati. Lepastu dah perah limau sikit. Haish masam manis pedas dan harum dia tu tak boleh blah weh.
Sup tu pula aku rebus je bahagian tulang dan kaki, lepastu campak kiub ayam seketul. Siapp. Kicap dia tu pun senang yakmat, tuang kicap dan campurkan dengan sedikit sup tadi dan tambah sedikit minyak bijan. Siapp.
Haa mudah yakmat kan? Cubalah kalau berani.
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. superdaddy yang lain pun boleh cuba resepi ni tau. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesekali layan scone bersama anak-anak memang seronok. Tak perlu beli, apa kata kali ini kita hasilkan sendiri scone untuk sekeluarga.
Paling menarik pastinya cukup mudah, hanya gunakan tiga bahan saja. Memang simple dan sedap. Jom cuba resipi perkongsian Mell Abd Rahman ini.
Tak payah pergi Cameron Highlands dah, orang Aloq Pongsu (kampung saya) pun boleh makan dah aih. Hebat tak sangga la makan scone oi.
Kalau beli seketoi RM4. Buat sendiri bahan tak sampai RM10. Saya nak share scones cuma menggunakan 3 bahan yang sangat-sangat senang dan mudah.
(Tapi ini versi tawar sebab kita akan makan dengan strawberry jam yang dah manis. So saya tak pakai gula. Lagipun saya sendiri dah manis.
OPTIONAL: Boleh pakai sedikit essen vanilla, sedikit gula castor dan sedikit garam (tapi untuk yang kali ini saya tak pakai)
Bahan-bahan seperti yang tertera: Jangan tiru jenama tu ye mak, sebab saya di Australia. Jenuh pulak nak pusing tesco nanti.
2 1/2 cawan tepung naik sendiri 1 cawan susu segar 130g (lebih kurang 1/2 cawan) butter
Saya ayak sikit tepung tu biar dapat tekstur gebu gebas dan kenalkan dengan butter. Gaul-gaulkan biar sampai jadi seperti serbuk roti. Seroi kata orang utara.
Lepas tu kita basahkan dengan secawan susu segar. Gaul chill-chill je tak payah uli ye.
(masa ni kalau yang suka manis tambah gula sedikit, essen vanilla dan garam. Ini optional saja ya)
Lepas tu ulilah sekejap sampai jadi doh. Rehatkan doh sekejap, dalam 10 minit.
Lapik baking paper atas dulang pembakar supaya tidak melekat. Kalau tak ada, sapu saja pakai butter sikit.
Kita leperkan sikit (tak perlu pakai roller) dan tekup bulat-bulat. Saya pakai acuan kecil konon-konon nak nampak comel.
Susunlah cantik-cantik atas dulang pembakar.
Ini juga optional. Saya suka permukaan scone nampak garing. So saya guna telur dan sedikir susu. Kacau sebati dan sapu atas scone.
Begini hasilnya (ini nak masuk 2nd bake, sebab tu paper tu dah ada kesan. Yang 1st tadi lupa nak snap).
Depend pada oven mak-mak ya. Kalau saya panas spa tu 250 degrees dan 15 minutes. (sebab saya suka garing. kalau taknak, kurangkan sikit suhu atau masa). Agak panas tapi cepat masak.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak jadi pandai tidak semestinya memerlukan kelas mahal. Ketahui rahsia sebenar yang diamalkan ibu bapa untuk membantu anak membaca, belajar dengan yakin dan cemerlang di sekolah.