Syasya Rizal, bekas anggota kumpulan Dolla, membawa khabar gembira dengan kelahiran cahaya mata pertamanya pada Isnin.
Syasya, atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi lelaki yang kini menjadi amanah besar untuk dijaga bersama suaminya, Nasrullah Mohd Sapie.
Lebih manis, pasangan itu sepakat memberikan nama indah, Muhammad Yassir Hayyan, kepada cahaya mata sulung mereka.
“Alhamdulillah, ini adalah nikmat terbesar dan amanah untuk mama dan baba. Selamat datang, Muhammad Yassir Hayyan,” kata Syasya dalam satu hantaran di Instagram.
Syasya turut menceritakan bagaimana pada awal tahun ini dia memohon kepada Allah SWT untuk kehidupan yang lebih baik. Tidak disangka, doanya dimakbulkan dengan kehadiran bayi lelaki di penghujung tahun sebagai hadiah terindah.
Ads
LUAH RASA SYUKUR
“Awal tahun ini, saya berdoa untuk kehidupan yang lebih baik dan penuh cinta. Syukur, Allah kurniakan rezeki ini kepada kami,” tambahnya lagi.
Ads
Pada bulan September, Syasya mengumumkan kehamilan pertamanya, dan kini dia serta suaminya menyambut kehadiran permata hati mereka dengan penuh syukur dan kegembiraan.
Untuk rekod, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April lalu.
Seramai 39 mangsa membabitkan guru dan kanak-kanak dari sebuah tadika yang terperangkap akibat kepala air di Gua Ikan, Dabong dekat sini berjaya diselamatkan semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Muhammad Aiman Aminuddin berkata, kumpulan itu dari Kuala Berang, Terengganu dan menaiki kereta api di stesen KTM Tanah Merah untuk mengadakan lawatan di gua berkenaan.
Katanya, sebelum itu keadaan cuaca cerah, namun secara tiba-tiba keadaan menjadi diluar jangkaaa menyebabkan mereka terperangkap.
“Operasi menyelamat mangsa membabitkan lima lelaki, 16 wanita dan 18 kanak-kanak itu mengambil masa lebih dua jam,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 3.24 petang memaklumkan terdapat mangsa terperangkap di dalam gua akibat kepala air.
“Seramai tujuh pegawai dan anggota dari BBP Dabong dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kesemua mangsa dipindahkan menggunakan bot bomba dan kesemuanya berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.04 petang.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika seseorang lelaki ‘menghampiri’ seorang wanita, manalah dia tahu gadis idamannya itu anak sulung, anak tengah atau anak bongsu. Waktu itu, lelaki tersebut hanya tahu yang diasudah terpikat dan mahu cuba nasib, kalau ada jodoh untuk bersama. Sebenarnya setiap wanita mempunyai karakter tersendiri, tetapi faktor mereka anak yang keberapa dalam keluarga juga sedikit sebanyak mempengaruhi karakter mereka.
Sekiranya seorang lelaki itu berkahwin dengan anak sulung, sudah tentu anda akan perasan akan perwatakan mereka yang lebih matang.
Walaupun begitu, tidak bermaksud anak sulung wanita yang matang semata-mata dan tidak pandai bermanja. Untuk yang baharu berkahwin atau sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih keliru dnegan karakter isteri anda, Pa&Ma senaraikan beberapa ciri yang mungkin boleh dikaitkan dengan diri mereka.
1. MATANG
Jika isteri anda seorang anak sulung, biasanya mereka sangat matang. Kadang-kadang, suami pun dilayan macam adik-adiknya. Kalau marah, isteri mudah memaafkan dan dia juga murah hati. Anak sulung mempunyai satu sifat yang mudah memaafkan dan suka berkongsi. Mungkin nampak sedikit tegas dan serius tetapi sebenarnya mudah lembut hati.
2. CERIA
Apabila mereka matang, jaranglah untuk ‘buat perangai’. Biasanya mereka jenis tenang dan mudah terhibur. Disebabkan kematangan mereka itu, jarang isteri terbawa-bawa dengan emosi dan mengikut perasaan. Mereka lebih positif dan mudah dibawa berbincang.
3. MENYAYANGI ORANG LAIN
Anak pertama sudah dilatih untuk menyayangi dan mengalah dengan adik-adiknya sejak kecil. Jadi iasanya isteri anda seorang yang sangat mengambil berat, cuma kenalah bersabar dengan tahap bebelannya. Anak sulung sudah biasa bertegas dan meleteri adik-adiknya, tidak mustahil di dalam rumah tangga mereka cenderung untuk terus bersikap begitu.
4.SENYUM WALAU BERMASALAH
Satu masalah anak sulung, mereka jarang berkongsi kedukaaan mereka. Isteri mungkin lebih suka memendam perasaan dan akan mencari jalannya untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Kadang-kadang ketika mereka sedang sedih pun tidak dapat dikesan doleh orang lain kerana mereka hanya senyum sahaja.
5. SUKA TUNJUK RASA SAYANG
Jika isteri anda anak sulung, mereka tidak malu untuk menunjukkan kasih sayang mereka. Terlebih prihatin dan akan pastikan semuanya sempurna untuk suami dan anak-anak.
6. MANJA
Anak sulung manja, cuma tidak mahu ditunjuk. isteri lebih suka memanjakan suami dan anak-anak, kerana mereka tidak mahu nampak mengada-ngada di depan keluarganya. Tapi kalau diberikan kejutan, pasti menangis terharu!
7. BERTANGGUNGJAWAB
Tidak kisahlah isteri anak keberapa, pastinya ada sikap bertanggungjawab terhadap keluarga. Cuma anak sulung ini kebanyakannya dilihat lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap suami dan anak-anaknya kerana telah dibesarkan begitu. Jadi kalau kadang-kadang suami atau anak-anak terasa seperti sedikit ‘dikawal’, sebenarnya isteri tak sedar pun hal itu kerana pada mereka, itu cara untuk menunjukkan keprihatinan mereka.
8. DEGIL
Disebabkan mereka sudah terbiasa, adik-adik mengikut kata mereka jadi ada masanya isteri sedikit degil. Mereka cenderung untuk membuat keputusan sendiri dan sangat tekad. Suami harus bijak menegur dan memujuk mereka untuk mereka merubah sesebuah keputusan yang telah dibuat.
Sampai hati bayi sekecil 11 bulan diseksa hanya kerana menangis. Hati ibu mana yang sanggup melihat anak sendiri diperlakukan sebegitu, apatah lagi oleh insan yang diamanahkan untuk menjaga dan melindungi.
Pipi kecil yang sepatutnya dicium penuh kasih sayang itu, sebaliknya ditampar hingga lebam hanya kerana tangisan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.
Di Mahkamah Sesyen hari ini, seorang pengasuh, Ng Lee Fhung, 58, dihadapkan atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap bayi perempuan berusia 11 bulan itu di sebuah rumah di Taman Setia Jaya, di sini, antara jam 9 pagi hingga 6 petang pada 6 Ogos lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai individu bertanggungjawab menjaga bayi berkenaan, didakwa menganiayai mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dengan menampar pipi hingga lebam kerana tidak berhenti menangis.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga RM30,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh kerana didapati tidak fasih berbahasa Melayu, dan mahkamah menetapkan tarikh 22 September ini untuk sebutan semula kes bagi kehadiran jurubahasa.
Hakim turut membenarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap 1 haribulan, tidak mengganggu atau berhubung dengan saksi pendakwaan, serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Kes ini sekali lagi membuka luka di hati ramai ibu bapa betapa nyawa anak kecil terlalu berharga untuk diletakkan di tangan yang salah.
Tangisan bayi bukan sekadar bunyi, tetapi bahasa jiwa yang meminta perhatian, pelukan, dan kasih sayang. Namun apabila suara kecil itu dibalas dengan kekerasan, ia bukan saja meninggalkan lebam di pipi, tetapi trauma yang mungkin membekas seumur hidup.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...