Creamy Crab Croquette Dengan Isi Ketam Padu, Bulat-Bulat Cantik, Laju Anak Makan!

Share

Anak-anak pun tentunya teruja dengan menu yang baru dan kreatif. Bosan dengan menu yang sama, apa kata kali ini kita cuba pula Creamy Crab Croquette dengan inti isi ketam padu yang buat anak makan bertambah.

Resipi perkongsian Pn Khyra Amanda ini memang awesome. Anak-anak cukup suka. Habis licin!

 


Bahan-bahan:
Isi ketam -direbus
Bawang merah -didadu
Hirisan daun bawang -dihiris

Tepung gandum
Susu full cream
Butter cup

My first time, buat CREAMY CRAB CROQUETTE. Memang licin weei, anak-anak cakap sedap ibu. Next ibu buat lagi. Mudah je. Saya buat cara tersendiri, boleh tengok dan rujuk cara cara step by step kat gambar ye.

First sekali , rebuskan isi ketam sekejap. Masukkan dalam mangkuk, letak bawang merah didadu dan hirisan daun bawang.

Gaulkan kesemua tadi, dan letakkan satu ketul kiub pati ayam. Dan gaulkan lagi sampai dah hancur kiub pati ayam tu.

Biarkan disitu, sekejap. Kita buat creamy dia pulak. Pastikan, ada 3 bahan ni Yee. Tepung gadung, susu full cream dan butter cup.

Panaskan, half butter sampai cair. Masukkan tepung gadung, dalam 3 hingga 4 sudu. Dan kacaukan sampai bagi pekat.

Masukkan pulak, sedikit susu full cream. Dan kacau lagi sampai pekat ye.

Ok masukkan, bahan utama tadi. Gaulkan rata.

Ok ni akhir sekali, masukkan telur dan serbuk roti.

Bentukan isi ketam, bagi bulat macam ni. Lepas tu celupkan dalam telur, dan celupkan pulak dalam serbuk roti. Ulang 2 kali ye celupan tu supaya nanti bebola lebih padat, dan tak pecah.

Ok siap, dah yang dicelup telur dan serbuk roti.

Sejukkan sekejap dalam peti sejuk 1 hingga 2 jam kemudian goreng hingga masak.

Menarik: Resipi Donat Kampung Simple, Nak Kembang Elok Kena Uli Lama, Newbie Buat Pun Pasti Jadi

 

IKLAN