Bosan juga asyik berbuka makan nasi saja kan? Jom cuba Resipi Creamy Tomyam Spaghetti perkongsian resepi dari Khairul Aming ini pula.
Sumber: Khairul Aming
Jarang dibuat orang tapi rasa memang sedap dan tak muak, memang lain dari lain. Rasa creamy dan kick dari tomyam tu memang beri rasa yang extra. Bolehlah cuba masak ini nanti ya. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
– Spaghetti
– 1 biji bwg merah
– 5 ulas bawang putih
– udang
– 1 sudu pes tomyam
– 1/2 cawan fresh milk
– 1/2 cawan cooking cream
– 3 helai daun limau purut
– 2 biji cili padi
– sedikit kiub pati ayam
– 1/2 sudu kecil gula
– Chilli flakes
– Tomato
Ads
Cara penyediaan:
Ads
Didihkan air, letakkan sedikit garam dan rebus spaghetti macam biasa. Bila dah lembut, angkat dan toskan. Ketepikan dahulu.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis 1 bawang merah, 5 ulas bawang putih dan masukkan udang Tumis sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan 1 sudu pes tomyam, 1/2 cawan cooking cream, 1/2 cawan fresh milk, diikuti dengan daun limau purut, 2 biji cili padi yang dipotong dan sedikit kiub pati ayam.
Masukkan sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
Kemudian masukkan spaghetti dan kacau sebati. Akhir sekali masukkan chilik flakes dan tomato kecil yang dibelah dua dan siap untuk dihidang.
Ads
Rasa yang lengkap, creamy dari susu dan cooking cream, masin dan masam dari pes tomyam, lengkap! Pesanan dari Khairul Aming: jangan ubah apa apa, tiru sebiji macam resepi ni.
Anak-anak suka dengan makanan manis yang menyelerakan. Hidangan seperti kek cawan, pudding roti dan jeli aiskrim tentu jadi pilihan untuk hidangan pemanis mulut si manja. Variasi pilihan resipi khusus untuk si kecil anda jadikan hidangan pemanis mulut untuk anda jadikan pembuka selera mereka.
Dato Aliff Syukri memang terkenal dengan aksi-aksi yang mencuit hati. Tapi di sebalik minatnya berniaga, Abang Kosmetik juga sangat suka memasak. Banyak video-video masakan yang dikongsi oleh beliau di Instagramnya. Tak lokek betul Aliff Syukri berkongsi resipi.
Minatnya memasak mungkin dari bondanya yang suka memasak makanan kampung, iaitu Bonda Rozita pengasas Sendayu Tinggi.
Kali ini mungkin berbeza sedikit, kerana Aliff Syukri masak lauk berpantang untuk isterinya yang sedang berpantang selepas melahirkan Yusoff Al-Qardawi.
Beruntung Datin Shahida kerana suami masakkan lauk dalam pantang. Ikuti perkongsian di Instagram Dato Aliff Syukri
Lengkuas
Bawang Merah
Bawang Putih
Serai
Halia
Asam Keping
Garam
Ikan Tongkol
Lada hitam
Cili Padi
Cara Penyediaan Tumbuk manja lengkuas, bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan serai dan lengkuas dan tumbuk lagi tapi jangan terlalu kuat.
Masukan kesemua bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk berisi air.
Masukan garam secukup rasa kemudian masukan asam keping dan ikan tongkol.
Dah nak siap masukkan lada hitam dan cili padi. Siap untuk dihidang.
Menurut Aliff Syukri, resepi ini elok untuk ibu berpantang dan sesiapa yang nak diet. Masakan ini ringkas dan sedap. Masakan ini khas untuk isteri tercintanya supaya Shahida sentiasa cantik.
Namun rata-rata netizen tidak setuju Aliff Syukri menggunakan Ikan tongkol dalam masakannya untuk isteri kerana ikan tongkol boleh menyebabkan gatal-gatal.
Orang berpantang tak boleh makan ikan tongkol Dato walapun bersalin normal
Ikan tongkol tak boleh makan Dato, tapi ikan tenggiri boleh
Cara masakan bagus untuk orang berpantang, cuma ikan tak sesuai
Walaupun cara Dato mungkin salah, tapi usaha dia untuk masak makanan untuk isteri patut dipuji. Cuma Dato perlu berhati-hati dalam memilih bahan untuk masakan berpantang.
Cara Dato layan keluarga memang patut dicontohi
Untuk yang berpantang, resipi tersebut boleh diguna pakai. Cuma anda dinasihatkan untuk mengubahsuai beberapa bahan dalam masakan tersebut. Anda boleh menukar ikan tongkol dengan ikan tenggiri. Gunakan ikan yang sesuai untuk ibu berpantang. Asam keping dan cili padi jika tidak sesuai, tak perlu tambah ke dalam masakan pantang.
Bila anak makin besar, permintaan nak makan tu macam-macam. Lauk sama pun mereka bosan juga. Ada anak tak kisah tapi ada anak susah makan. Bila hari-hari makan nasi je, mama pun dah kehabisan idea nak masak apa lagi.
Kadang resipi yang ringkas buat anak lagi suka nak makan. Untuk kali ini, apa kata gunakan spageti untuk hidangan seisi keluarga. Biasa antara yang anak suka sos bolognese atau carbonara.
Namun jika mama tak rasa nak buat versi tu, boleh buat spageti aglio olio dengan cara menggoreng. Senang sangat dan lauknya pun ikut kesukaan ahli keluarga.
1) Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sikit tau air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
2) Dalam kuali yang lain, masukkan olive oil (saya guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau tu, baru saya letak cili kering yang telah dipotong. Saya letak lambat sikit takut hangit.
3) Kemudian, masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Lepastu masukkan pula sedikit air rebusan spaghetti tadi.
5) Lepastu bolehlah masukkan spaggeti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata. Okay dah siappp!! Pinggan mana pinggan.
Kredit: Nafsiah Rahim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!