
Kehamilan biasanya dikaitkan dengan beberapa perubahan yang mudah dikenali seperti haid terhenti, rasa loya, muntah, perubahan bentuk badan serta perut yang semakin membesar. Sebab itu, apabila terdengar kisah seorang wanita yang hanya mengetahui dirinya hamil ketika kandungan sudah besar atau hampir bersalin, ramai yang sukar mempercayainya.
Namun keadaan seperti ini memang boleh berlaku. Menurut Dr Raihani Ismail menerusi Thread, ada wanita yang melalui kehamilan tanpa mengalami tanda-tanda yang biasanya dikaitkan dengan ibu mengandung.
Simptom yang terlalu ringan, kitaran haid yang sememangnya tidak teratur atau perubahan tubuh yang tidak begitu ketara boleh menyebabkan seseorang tidak menyedari bahawa dirinya sedang hamil.
Keadaan ini dikenali sebagai cryptic pregnancy dan pengalaman setiap wanita yang mengalaminya juga boleh berbeza.

Cryptic Pregnancy, Macam Mana Boleh Hamil Tapi Langsung Tak Sedar?
“Macam mana boleh pregnant tapi langsung tak sedar?”. Yes, benda ni memang wujud dan orang panggil cryptic pregnancy.
Cryptic pregnancy ni sebenarnya keadaan bila seseorang perempuan hamil, tapi dia sendiri tak tahu dia tengah mengandung.
Bukan sebab dia cuai atau sengaja buat tak tahu, tapi memang badan dia tak bagi tanda yang obvious macam kebanyakan pregnant women yg lain.
Simptom Kehamilan Tak Semestinya Ketara
Ada orang masih mengalami pendarahan yang mungkin disangka sebagai period macam biasa, ada yang period tak regular dari awal so dia ingat itu normal untuk badan dia. Morning sickness pun kadang langsung takde.
Perut pun tak nampak sangat membesar, especially kalau perubahan bentuk badan tidak begitu ketara atau keadaan fizikal seseorang menyebabkan perubahan tersebut susah disedari.
Sebab tu bila orang cakap “baby menyorok”, maksud dia bukan baby literally hilang dalam perut tu. Maksudnya simptom pregnancy tu sangat minimal sampai susah nak detect.

Ujian Kehamilan Boleh Jadi Negative?
Ada juga keadaan seseorang buat pregnancy test terlalu awal dan mendapat keputusan negative. Ujian kehamilan mengesan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), jadi masa ujian dilakukan boleh mempengaruhi keputusan.
Then bila check lambat sikit atau mendapatkan pemeriksaan doktor, barulah kehamilan dapat dikenal pasti.
Sebab itu, kalau masih mempunyai kemungkinan untuk hamil walaupun keputusan ujian pertama negative, terutama jika terdapat perubahan badan atau kitaran haid yang pelik, jangan bergantung kepada satu ujian sahaja.

Cryptic Pregnancy Dan Tendangan Baby Yang Tak Disedari
Pasal kicking pula, memang ada ibu yang tak rasa atau tak mengenal pasti tendangan baby dengan jelas.
Kadang movement baby tu dia ingat cuma angin dalam perut, muscle twitching, atau masalah gastrik biasa.
Especially kalau first pregnancy, seseorang mungkin tak familiar macam mana sebenarnya rasa baby bergerak. So dia tak perasan itu sebenarnya fetal movement.
Jangan Terus Judge Bila Dengar Kisah “Tiba-Tiba Bersalin”
Cryptic pregnancy memang boleh berlaku, dan seseorang mungkin hanya menyedari kehamilannya selepas beberapa bulan. Ada yang cuma tahu masa kandungan dah besar, ada juga yang tahu very late dekat hujung pregnancy.
Sebab tu bila dengar cerita orang “eh tiba-tiba bersalin”, jangan terus judge atau duk mengata dia pulak.
Apa yang penting, pengalaman kehamilan setiap wanita tidak sama. Ada yang mengalami simptom sejak awal, manakala ada juga yang perubahan pada tubuhnya tidak begitu ketara sehingga sukar untuk mengenal pasti kehamilan.
Sebab itu juga kita tidak seharusnya terlalu cepat mempertikaikan atau menghukum seseorang apabila mendengar kisah mereka hanya mengetahui tentang kehamilan selepas beberapa bulan. Apa yang kelihatan mustahil bagi kita mungkin benar-benar berlaku kepada orang lain.

Bila Perlu Buat Pemeriksaan Doktor?
Walaupun cryptic pregnancy boleh berlaku, perubahan tubuh atau simptom yang luar biasa tidak sepatutnya dianggap sebagai kehamilan tanpa pemeriksaan yang betul.
Jika seseorang mengalami perubahan badan yang luar biasa, pendarahan yang berbeza daripada kebiasaan, perubahan pada kitaran haid, rasa pergerakan yang tidak dapat dikenal pasti atau mempunyai kemungkinan untuk hamil, pemeriksaan dengan doktor adalah langkah paling selamat.
Apapun yang pasti setiap cerita kehamilan tapi tak sedar bukanlah sesuatu yang patut terus dijadikan bahan untuk mempertikaikan pengalaman seseorang. Setiap badan memberikan tanda yang berbeza dan tidak semua kehamilan datang dengan simptom yang kita selalu tengok atau dengar.
Jadi sebelum kita menghakimi, lebih baik kita faham bahawa pengalaman setiap wanita memang tak sama.
Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!
Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia
MamaKerja2026 Dibuka 17 Ogos Ini, Ibu Bekerja Selangor Dapat RM1,000!
Sumber: Thread @drraihanaismail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

