Cuaca panas, ganggu tumpuan anak-anak belajar di sekolah. Cuaca panas boleh menjadi cabaran kepada anak-anak untuk menumpukan perhatian semasa belajar di sekolah. Bayangkan bagaimana anak-anak dapat fokus pada apa yang diajar oleh guru bila suasana tidak selesa.
Cuaca Panas, Ganggu Tumpuan Anak-anak Belajar Di Sekolah
Walaupun ada kipas di dalam setiap kelas namun ia tidak dapat membantu mengurangkan haba panas di dalam kelas apatah lagi dalam satu kelas jumlah muridnya ramai. Keadaan cuaca yang panas membuatkan tubuh berpeluh sehingga menimbulkan rasa yang tidak selesa.
Kesian anak-anak kita. Saya di sekolah hari ini. Lebih dua jam dapat bersama murid-murid di dalam kelas. Suhu di dalam kelas cecah 33 darjah. Di luar kelas sudah mencecah 35 darjah. Panas membahang. Peluh saya sudah menitik. Basah baju saya.
Murid-murid, saya lihat mengipas-gipas guna buku dan kertas. Basah baju mereka. Saya lihat mereka sudah tak fokus untuk belajar.
Di depan kelas, cikgu mengajar ikut silibus yang ada. Laju sahaja guru mengajar bimbang tak cukup masa. Banyak program berlaku di sekolah sehingga beberapa kali kelas tertangguh. Terpaksa kena cepat ‘cover’ balik. Murid fokus atau tidak, bukan lagi urusan guru. Tak habis silibus, susah pula hidup nanti. Kena menjawab pula pada panitia.
Kita tahu prinsip asas tentang pembelajaran. Pembelajaran tanpa persekitaran yang kondusif tidak akan berjaya dan berkesan. Itulah yang pakar pendidikan sebut berulang kali. Kita tahu tapi kita abaikan.
Telah ratusan kajian pembelajaran sejak tahun 1960an lagi mengesahkan untuk mencapai PDPc yang berkualiti, persekitaran bilik darjah mestilah kondusif dan selesa untuk murid dan guru.
Paling asas, pencahayaan bilik mesti cukup, suhu bilik mesti selesa, kelas pula tidak boleh terlalu sesak. Lebih berkualiti lagi bila sesuatu bilik darjah mempunyai warna dan suasana ceria, cukup kemudahan pembelajaran dan ada ruang aktiviti.
Ads
Malangnya kebanyakan kelas di sekolah kita tidak begitu. Banyaknya yang ada sangat panas dan sesak. Ada kelas yang daif. Lampu dan kipas tidak berfungsi. Meja kerusi murid pula ada yang rosak dan terkopek.
Kita kononnya mahu anak-anak belajar dengan gembira. Tapi lihatlah keadaan kebanyakan bilik darjah yang kita sediakan untuk mereka.
Saya nak cadangkan, eloklah pegawai yang bertanggungjawab dengan pendidikan negara buat program jadikan bilik darjah di sekolah sebagai pejabat mereka untuk beberapa minggu dalam setahun.
Nak juga lihat boleh atau tidak mereka bekerja, bermesyuarat dan menerima tetamu dalam bilik darjah yang panas.
Mungkin dengan cara itu baru mereka faham apa itu maksud panas dan rimasnya sebuah bilik darjah.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan mereka selesa dan dapat memberi perhatian:
Pengudaraan yang Baik: Pastikan bilik darjah mempunyai aliran udara yang baik. Tingkap dan pintu yang terbuka, atau penggunaan kipas angin/penyaman udara, boleh membantu mengurangkan kepanasan.
Pakaian selesa: Galakkan anak-anak memakai pakaian yang ringan dan selesa.
Rehat yang mencukupi: Berikan masa rehat yang mencukupi supaya anak-anak boleh melepaskan tekanan dan menyegarkan diri.
Ads
Air minuman: Pastikan mereka mendapat bekalan air yang mencukupi dengan menyediakan akses air minuman yang mudah.
Aktiviti di tempat teduh: Jika boleh, jalankan beberapa aktiviti di tempat yang lebih sejuk atau teduh, seperti di bawah pokok atau di dewan.
Kreativiti pengajar: Guru boleh menyesuaikan kaedah pengajaran yang lebih fleksibel agar suasana pembelajaran kekal menarik walaupun cuaca panas.
Langkah-langkah ini mungkin boleh membantu mengekalkan fokus semasa pembelajaran walaupun cuaca panas.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Hati ibu mana yang tak sedih anak yang dilahirkan secara sihat dan normal, tiba-tiba menginjak usia 3 bulan mula sakit dan penyakitnya pula bukanlah yang biasa. Sewaktu mendapat keputusan ini, terasa dunia seakan gelap seketika.
Begitulah kisah perjuangan anak kecil ini, Mohammad Eiv Aisy berumur 8 bulan yang dimasukkan ke wad Hospital Tengku Azizah, Kuala Lumpur dari umur 3 bulan sampai ke hari ini dan tak pernah balik rumah lagi.
Menurut Ernie Marianti, Mohammad disahkan ada penyakit IPEX IMMUNE DISEASE iaitu sejenis penyakit genetik. Penyakit ini sangat jarang berlaku. Dianggarkan 1.6 juta seorang je kena. Di Malaysia, Mohammad anak saya yang pertama ada penyakit ni.
Untuk rawatan pula sangat sukar sebab doktor tak pernah lagi merawat pesakit IPEX ni. Malah menurut doktor hanya melalui kaedah rawatan transplant mungkin Mohammad boleh sihat.
Kakak jadi penyelamat Mohammad
Tambahnya lagi, sejak doktor sahkan Mohammad ada penyakit ini, dunia terasa gelap dan cukup sedih. Tambah lagi saat merenung wajahnya hampir setiap hari menitis air mata mengenangkan nasib.
“Saya tunggu lama ujian nak pastikan siapa penderma yang sesuai untuk Mohammad dalam kalangan ahli keluarga. Akhirnya keputusan keluar dan mengesahkan kakaknya Eva Qhalisya yang layak jadi penderma bone marrow transplant (BMT) dengan kesamaan 100% padan.
“Saat diberitahu oleh doktor hanya ucapan alhamdulillah saja kerana bukan senang untuk cari yang betul-betul sesuai jadi penderma. Tapi dalam masa sama, saya sedih sebab kakaknya masih lagi kecil dan baru umur 6 tahun.
“Bila saya terangkan pada kakaknya, dia ok je. Dia cakap tak apa la mama. Kakak ok je janji Mohammad sihat. Cuma sekarang tarikh untuk transplant belum ada lagi tapi insyaAllah dalam masa terdekat,” kongsinya.
Bermula dengan simptom cirit birit, kulit sensitif
Berkongsi lanjut mengenai penyakit ini, Ernie Marianti menjelaskan simptom awalnya, Mohammad mengalami radang usus sehingga dia cirit-birit berlarutan sehinggalah sekarang. Kulitnya juga jadi sensitif seperti ekzema dan mudah terkena kuman walaupun kuman tu kuman biasa je. Namun apabila kena pada Mohammad ia akan jadi teruk sehingga boleh masuk PICU.
Buat ujian genetik
Mengikut apa yang diberitahu oleh doktor, penyakit ni ada masa lahir lagi. Cuma susah nak kesan sebab di Malaysia bayi yang baru lahir tak buat ujian genetik. Oleh kerana Mohammad masuk wad dalam jangka masa lama dengan simptom-simptom yang ada, doktor cadangkan buat ujian genetik tu.
Tapi ujian tersebut perlu dihantar ke luar negara untuk mengesahkan penyakit sebenar. Doktor pakar imun telah menghantarnya ke Korea dan US. Selepas 3 bulan dan keputusannya keluar, menyatakan Mohammad ada penyakit genetik IPEX disease.
Sebagai ibu, saya hanya mendoakan usaha doktor untuk melakukan BMT pada Mohammad berjaya dan dipermudahkan. Jika pembedahan ini berjaya, insyaAllah ada sinar baharu untuk Mohammad membesar dengan sihat seperti kanak-kanak yang lain.
Sebabnya hanya melalui transplant saja untuk Mohammad sihat. Kami berharap dapat melihat semula senyumannya tanpa merasai sakit-sakit lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Iainya bagaikan satu keajaiban. Apa yang berlaku kepada seorang bayi di Leicester, United Kingdom memang menakjubkan. Bagaikan kata pepatah berpantang maut sebelum ajal. Seorang bayi lelaki membuka matanya buat pertama kali hanya beberapa minit sebelum mesin bantuan hayatnya dimatikan.
Tidak Bernafas dan Kebiruan, Pelbagai Usaha Untuk Selamatkan Oscar
Ketika dilahirkan, Oscar Bedford tidak bernafas dan kebiruan menyebabkan doktor melakukan pelbagai usaha bagi menyelamatkannya. Bagaimanapun usaha menyelamatkannya menemui jalan buntu hingga menyebabkan bayi itu terpaksa bergantung kepada mesin bantuan hayat.
Namun sewaktu ibu bapa Oscar, Greg dan Chealsea membawanya ke bilik khas di Hospital Leicester Royal Infirmary untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir, satu keajaiban berlaku.
Buka Mata Sebelum Mesin Bantuan Dimatikan
Sebelum itu, Chelsea mahukan ibunya, Sally-Ann bertemu dengan Oscar lalu membuat panggilan Facetime.
“Ketika panggilan itu, ibunya melihat Oscar membuka matanya dan dia hanya menjerit. Matanya terbuka untuk kali pertama dan ia sangat nyata, ia berasa seperti mimpi. Ia luar biasa dan ia perasaan terbaik di dunia,” kata Chealse.
Greg dan Chealsea membawa bayi mereka ke bilik khas di Hospital Leicester Royal Infirmary untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir.
Oscar kemudiannya dipindahkan ke Hospital Rainbows di Loughborough dan akhirnya kembali ke rumahnya di Hamilton, Leicester.
Perkembangan Oscar Seperti Kanak-Kanak Lain, Namun Menghidap Epilepsi
“Dia kini berusia 18 bulan dan dia seperti bayi yang berusia tiga bulan, suka tersenyum, ketawa dan suka lampu walaupun separa buta,” kata Chelsea.
Oscar juga mempunyai epilepsi dan tidak pasti berapa lama mampu bertahan. Chelsea berkata, Oscar berada dalam penjagaan intensif sebulan yang lalu dan mereka fikir akan kehilangannya.
“Saya tidak tahu berapa lama saya akan bersamanya tetapi ketika dia berada di sini, saya rasa dia sepatutnya mempunyai segala-galanya terutamanya selepas apa yang dilaluinya,” katanya.
Chelsea dan Greg mengumpul dana di GoFundMe untuk mendapatkan wang untuk fisioterapi, dengan sasaran sebanyak £1,000 (RM5,300).
Ada satu syaitan ni, tugas dia khas untuk menghasut suami dan isteri untuk bergaduh, bermasam muka, bersengketa sehingga bercerai. Dia tak boleh tengok rumahtangga bahagia, suami isteri mesra, hubungan aman damai.
Dia cukup-cukup pantang kalau kita suami isteri sentiasa baik dan gembira. Elok ja suami keluar, dia akan bisik kat telinga isteri untuk bersangka buruk dengan suami. Isteri pun mula la mesej suami, tanya suami kat mana, buat apa, balik bila dan sebagainya.
Bila suami jujur, syaitan ni timbulkan keraguan dalam hati isteri dengan hasutan demi hasutan sampai isteri jadi curiga dengan suami. End up, isteri dan suami bergaduh dan dia tepuk tangan, seronok sebab berjaya. Isteri dah tak percaya suaminya.
Bila suami balik keje penat-penat, suami nampak isteri tengah main hp sambil goyang kaki, terus syaitan ni menghampiri suami dan menimbulkan amarah suami.
Suami jadi panas bila nampak isteri macam tu…mula suami tu perli isteri, sindir isteri yang isteri tu untung duduk rumah, boleh makan tidur sedangkan dia kena keje cari rezeki.
Isteri terasa hati, isteri pun balas balik kata-kata suami. Melompat-lompat syaitan ni sebab dia berjaya lagi buat suami isteri ni bergaduh, sehari smpai 3, 4 kali bergaduh.
Syaitan ni namanya Dasim, tugasnya ialah memecahbelahkan suami isteri, memutuskan ikatan perkahwinan, menjarakkan hubungan…kita boleh jaga hubungan kita, diri kita dan pasangan sekiranya kita sentiasa solat, membaca al-quran dan berzikir…kita hidupkan rumahtangga kita dengan amal ibadah.
Kita banyakkan istighfar ketika marah, kita cuba untuk fikir perkara yang baik-baik, yang positif. Sebelum masuk rumah, bagi salam…sebelum makan, baca doa makan…sebelum tidur, tepuk katil, bantal kemudian baca doa tidur…jangan ada banyak patung dalam rumah, jangan gantung gambar bernyawa di dinding, jangan biarkan bilik tak berpenghuni atau tak digunakan.
Kalau ada bilik kosong, jadikan bilik tu sebagai bilik solat, surau kecil dalam rumah kita. Syaitan ni takkan pernah berhenti menghasut kita…hanya kita yang kena kuatkan iman dan taqwa supaya kita tak termakan hasutan dia.
Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua.
Kredit: Firdaus Shakirin
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.