Ads

Cuaca Panas Melampau, Sekolah Boleh Ditutup Jika Suhu Melebihi 37°C Selama 3 Hari Berturut-Turut!

Cuaca Panas Melampau,

Bila berlaku cuaca panas melampau, antara perkara yang paling merisaukan ibu bapa ialah keselamatan anak-anak ketika berada di sekolah. Murid yang aktif bergerak, bermain, menyertai aktiviti kokurikulum atau berada lama di luar bilik darjah lebih mudah terdedah kepada risiko dehidrasi, keletihan haba dan strok haba.

Atas sebab itu, ibu bapa perlu mengetahui bahawa pihak sekolah mempunyai garis panduan khusus sekiranya berlaku cuaca panas melampau, termasuk kemungkinan sekolah ditutup apabila suhu mencapai tahap yang membimbangkan.

Cuaca Panas Melampau, Sekolah Boleh Ditutup Jika Suhu Melebihi 37°C Selama 3 Hari Berturut-Turut!

Sekolah Tutup Jika Suhu Lebihi 37°C Selama 3 Hari

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pentadbir sekolah diberi kuasa untuk mempertimbangkan penutupan sekolah sekiranya suhu harian melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Walau bagaimanapun, penutupan sekolah hanya boleh dilaksanakan selepas keadaan tersebut disahkan dan diisytiharkan sebagai gelombang haba oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Hirudin Mohit berkata, garis panduan berkenaan telah berkuat kuasa sejak tahun 2023 sebagai langkah melindungi keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah ketika berdepan cuaca panas melampau.

Beliau menjelaskan bahawa pentadbir sekolah boleh mengambil kira keadaan semasa, bacaan suhu serta pengisytiharan rasmi daripada MetMalaysia sebelum membuat keputusan berkaitan operasi sekolah.

Ads

Panduan Aktiviti Luar Mengikut Bacaan Suhu

KPM turut menetapkan panduan pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah berdasarkan bacaan suhu semasa bagi mengurangkan risiko kesihatan kepada murid.

  • Kurang daripada 35°C – Aktiviti luar boleh diteruskan seperti biasa.
  • 35°C hingga 37°C selama tiga hari berturut-turut – Semua aktiviti luar perlu ditangguhkan bagi mengurangkan risiko kesan cuaca panas.
  • Melebihi 37°C selama tiga hari berturut-turut – Pentadbir sekolah boleh mempertimbangkan penutupan sekolah selepas keadaan tersebut diisytiharkan sebagai gelombang haba oleh MetMalaysia.

Langkah ini penting kerana kanak-kanak merupakan antara golongan yang lebih mudah terkesan apabila terdedah kepada cuaca panas melampau dalam tempoh yang lama.

Ibu Bapa Perlu Peka Dengan Keadaan Anak

Dalam keadaan cuaca panas melampau, ibu bapa disarankan supaya sentiasa memantau keadaan anak. Pastikan mereka membawa bekalan air minuman yang mencukupi ke sekolah dan mengingatkan mereka supaya minum air dengan kerap walaupun tidak berasa haus.

Selain itu, perhatikan tanda-tanda seperti terlalu letih, pening, sakit kepala, kurang membuang air kecil, kulit terasa terlalu panas atau anak kelihatan lemah daripada kebiasaan. Jika keadaan ini berlaku, dapatkan pemeriksaan serta nasihat perubatan dengan segera.

Ads

Bagi anak yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, penyakit jantung atau mudah mengalami dehidrasi, ibu bapa digalakkan memaklumkan kepada guru supaya pemantauan dapat dilakukan ketika cuaca panas.

Cuaca Panas Melampau, Sekolah Boleh Ditutup Jika Suhu Melebihi 37°C Selama 3 Hari Berturut-Turut!

Malaysia Dijangka Berdepan Cuaca Lebih Panas

Kenyataan mengenai garis panduan ini dibuat ketika Sesi Libat Urus Bersama Media mengenai kesiapsiagaan kerajaan menghadapi Monsun Barat Daya 2026.

Sebelum ini, media melaporkan fenomena El Nino dijangka bermula sekitar Jun dan berpotensi menjadi lebih kuat sehingga mencapai tahap “Super”. Keadaan ini boleh menyebabkan suhu di beberapa kawasan di Malaysia meningkat sehingga penghujung tahun dan awal tahun hadapan.

Ads

Justeru, orang ramai khususnya ibu bapa disarankan supaya sentiasa mengikuti maklumat cuaca terkini yang dikeluarkan oleh MetMalaysia serta mematuhi arahan daripada pihak sekolah dan KPM sekiranya berlaku gelombang haba.

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, keselamatan anak-anak perlu sentiasa menjadi keutamaan. Jangan ambil mudah sekiranya anak mengadu terlalu panas, pening atau tidak selesa kerana tanda-tanda awal boleh menjadi lebih serius jika tidak dipantau dengan segera.

Baca lagi: Fattah Amin, Amira Othman Timang Cahaya Mata Sulung. “Jadi Anak Soleh Penyejuk Mommy Daddy”

Bayi Baru Lahir Boleh Dijangkiti Denggi Dari Ibu, Jangan Ambil Mudah Jika Demam Ketika Hamil 

RM100 Sebulan Untuk Rakyat Selangor, Semak Kelayakan Anda Sekarang!

Sumber: Utusan Malaysia 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Bayi Asyik Merengek

Bayi Asyik Merengek & Tak Mahu Duduk Diam, Ini 5 Perkara...

Bayi asyik merengek walaupun sudah menyusu dan lampin bersih? Ketahui 5 punca utama bayi merengek, bila ia normal serta tanda amaran yang memerlukan pemeriksaan doktor.