Batuk berpanjangan buat rasa tidak selesa sepanjang masa. Tekak rasa gatal malah rutin harian pun turut terganggu. Masalah anak batuk berpanjangan sebenarnya boleh diredakan dengan petua tradisional.
Ramuan tiga bahan iaitu madu, asam boi dan limau kasturi yang dikongsikan oleh Nor Hasnah Abdul Kadir ini mak-mak wajib cuba.
Pagi ni sediakan ramuan ubat batuk. Pesakit autoimmune macam saya kalau batuk susah nak kebah.
So ini la ubat batuk saya selama ni. Tqsm Kyung Kakyung Ayza kerana berkongsi ilmu ni. Ini adalah ramuan zaman dulu kala bagi kaum cina.
Kalau ada sahabat yang ada anak-anak batuk dah lama dan tak sembuh boleh cuba.
Ads
2 sudu makan madu
Air 3/4 balang
Limau n asam boi sama banyak
Bancuh air madu isi dalam botol kaca atau plastik.
Belah 2 limau jangan putus.
Ads
Perah jus limau ke dalam bancuhan air madu.
Isi asam boi dalam limau.
Ads
Isikan limau ke dalam air madu tadi.
Ambil 2 sudu makan bancuh dengan air suam (cara minum madu begitu supaya cepat diserap oleh badan)
Dari jauh boleh nampak si anak yang berusia kira-kira 3 tahun itu tergaru-garu. Kulit di lengan dan kaki kering dan kasar serta kemerahan.
“Sila duduk puan, encik” saya mempersilakan ibu bapa pesakit duduk.
“Mungkin boleh pangku anak” saya mempelawa apabila melihat si anak malu-malu mahu duduk di kerusi pesakit.
“Jadi, klinik buat rujukan atas masalah kulit adik. Boleh mak ayah cerita sejak bila anak ada masalah kulit ni?” Saya memulakan pengambilan sejarah penyakit.
“Sejak dia baby lagi doktor. Dalam umur 3 bulan mula ada ruam, tergaru-garu. Pakai ubat sekejap hilang, kemudian dia mai balik”
“Ada apa-apa yang sebabkan gatal kulit itu makin teruk?”
“Kalau cuaca panas sangat, atau dia main berpeluh-peluh, dia akan jadi lagi teruk”
“Ada sesiapa dalam keluarga ada masalah kulit yang sama?”
“Tak ada doktor”
“Ada sesiapa dalam keluarga ada asthma, resdung, pagi-pagi bersin?”
“Saya doktor. Saya ada resdung, sekarang ada temujanji ENT” jawab si ayah.
“Apa punca penyakit ni doktor?”
“Ada makanan yang perlu kita elakkan?”
“Ada ubat yang boleh sembuhkan penyakit ini?”
Baik mak, ayah, mari saya terangkan.
Anak mak dan ayah menghidap eczema.
Ada pelbagai punca yang menyumbang ke arah pembentukan penyakit eczema.
Sejarah keluarga yang menghidap penyakit atopic (hypersensitive kepada faktor persekitaran seperti habuk, debu, panas, peluh). Penyakit-penyakit atopic termasuklah asthma dan resdung (allergic rhinitis)
Kulit pesakit eczema lebih kering berbanding kulit normal. Kulit mereka tidak ‘memegang’ lembapan dengan baik seperti kulit normal. Lembapan mudah tersejat dan menjadikan kulit tersebut kering dan gatal.
Kulit pesakit eczema juga mengalami radang/inflamasi. Radang tersebut dimanifestasi sebagai kemerahan dan kegatalan di permukaan kulit.
Kebanyakan pesakit bukan alah kepada makanan. Mereka sensitif kepada persekitaran seperti habuk, debu, perubahan cuaca dan sebagainya.
Tidak ada SATU saja punca khas yang boleh dielakkan untuk menyembuhkan penyakit eczema. Tidak ada SATU ubat yang boleh sembuhkan terus penyakit ini.
Kata kuncinya KAWAL. Dengan rawatan yang betul, kita boleh kawal penyakit ini daripada menjadi teruk.
Kita kena rawat tiga punca di atas. KERING. RADANG. ALAHAN.
KULIT KERING
Mak ayah, jangan pakaikan sabun antibakteria untuk anak. Sabun antibakteria boleh mengeringkan kulit, membuatkan kulit bertambah gatal.
Cukup guna sabun untuk bayi. Atau kalau mahu, gunakan sabun khas untuk kulit sensitif yang dijual di farmasi-farmasi.
Pelembap sangat penting. Sapukan pelembap pada kulit sekurang-kurangnya 3 kali sehari, lebih kalau kulit sangat kering.
Walaupun kulit tak merah dan gatal, pelembap wajib digunakan setiap hari untuk mengelakkan kulit kering kembali
RADANG
Ubat yang biasa kita guna untuk radang adalah ubat sapuan yang mengandungi steroid.
Mak ayah jangan risau bila dengar perkataan ‘steroid’, kita sesuaikan jenis steroid dengan jenis kulit dan keadaan penyakit.
Yang penting steroid digunakan dengan pemantauan daripada doktor.
Ubat steroid hanya digunakan ketika kulit gatal atau timbul ruam, kecuali jika diarahkan oleh doktor. Jangan gunakan lebih daripada frekuensi yang diarahkan dan jangan gunakan di kawasan yang tidak dikhususkan.
Jika doktor kata krim ini hanya untuk bahagian muka, gunakan di muka sahaja. Jika hanya di badan, jangan sapu di muka. Kerana ketebalan kulit berlainan di bahagian tubuh yang berlainan. Penggunaan steroid secara melulu akan membawa kesan buruk kepada kulit
ALAHAN/ALERGI
Kulit pesakit eczema ini sensitif. Kulit pesakit eczema akan bertindakbalas kepada elemen-elemen yang tidak memberi kesan kepada kulit normal seperti habuk, debu, peluh, cuaca panas dan sebagainya.
Kurangkan pendedahan kepada elemen-elemen yang menyebabkan eczema mengganas.
Sekiranya terdedah kepada habuk dan peluh, cepat-cepat lap peluh dan cuci habuk tersebut.
Elakkan mainan/karpet yang berbulu-bulu serta minimakan sentuhan dengan binatang berbulu seperti kucing.
Boleh gunakan penghawa dingin untuk menyamankan suhu bilik tetapi jangan dipasang suhu yang terlalu sejuk kerana boleh menyebabkan kekeringan dan radang. Disyorkan suhu 23 darjah celcius ke atas.
Ini asas penjagaan kulit bagi pesakit eczema. Eczema mempunyai banyak ‘wajah’, setiap ‘wajah’ ada rawatan tertentu.
Yang penting mak ayah mesti ikut arahan rawatan untuk mengawal penyakit ini.
Ingat, tiada satu ubat ajaib untuk penyakit eczema!
Pelakon dan penyanyi, Fazura baru-baru ini mendedahkan gambarnya bersama puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya di laman instagram miliknya.
Walaupun hanya sipi-sipi, namun itu sudah memadai bagi seluruh peminat Fazura yang selama ini ternanti-nantikan wajah cahaya mata kesayangannya bersama Fatah Amin itu.
Sejak melahirkan bayi pertamanya pada 2 Oktober lalu, Fazura dilihat jarang berkongsi kisah kelahiran mahupun kisah berpantang apa lagi berkongsi wajah di comel kesayangan mereka di instagram. Peminat akur malah tidak jemu-jemu menantikan perkongsian cerita dan gambar dari Fazura.
Namun sekeping gambar yang dikongsikan pelakon cantik ini bersama si comel Aisya sudah cukup membuatkan peminat teruja. Baru berusia sebulan, Aisya kelihatan cukup comel malah lengkap dengan persalinan serba merah jambu.
“Lots of Love from the three of us,” begitu kongsi Fazura di instagramnya.
Dalam pada itu, peminat nyata cukup teruja dengan perkongsian gambar itu. Di ruangan komen, pelbagai reaksi dan pujian diberikan pada Aisya. Semoga Aisya terus membesar dengan sihat.
Terdahulu, Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Kini kehadiran Nur Fatima Aisya melengkapkan lagi bahagia pasangan sama cantik sama padan ini.
Gosok gigi setiap hari tapi gigi anak rosak juga. Apa punca sebenarnya? Ini antara persoalan yang selalu di tanya oleh ibu bila berdepan masalah ini.
Ada yang kata sebab minum susu botol. Tak kurang juga yang kongsikan salah satu puncanya sebab susu ibu serta faktor pemakanan.
Nak tahu apa faktor penyebabnya, Pegawai Pergigian, Dr Muhamad Iqbal terangkan faktor utama terjadi karies hingga merosakkan gigi anak.
Pertama, bergantung semata-mata kepada susu ibu, dan tidak menggalakan pemakanan selepas umur 6 bulan, adalah tidak betul. Malah tidak baik untuk pertumbuhan dan kesihatan gigi, dan juga perkembangan kesihatan anak secara amnya.
Kedua, mari kita belajar bagaimana mekanisme ketika anak minum susu.
Semasa menyusu badan, anak akan memasukkan puting hampir keseluruhan areola ke dalam mulutnya. Tindakan itu akan meletakkan puting dan susu yang keluar jauh ke dalam mulut. Anak akan terus telan.
Semasa menyusu dengan botol susu, tidak perlu memasukkan semua puting, susu sudah keluar. Walaupun tak dihisap, susu tetap akan menitik dan berpotensi untuk berkumpul di dalam mulut jika tak ditelan terutamanya sewaktu tidur.
Ketiga, mari kita fahami bagaimana gigi rosak terjadi. Ada 4 faktor utama terjadinya karies gigi.
Faktor 1 Gigi
Gigi susu adalah lebih rapuh berbanding gigi kekal kerana lapisan enamelnya yang lebih nipis
Faktor 2 Makanan
Apa-apa sahaja yang masuk ke dalam mulut terutamanya yang berasid dan manis, termasuklah susu, berpotensi menyebabkan karies kepada gigi.
Faktor 3 Bakteria
Bakteria dari banyak sumber. Barang mainan yang dimasukkan ke dalam mulut, puting tiruan, tangan ibu bapa
Faktor 4 Masa
Jika gigi lama tak dibersihkan, perlahan-lahan proses karies akan berlaku
Apabila ada keempat-empat faktor ini, karies akan terjadi.
Keempat, penting untuk kita fahami juga, susu ibu semata-mata tidak menyebabkan karies.
– Ada kajian menunjukkan kandungan dalam susu ibu baik untuk pertumbuhan dan kesihatan gigi.
– Ada kajian menunjukkan kanak-kanak yang masih menyusu ibu selepas umur 2 tahun berpotensi mengalami kerosakan gigi lebih serius.
Seperti dalam point ketiga, ada lagi faktor lain menyebabkan karies. Ibu-ibu bolehlah muhasabah dan re-check aktiviti seharian yang mungkin berkaitan dengan penjagaan gigi anak masing-masing.
Contohnya, apabila ibu-ibu merasa makanan dahulu sebelum menyuapkan ke dalam mulut si anak. Pemindahan bakteria boleh berlaku dan menyumbang kepada kerosakan gigi.
Contoh lain, tidak membersihkan semua permukaan gigi si anak dengan betul terutamanya pada kawasan antara gusi dan gigi (seperti dalam gambar)
Keempat, sebab itu, hal paling utama dalam mengelakkan gigi rosak adalah penjagaan kesihatan gigi. Bagilah anak-anak susu ibu atau susu formula. Tapi sekiranya kebersihan gigi tak dititikberatkan, gigi tetap akan rosak juga.
Kelima, ketahuilah Puan-puan sekalian, komuniti doktor gigi tidak pernah menyalahkan penyusuan anak-anak sehingga menyebabkan gigi rosak. Sebaliknya, apabila tiada keseimbangan di antara penyusuan/pemakanan dan penjagaan kebersihan gigi, itulah punca utama gigi mudah dan cepat rosak.
p/s: Sapuan berwarna koko itu ialah sapuan flourida untuk membantu menguatkan gigi dan mengelakkan karies menjadi lebih besar.