Anak kalau tak mahu makan nasi, mama pasti rasa susah hati. Bimbang perut anak sentiasa kelaparan kerana tidak dibekalkan dengan karbohidrat tinggi. Sebenarnya bukan nasi sahaja pembekal karbo, mama boleh kreatifkan diri dengan mencuba bebola kentang atau keledek yang rasanya lebih manis tetapi menyihatkan.
Resipi Bebola Keledek Keju yang dikongsikan oleh Puan Mariatun Bibi ini boleh anda cuba sediakan buat anak. Insyaallah kenyang dan anak pun suka.
Saya buat Bebola Keledek Keju ni untuk anak-anak. Anak-anak pun suka.
Resepi Bebola Keledek Keju
Bahan-bahan:
Ubi keledek
Ads
Tepung gandum
keju dan serbuk roti
minyak untuk mengoreng
Ads
Caranya:
Rebus ibu keledek sampai empuk. Biarkan sejuk dan masukkan tepung gandum. Saya agak-agak je letak tepung. Uli sampai tak melekat kat tangan. Ala macam kita nak buat Kuih Keria tu.
2. Buat bulat-bulat keju macam dalam gambar. Kalu tak mahu letak keju pun tak apa, ikut la nak letak inti apa.
Ads
3. Ambil ubi yang dah di uli dengan tepung tadi,tekan dan letakkan keju di tengahnya. Bulat-bulatkan semula.
4. Dah habis buat bulat, bolehlah salutkan dengan serbuk roti. Dah habis boleh la goreng.
Kredit: Mariatun Bibi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buko pandan merupakan pencuci mulut terkenal yang berasal dari Filiphia dan biasanya disajikan di majlis-majlis tradisi mereka.
Buko pandan bermaksud kelapa muda dan daun pandan. Rasanya yang berlemak ditambah pula dengan warna hijau asli dari daun pandan membangkitkan lagi selera. Memang sesuai dihidang pada musim panas.
Dia asyik Melintas je Kat FB, berkenan tengok sebab ada hijau, favorite colour kononnya, maka terhasil la buko pandan, katanya resepi dari Filipina, nak nangis rasa, sedap rupanya, rasa mcm ais cream pun ada. Alhamdulillah dapat jugak buat sendiri. Hidangkan ini untuk 3 @ 4 orang je ye. Saya je yang nak makan.
Saya share resepinya, seperti di bawah:
Bahannya:
1. 500ml air kelapa @ 1 biji kelapa ambil isinya 2. 2 sudu besar gula (manis buah, nak manis tambah gula lagi) 3. 10gram agar-agar serbuk warna hijau (1 pax kecil) 4. 1 sudu kecil coconut Pandan Emulco (dah tak perlu daun pandan) @ agar-agap biasa (putih@clear) pewarna hijau dan 1 helai daun pandan. 5. 1 cawan sagu mata ikan @ biji sagu 6. 250ml Whipping cream non diary 7. 1/3 cawan susu pekat manis 8. 1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa. 9. Ais
Caranya:
Seperti buat agar-agar, satukan air kelapa, serbuk agar-agar, gula dan pewarna didalam periuk. Kacau sebati dan panaskan sehingga likat dan mendidih. Kemudian masukkan didalam bekas yang bersesuaian biarkan sejuk dan membeku. Kemudian potong dadu.
Seterusnya didalam periuk yang lain didihkan air dan masukkan sagu mata ikan kacau – kacau perlahan, masak sehingga warna putih menjadi jernih, cuci dengan air paip dan toskan sagu tersebut. Ketepikan untuk step seterusnya.
Didalam bekas lain mix whipping cream seketika, tak perlu sampai kembang @ lama, kemudian masukkan susu mix lagi hingga sebati, siap. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang lebih besar. Satukan bahan-bahan iaitu agar-agar yang dipotong dadu (saya guna separuh je agar2) sagu, nata de coco, dan isi kelapa, kacau sebati semua bahan.
Nak makan, masuk dalam mangkuk lain tambah ais. Nak satukan ais dalam bekas yang sama pun boleh, tetapi nanti rasanya berubah @ jadi tawar. Jadi terpulang nak buat macam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak kalau suruh makan sayur memang kebanyakkannya akan menolak. Tapi kalau diajak makan makanan segera seperti nugget, sosej dan makanan proses lain memang tak pernah kata tidak.
Perkongsian resepi seorang ibu menerusi laman Facebook Makan Apa Hari Ni (MAHN) boleh dijadikan salah satu cara untuk ibu buatkan anak jadi suka nak makan sayur. Nugget dengan keju dan juga dicampur bayam pastinya memberikan rasa yang luar biasa untuk anak-anak. bentukkan seperti makanan kegemaran mereka iaitu nugget, mesti berebut semua nak makan.
“CHEWY CHEESE SPINACH”
Bahan-bahan:
250g Mozarella parut (kalau yg ketul, parut kan utk senang cair)
250g Cream cheese (apa2 brand pun boleh)
1 cwn daun bayam racik (daun sahaja tau no batang2)
1sdb butter
1 ulas bawang putih cincang
1sdk lada hitam tumbuk halus
1sdk garam halus
Note:
** Nak taruk isi ayam cincang pun boleh
** Nak ganti daun sawi pun boleh
** Nak guna carrot pun sedap… parut halus & perah sikit air dia
** Nak guna brokoli pun ok… ambik kepala brokoli tu cincang halus
**Nak campur pun ok sangat2… lantak cayam2 nak selera mcm mana wokey
Bosan berdepan dengan menu pantang yang sama saban hari, ada baiknya cari kepelbagaian dalam menu harian. Mencuba resipi pantang daripada halia dan ikan bilis ini patut anda cuba.
Paling penting resipi ni bukan sahaja sedap bahkan banyak khasiatnya. Paling menarik boleh buang angin yang banyak dalam badan sepanjang berpantang. Rasa panas halia pasti buat badan lebih sihat.
Jadi jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Aliyaa Malek Full ini di facebooknya.
Resipi Lauk Pantang
Ada yang tengah berpantang tak? Saya nak share resepi paling senang! Makan dengan nasi panas, ikan bakar, lauk ni, dengan sayur sawi + lobak putih je dah cukup. Orang yang tak berpantang pun laju makan.
Bahan-bahan digoreng:
1) Bawang kecil hiris nipis.
2) Bawang putih hiris nipis.
3) Ikan bilis.
4) Halia hiris nipis. (kalau suka, saya tak letak sebab kacau rasa)
Bahan perasa:
1. Lada hitam disangan & ditumbuk halus.
2. Garam halus.
3. Gaulkan kesemuanya. Siap.
Kalau baru sangat lepas bersalin, elakkan dulu lada hitam. Takut anak panas atau kuning (katanya). Tapi kalau nak jugak, letak sikit je dulu.
Lepas semua dah ok, boleh la makan lada hitam macam biasa. Halia pun sama*.
Lauk ni jadi lauk favourite satu family walaupun takde orang dalam pantang. Bagus untuk buang angin dan panaskan badan. Memang membuka selera.
Selamat mencuba!
Kredit Resepi : Aliyaa malek full
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!