Cuba Sendiri Buat Taufu Telur Untuk Anak, 2 Bahan Je Dah Jadi!

Share

Taufu bukan salah satu makanan yang digemari anak-anak kita sedangkan khasiatnya amatlah baik kerana hanya menggunakan telur dan susu sahaja. Tak ramai yang tahu cara untuk sediakan taufu ini. Musim cuti sekolah yang panjang ini, apa kata mama cuba hasilkan taufu sendiri buat anak kita.

Resipi sihat dan paling ringkas yang disediakan oleh ibu Erin Hillary menerusi Happy Baby Food Malaysia dan Mommy_EH ini memang best. Hanya gunakan dua bahan sahaja, taufu telur siap. Malah dah boleh disediakan buat anak kita. Nak jadikan sup dan goreng pun boleh. Nak cuba? Jom ikut resipi yang dikongsikan oleh ibu ini.

Egg tofu/ taufu telur homemade.

Bahan-bahan:
400ml susu soya (tanpa gula/ pemanis).
5 biji telur

Pukul 5 biji telur. Masukkan 400ml susu soya dan gaul sebati. Tapis dan tuang ke dalam bekas/ acuan yang di oles sedikit minyak.


Steam. Siap!

*Tips
Untuk permukaan taufu yang cantik, masa steam tu jangan tutup habis. Bagi ruang sikit pada penutup untuk asap keluar.

Susu soya tu homemade from scratch mommy buat. Kalau tiada susu soya boleh ganti dengan full cream milk. Resepi ni sesuai untuk 8 bulan ke atas yang pass telur/soya.

Boleh juga buat sup taufu untuk anak. Taufu goreng pun sedap. Satu keluarga join makan.

IKLAN