Taufu bukan salah satu makanan yang digemari anak-anak kita sedangkan khasiatnya amatlah baik kerana hanya menggunakan telur dan susu sahaja. Tak ramai yang tahu cara untuk sediakan taufu ini. Musim cuti sekolah yang panjang ini, apa kata mama cuba hasilkan taufu sendiri buat anak kita.
Resipi sihat dan paling ringkas yang disediakan oleh ibu Erin Hillary menerusi Happy Baby Food Malaysia dan Mommy_EH ini memang best. Hanya gunakan dua bahan sahaja, taufu telur siap. Malah dah boleh disediakan buat anak kita. Nak jadikan sup dan goreng pun boleh. Nak cuba? Jom ikut resipi yang dikongsikan oleh ibu ini.
Pukul 5 biji telur. Masukkan 400ml susu soya dan gaul sebati. Tapis dan tuang ke dalam bekas/ acuan yang di oles sedikit minyak.
Steam. Siap!
Ads
*Tips Untuk permukaan taufu yang cantik, masa steam tu jangan tutup habis. Bagi ruang sikit pada penutup untuk asap keluar.
Ads
Susu soya tu homemade from scratch mommy buat. Kalau tiada susu soya boleh ganti dengan full cream milk. Resepi ni sesuai untuk 8 bulan ke atas yang pass telur/soya.
Boleh juga buat sup taufu untuk anak. Taufu goreng pun sedap. Satu keluarga join makan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak sah jika berbuka tanpa menikmati sepotong kuih manis sebagai pembuka selera. Nak cara kelainan berbuka petang ini, apa kata anda cuba Puding Pandai Thai pula.
Memang lembut, sedap dan berlemak. Nak buat macam mana? Memang mudah sangat, hanya gaulkan sebati dan makan bersama kuah santan serta kelapa parut dan bijan. Jom cuba!
PUDING PANDAN THAI Yang ini pun saya belajar dari maid Thai. Memang sedap. Simple sangat, rasa lemak manis kuah santan dan puding tu lembut, cair dalam mulut.
Simpan dalam peti ais dalam sejam sebelum berbuka lagi best. Saya share resepi kat sini. Siapa teringin nak buat boleh try ok.
BAHAN PUDING:
2 sudu kapur masakan (campur dengan 1 gelas besar air. Ketepikan) (ambil 1 1/2cawan air kapur yang jernih sahaja)
1 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung pulut
1/3 cawan tepung ubi kayu
1/3 cawan gula perang
1 cawan air
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
1 sudu paste pandan
Tapis tepung, satukan semua bahan kat atas dan kacau bagi tak berketul. Buka api paling kecik, kacau sampai puding tu jadi jernih. Part ni susah sikit. Sebab kena kacau macam kacau dodol. Dan tak boleh tinggal walaupun sekejap. Paling cepat boleh siap setengah jam.
Kena pastikan puding tu betul-betul jernih barulah masak. Bila dah masak ketepikan bagi dia suam. Bila dah suam, boleh scoop masukkan dalam mangkuk puding dan letak dalam fridge.
BAHAN KUAH SANTAN
Santan Kotak saiz kecil 2 kotak
Tepung Jangung 1 sudu kecil (bancuh dengan 1 cawan air )
Gula pasir putih 1 sudu besar
Garam 1/2 sudu teh
Panaskan santan, kemudian masukkan air tepung jagung, gula dan garam. Bila dah likat, tutup api dan sejukkan dalam fridge.
KELAPA PARUT (gaul dengan garam sikit sahaja bagi rasa lemak)
BIJI BIJAN
Bila nak hidang, tuang kuah santan, letak satu sudu kelapa parut tadi dan tabur biji bijan.
Kalau nak cantik, puding tu perlu kurangkan air sikit, bila dah suam boleh guna piping icing dan piping atas talam. Tapi dia akan keras sikit tak cair masuk mulut.
Saya lebih suka puding ni lembut jadi bila lembut memang tak boleh nak bentuk. Rupanya tak cantik la. Janji masuk mulut sedap.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasan atau tidak, peria goreng di restoran mamak sangatlah crispy. Peria goreng antara menu yang sering menjadi pilihan setiap kali makan nasi kandar di restoran mamak. Ibarat kata, tak lengkap tanpanya.
Peria crispy memang enak dinikmati bersama nasi dan kari. Rupanya mudah sahaja nak masak peria goreng crispy ini. Bahan-bahannya pun tidak banyak. Paling best, peria ini kekal rangup sampai ke malam.
RESIPI PERIA GORENG CRISPY
Bahan-bahan:
Peria katak
Garam
Air
1½ sudu teh serbuk kunyit
1½ sudu makan serbuk cili
2 sudu teh serbuk lada putih
1½ sudu makan jintan manis
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
Minyak masak secukupnya
Cara memasak:
1. Ambil peria dan hiris nipis. Kemudian cuci dan rendam dalam air garam selama 20 minit. Kemudian bilas lagi sekali.
2. Letak dalam mangkuk dan masukkan garam dengan secukupnya. Kacau sebati.
3. Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada putih dan jintan manis. Gaul sebati sekali lagi. Biarkan selama 30 minit.
4. Bila cukup masa, masukkan tepung jagung dan juga tepung beras. Gaul hingga semu bahan bersalut rata.
5. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Biarkan hingga minyak betul-betul panas.
6. Bila minyak sudah benar-benar panas, tukar api kepada sederhana besar dan masukkan peria. Ini adalah tip untuk dapatkan peria yang betul-betul rangup dan tahan lama.
7. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyaknya.
8. Sejukkan peria terlebih dhulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
NOTA: Pastikan peria betul-betul sejuk baru disimpan dalam bekas. Boleh tahan rangup sampai malam. Jangan simpan peria yang masih panas waima suam sekalipun. Nanti ia akan jadi lemau.
Bergedil yang kita ketahui sebagai makanan sampingan dalam sajian soto atau boleh dimakan bersama nasi bukan hanya sesuai untuk orang dewasa. Sajian sihat dan kaya karbohidrat ini juga sebenarnya cukup sesuai untuk diberikan kepada anak-anak kecil kita.
Sifat kentang yang lembut memudahkan anak mengunyahnya malah lebih senang dihadam anak-anak kita. Namun setiap kali menyediakan menu ini buat anak-anak kita, usah dibiarkan kosong dengan kentang sahaja sebaliknya cuba resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Farisha Sofea yang menggabungkannya dengan lobak merah. Lebih khasiat!
Jom cuba resipi yang dikongsikan olehnya.
Bahan Bahan :
Bahan A :
2 biji ubi kentang
Lobak merah
Bahan B :
Pati minyak zaitun
Daging dikisar
Bawang merah / bawang holland -dihiris
Sawi dicincang
Serbuk ayam
Herba campuran -jika perlu
Bahan C :
1 biji telur -dipukul sekejap
Rebus ubi kentang dengan lobak merah sampai empuk. Kemudian lenyekkan. Ketepikan seketika.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, masukkan daging dan biarkan masak sehingga daging lembut.
Masukkan pula sawi, herba campuran dan bahan serbuk. Biarkan ditumis seketika. Toskan minyak , campurkan ke dalam kentang tadi. Gaulkan rata.
Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan sedikit. Ulang sehingga habis dan simpan di dalam peti sejuk seketika.
Panaskan minyak, celupkan adunan tadi ke dalam telur yang dipukul dan goreng hingga masak.
Kalau nak buat frozen, goreng separuh masak dan ejukkan dahulu sebelum disimpan dalam peti bahagian sejuk beku. Bergedil ni lembut sebab saya tak gunakan tepung. Siap, makan dengan bubur pun sedap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak semakin membesar, semakin mencabar cara didikan kita pada anak-anak. Malah anak yang sudah pandai bersuara dan menunjukkan rasa hati dan emosinya semakin membuatkan kita bertambah pening.