Cucur Manis Bebola Ubi Keledek, Comel Bulat-Bulat Bentuknya, Nak Buat Cukup Mudah!

Share

Bosan dengan cucur nasi dan cucur roti, lebihan keledek jangan dibuang begitu sahaja. Cubalah hasilkan bebola keledek untuk sarapan seisi keluarga. Keledek bukan hanya punya rasa manis yang asli bahkan isinya yang lembut buat anak mudah untuk makan.

Menariknya resipi Bebola Ubi Keledek, resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini cukup comel, bulatnya sekata. Malah nak buatnya juga cukup mudah. Paling penting rasanya cukup manis dan enak. Anak pastinya cukup suka!

BEBOLA UBI KELEDEK

Bahan Bahan :
2 cawan ubi keledek ( dah direbus dan dilenyek )
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung pulut
4 sb gula ( boleh lebihkan / kurangkan )
1/4 sk garam
1/2 cawan santan pekat
Minyak untuk menggoreng

Satukan ubi keledek bersama garam dan gula. Untuk versi baby , boleh asingkan sedikit adunan dan masukkan puri kurma / madu ( 1 tahun ke atas ) sebagai pengganti gula. Kacau sebati.

Masukkan pula tepung beras dan tepung pulut. Gaul adunan sambil ditambahkan santan sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.

Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bebola dengan kemas. Ulang proses sehingga selesai.

Sementara itu panaskan minyak menggunakan api sederhana. Setelah siap dibentuk , gorengkan bebola tersebut sehingga kekuningan.

Angkat dan toskan.

Siap sedia dihidang!

Wajib cuba: Resipi Roti Jala Ikut Sukatan Tepat, Pakai Blender Saja Cukup Mudah!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

IKLAN