Selepas 44 hari berpantang, Betty Rahmad akhirnya mendedahkan wajah anaknya, Ardy Wira. Aww, comelnya si kecil ini!
Betty yang bersalin pada 19 Januari 2019 lalu memuatnaik foto yang memaparkan wajah Ardy Wira di Instagram.
bettyrahmad Assalamualaikum hi uncle & aunty! Saya lah Ardy Wira bin Ardy Shafiq. Umur saya 44 hari. Hobi saya kentut! Doakan saya sihat & membesar jadi anak yang bijak, soleh & buat semua orang happy!
Selain itu, dia mengakui kini banyak mengambil gambar Ardy Wira. Malah Betty turut berpesan supaya tidak mengatakan anaknya itu mirip dia atau suami.
Ads
Nanti mummy saya post lagi gambar saya sebab kerja dia ambik gambar saya je? Happy Sunday everyone! ❤️
.
P/S – Mummy pesan jangan cakap muka saya macam muka siapa? #ardywira#bettyanddamisjunior
Para peminat memuji kecomelan Ardy Wira dan mendoakan kesejahteraan anak saudara Erma Fatima & Umie Aida itu. Tidak kurang juga peminat yang mengatakan Ardy Wira seiras dengan bapanya.
“Adakah aku mengandung?” Ini merupakan salah satu daripada soalan terpenting dalam hidup seorang insan yang bergelar wanita.
Bagi pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga, menimang anak selalunya akan menjadi fokus mereka untuk mengembangkan bilangan ahli keluarga.
Semestinya kita akan mahukan jawapan yang paling tepat dan cepat apabila berkaitan dengan kehamilan agar tidak memberikan harapan manis yang palsu.
Bagi para isteri yang sedang berusaha untuk mengandung, pengalaman mengambil ujian kehamilan sememangnya boleh menjadi mendebarkan dan mengujakan!
Pada zaman moden ini, semua benda serba-serbi mudah dan cepat!
Ujian kehamilan boleh dilakukan hanya di rumah menggunakan urine pregnancy test (UPT) dan yang paling best, ia juga boleh dibeli di mana-mana farmasi atau supermarket berdekatan anda.
Kenali kit ujian kehamilan
Ujian ini boleh dilakukan sama ada di rumah mahupun klinik. Ia berfungsi dengan mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.
Sel-sel yang membentuk plasenta akan merembeskan HCG dan ia boleh dikesan dalam air kencing kira-kira 6 hingga 14 hari selepas berlakunya proses persenyawaan.
Cara-cara menggunakan alat ini cukup mudah kerana anda hanya perlu kencing pada kayu penguji tersebut.
Selain daripada cara itu, anda juga boleh mengumpulkan air kencing dan letak ke dalam bekas kecil lalu mencelupkan alat penguji ke dalamnya.
Anda juga mungkin diberikan pilihan lain dengan menggunakan alat penitik. Ia berfungsi dengan cara menitikkan sedikit sampel air kencing ke atas alat tersebut.
Masa bagi mendapat keputusan juga berbeza mengikut jenis-jenis alat ujian dan jenama yang digunakan.
Bagi membaca keputusan, anda sama ada akan melihat perubahan melibatkan warna atau simbol pada alatan tersebut.
Bagi ujian kehamilan yang menggunakan teknologi terbaharu, penggunaannya lebih mudah kerana ia akan terus menyatakan jawapan pada alatan tersebut sama ada anda “pregnant” (hamil)atau “not pregnant” (tidak hamil).
Kit ujian kehamilan ini boleh diperoleh tanpa sebarang preskripsi doktor. Selain itu, ia murah dan sangat senang untuk digunakan.
Namun, sebelum anda mengambil ujian kehamilan, pastikan anda fahami dan melakukan perkara-perkara ini terlebih dahulu!
Persediaan melakukan ujian kehamilan bagi kaum wanita
Jangan minum air terlalu banyak sebelum membuat ujian kehamilan.
Minum air suam
Pastikan anda tidak meminum air dalam kuantiti yang banyak terutamanya apabila anda ingin melakukan ujian kehamilan ini.
Ini kerana, apabila kandungan air di dalam air kencing terlampau banyak, ia boleh mengganggu atau mengubah ketepatan keputusan kehamilan dan mungkin menghasilkan keputusan yang salah.
Lakukan pada waktu pagi hari.
Ambil ujian kehamilan apabila anda mahu kencing pada belah pagi setelah bangun daripada tidur.
Ini kerana kandungan HCG akan berada pada tahap yang paling optimum untuk dikesan pada alat ujian kehamilan tersebut.
Namun jika anda terlupa untuk melakukan pada waktu pagi, pastikan anda tidak kencing sekurang-kurangnya dalam tempoh 4 jam sebelum melakukan ujian ini.
Jangan rushing untuk mengambil ujian kehamilan, tunggu dulu!
Kajian mengatakan bahawa wanita harus menunggu lebih kurang 5 ke 10 hari selepas period anda secara rasminya lambat daripada tarikh yang sepatutnya.
Ini bagi memastikan hasil ujian itu benar-benar tepat kerana tahap kandungan HCG selalunya boleh dikesan di dalam air kencing lebih kurang 10 hari selepas mengandung.
Jika anda lakukan sebelum tempoh itu, kebarangkalian untuk keputusan ujian menjadi negatif adalah tinggi walaupun anda mungkin sebenarnya hamil.
Namun jika keputusan masih negatif, cuba lagi setelah beberapa hari kerana mungkin pada masa itu kandungan HCG masih belum meningkat.
Konklusi
Jika anda disahkan hamil setelah mengambil ujian ini, tahniah!
Pastikan anda segera melakukan temu janji bersama doktor untuk membuka buku pink bagi bakal ibu serta mendapatkan khidmat nasihat berkenaan kehamilan.
Hasil ujian kehamilan yang anda lakukan di rumah itu akan dipastikan semula oleh doktor anda bagi mengesahkan kesahihan keputusan tersebut sama ada dengan melakukan ujian darah atau ujian fizikal.
Kemudian pastikan anda mengikut dan mengamalkan kesemua arahan dan nasihat doktor agar anda dapat merasai pengalaman hamil yang selamat dan sihat.
Kredit: Hello Health
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika desas desus mengatakan yang Bilal akan mendapat adik, bilal pula dah semakin pandai untuk membuat aktiviti sehariannya.
Sebuah video telah dimuatnaik di aplikasi Tik Tok dimana Bilal sudah pandai menggosok gigi sendiri.
Walaupun bukan lah sempurna seperti kanak- kanak yang lebih dewasa tetapi Bilal sudah dianggap pandai melakukannya bagi kanak-kanak seusianya.
Dah la comel, cerdik pulak tu. Memang bagus ajaran neelofa sejak kecil lagi mengajar bilal berdikari.
Kecomelan anak lelaki kepada pasangan selebriti Neelofa dan Muhammad Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal selalu membuatkan orang ramai tidak jemu melihatnya.
Kebanyakan video yang dimuatnaik di media sosial selalu mendapat perhatian daripada peminatnya yang tersendiri ataupun peminat kepada ibunya iaitu neelofa.
Rata-rata warga maya memuji kecomelan bilal yang walaupun dipandang hari- hari pun tetap comel.
Sya Khan895 adik bilal buat apa pun comel. semoga menjadi anak yang soleh .Aamiin
zaihayayazaiha haha..dh siap gosok gigi ke skrg ni😂😂
Ameradarling sayang….pndai bilal sayang 😚😚😚
Love Kam Kam Santai² bah dua berus giginya 🤣🤣🤣 #babybearbilal
Bila anak mengadu sakit kaki, ibu ayah mungkin pelik kerana simptomnya seperti orang tua pula. Bukannya sebab jatuh atau berjalan terlalu lama. Tapi tanpa sebab tertentu, asyik mengadu sakit kaki, terutamanya pada waktu malam.
Jika ini yang sedang berlaku pada anda, kemungkinan besar anak anda sedang dalam fasa tumbesaran. Bagi sesetengah kanak-kanak, mereka akan mengalami simptom yang dikenali sebagai ‘growing pains’.
5 PERKARA IBU AYAH KENA TAHU TENTANG ‘GROWING PAINS’
1. IA ADALAH NORMAL
Menurut KidsHealth.com, ‘growing pains’ ini bukanlah sejenis penyakit dan ia tidak perlu dirisaukan. Lazimnya simptom ini berlaku pada anak berusia antara 3 tahun hingga 12 tahun.
‘Growing pains’ ini boleh membuatkan anak berasa sakit pada kaki, lebih-lebih lagi pada bahagian depan paha, betis, belakang lutut dan keting. Ia juga biasanya melibatkan kedua-dua belah kaki.
2. PUNCA
Punca kesakitan ini masih tidak diketahui secara tepat. Namun menurut NHS Choices, tiada bukti saintifik yang menunjukkan proses tumbesaran menyebabkan kesakitan. Sebab itulah ada doktor yang lebih selesa menggunakan istilah ‘recurrent nocturnal limb pain in children’.
‘Growing pains’ juga lebih kerap berlaku pada kanak-kanak yang aktif serta kanak-kanak dengan sendi yang longgar dan fleksibel (joint hypermobility). Ia juga biasanya diwarisi daripada keluarga.
3. BAGAIMANAKAH RASA SAKIT YANG DIALAMI OLEH ANAK?
Kesakitan yang dirasakan adalah seperti cramp pada otot. Namun, ia tidak menunjukkan sebarang tanda lain yang boleh dilihat seperti lebam, kemerahan atau infeksi. Kesakitan ini juga sepatutnya tidak mempengaruhi cara anak berjalan.
‘Growing pains’ biasanya bermula sebelum waktu tidur. Walaupun kadangkala anak boleh masuk tidur tanpa sebarang masalah, tapi kesakitan juga boleh berlaku ketika mereka tidur hingga menyebabkan anak terjaga.
4. BILAKAH ‘GROWING PAINS’ AKAN BERHENTI?
Pakar mendapati bahawa kesakitan ini akan berhenti apabila kanak-kanak tidak lagi mengalami ‘growth spurt’. Ini bermaksud simptom ini tidak lagi berlaku apabila anak mencecah usia remaja iaitu sekitar usia 13 tahun.
5. CARA MEMBANTU ANAK MENGURANGI RASA SAKIT
Cara yang paling berkesan adalah dengan memberikan urutan dan menyapukan minyak yang sesuai untuk anak.
Lakukan sedikit regangan seperti meluruskan kaki anak atau melipatkannya agar otot dapat meregang dan menegang.
Selain itu, boleh juga membuat tuaman panas dengan menggunakan ‘heating pad’ pada bahagian yang sakit. Kedua-dua cara ini dapat melegakan rasa sakit yang dialami akibat ‘growing pains’.
PATUTKAH BERJUMPA DOKTOR?
Kebiasaannya keadaan ini bukanlah suatu keadaan serius. Namun, anda boleh mendapatkan pandangan doktor sekiranya rasa sakit kaki yang dialami oleh anak disertai dengan beberapa keadaan lain seperti:
1. Sakit kaki yang terlalu kerap – berlaku setiap malam dan turut berlaku pada waktu siang
2. Sakit pada sebelah kaki sahaja
3. Bengkak, kemerahan atau lebam
4. Demam
5. Kurang selera makan
6. Berjalan tempang / terhincut-hincut
7. Enggan berjalan
Semua simptom ini perlu dirujuk kepada doktor kerana ia mungkin berkait dengan penyakit lain yang lebih serius. Jadi, ibu ayah perlulah peka dan ambil tahu tentang ‘growing pains’ yang berlaku pada anak-anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.