Seperti mana kita mahukan suami melayan kita dengan baik, isteri juga harus melakukan perkara yang sama pada mereka. Tidak susah pun, dengan menyediakan segala keperluan dan menghormati mereka, sudah cukup untuk membuat suami jatuh cinta pada kita setiap hari.
Seorang isteri, Nora Azni, berkongsi caranya memikat hati suaminya:
Selalu orang tanya macam mana saya membahagiakan suami saya sehingga dia melayan saya dengan sangat baik.
Ini saya kongsikan bagaimana saya membahagiakan suami setiap hari.
1. Masak lauk atau makanan yang dia suka. – Kalau dia suka kari, masak la kari. Kalau suka telur dengan kicap pun masak je.
2. Sebelum makan, cedokkan nasi ke pinggan suami. – Kalau ade bibik atau anak yang dah besar pon jangan bagi. Biasakan kita yang cedokkan nasi ke pinggan suami.
3. Sendukkan lauk ke pinggan suami. – Bila nak makan sendukkan lah lauk ke pinggan suami dahulu, bukan terus senduk ke pinggan kita dan makan buat tak tahu je.
4. Teman dan makan bersama-sama suami. – Jangan tinggal suami makan di meja sorang-sorang atau dengan anak-anak, seeloknye makan bersama. Kalau kita dah makan pon, teman la suami. Kecuali ade baby nak menyusu atau anak nak tidur.
5. Maklumat mengenai masakan. – Ingatkan suami kalau sambal yang kita buat pedas sangat. Ingatkan juga jika kita masak ikan, makan elok-elok takut lekat tulang. Nanti kita jugak yang susah kan.
6. Sediakan pakaian kerja atau pakaian harian suami. – Kalau suami suka pakai kain pelikat je dekat rumah. Tukar kain nye setiap hari. Siap sedia pakaian kerja suami, tolong butangkan baju suami. Sambil-sambil tu boleh manja-manja sebelum suami pergi kerja.
7. Hantar dan sambut suami di pintu. – Setiap hari hantar dan sambut suami balik dekat pintu dengan anak-anak. Bagi kata-kata yang boleh buat suami happy sebelum pergi kerja. Bila suami balik sambut dengan mood happy jugak walaupon baru lepas basuh berak anak lapan belas kali.
Ads
8. Curi masa. – Kalau suami cuti. Curi mase atau tinggalkan semua kerja rumah. Lebihkan mase bersama suami atau family time dengan anak-anak sekali. (Jangan kata kita suri rumah hari-hari ada kerja, kita yang tentukan jadual kita sendiri.
– Kalau suami kerja. Hantar la WhatsApp atau voice call. Ingatkan dia makan. Cakap I love you. Bagitau kita rindu, balik cepat tau. Macam tu pon buat suami tak sabar nak balik tau.
9. Tidur dan tempat tidur. – Wahai Isteri, selalu kita rase kita je yang perlukan rehat, perlukan tidur lebih. Padahal suami kita pon sama. Perlukan tidur dan rehat yang cukup. Bila rase dia dah tidur cukup lama baru la kejut. Kejutkan suami dari tidur pon ade caranye. Bukan jerit-jerit, lempang-lempang, tarik telinga, cucuk lubang hidung ye. Bisik-bisik kat telinga, usap-usap rambut je suami dah sedar mata size 10. Lepas tu baru la boleh ajak pegi kedai eco. 😆
Ads
– Pastikan suami tidur dalam bilik, jangan biarkan anak-anak jadi gangguan. Setkan mood bilik supaya selesa. Bantal, cadar yang sentiasa bertukar.
10. Layanan. – Layan lah suami sebaiknya. Jangan sampai orang lain yang layan. Sentiasa bersyukur yang kita masih ade suami. Berdoalah yang suami akan hargai apa yang kita buat untuknya. Hasilnya nanti, kita juga akan dilayan dengan baik.
Ini cara saya gembirakan suami setiap hari. Boleh cuba kalau nak. Alhamdulillah, ianya berhasil dan suami pun melayan saya dengan baik jugak.
#mamaohsem
Setiap isteri pasti mempunyai cara tersendiri untuk memenangi hati suami. Perkongsian ini sekadar untuk memberi inspirasi, yang mana sudah dibuat sebelum ini teruskan. Yang mana mungkin kita terlepas pandang, bolehlah kita mula buat mulai hari ini. Sama-sama belajar untuk saling menyayangi dan melengkapi, semoga ikatan perkahwinan kita terus bahagia dan kekal berpanjangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah Farhatul Fairuzah, terima tauliah mengajar dalam usia 24 tahun. Farhatul Fairuzah telah menerima pentauliahan mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun.
Tahniah Farhatul Fairuzah, Terima Tauliah Mengajar Dalam Usia 24 Tahun
Farhatul cukup bertuah apabila diberikan kelayakan untuk mewakili suara anak muda dan berusaha menarik minat golongan ini mencintai al-Quran.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan pleh Farhatul di laman Instagramnya, Farhatul atau nama sebenarnya Nor Farhatul Fairuzah Panut mengucapkan rasa syukur dengan pentauliahan tersebut.
Farhatul telah memenuhi kehendak Jawatankuasa untuk mengajar di Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa.
“Alhamdulillah baru sempat menghadiri Muzakarah Tauliah Mengajar, setelah beberapa kali tertunda disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih para penceramah-penceramah yang hebat. Dan juga Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
“Dengan adanya majlis dan tauliah sebegini, ajaran agama Islam tu dapat dipantau dan diiktiraf.
“Semoga usaha ini sentiasa diberkati dan dapat melahirkan lebih ramai pendakwah-pendakwah untuk meluaskan dan menyebarkan lagi ilmu agama Islam. Sama-sama kita belajar dan menyampaikan walaupun satu ayat.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Farhatul mula belajar al-Quran dan taranum pada usia lima tahun dan menyertai pertandingan tilawah pada tujuh tahun. Gadis ini juga antara penerima termuda darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) pada tahun 2022 sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Setiap manusia memang berbeza ujian yang Allah bagi. Perkongsian daripada seorang wanita yang menggunakan nama Chinta Kaseh Sabryna pastinya membuatkan setiap yang membaca tersentuh hati. Apakan tidak dengan keadaan kaki yang bengkak bernanah, dia hanya menaiki grab ke sebuah Hospital di Utara untuk mendapatkan rawatan dengan menggendong anak yang masih kecil.
‘RM5 pun dah cukup bermakna’
Ya Allah sakit sangt2..pa jam dah tgu dekat kecemasan ni..permudahkan segala urusan.saya mai naik grab ja..klu kena tahan somi kena jaga ank la..kot ada nk bantu keluarga saya2 bgi no akaun cimb 7047825892..Sabrina..dapt ringankan beban saya dan somi.nak beli ank air dan makanan..saya mintak maaf sangt2 atas semua ni..tak niat nak susahkan sapa2..rm5 pon cukup bermakna buat saya buat beli makanan ank nak bayr grab….
Pernah kemalangan, kaki kena jangkitan bengkak dan bernanah
Dalam respon komen yang dibuat menurut wanita yang dikenali sebagai Sabrina itu, kakinya berkeadaan begitu setelah mengalami kemalangan. Doktor terpaksa mengambil isi daripada bahagian betis untuk tampal pada tempat yang luka. Namun kerana ada luka pada tapak kakinya, selain mempunyai besi dan skru menyebabkan bahagian tersebut terkena jangkitan kuman dan menyebabkan ia membengkak dan bernanah.
Pemegang Kad OKU
Lebih menyedihkan rupanya Sabrina juga merupakan Orang Kekurangan Upaya (OKU). Melalui posting Facebooknya dia turut memaparkan kad OKU miliknya kerana ada warganet yang turut bertanyakan alamat rumah tempat dia tinggal.
‘Kaki bengkak sampai naik hitam, sakit sangat-sangat’
Dalam posting terbaru yang dibuat oleh Sabrina, dia berharap ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh hospital dapat bertahan dan akan dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana keadaan kakinya yang semakin teruk.
Ya Allah sakit penghapus dosa .harap ubat tahan sakit cukup sampai 20 ari buln ni..lepas pada tu masuk wad di husm kubang Kerian dah..kaki bengkak sampai naik hitam..sakit sangat2. Ada yg mintk no akaun my bnk tu saya sertakan no akaun mybnk dan cimb…156020448151..my bnk..Sabrina..saya ada bgi no akaun my bnk dan CIMB 7047825892..CIMB..sabrina
Bagi yang ingin meringankan beban Sabrina dan keluarganya boleh menyalurkan bantuan ke akaun Maybank Sabrina Binti Md Isa 156020448151 dan akaun CIMB 7047825892.
Bukan mudah menjadi seorang suami. Terlalu banyak bebanan yang harus dipikul demi membahagiakan keluarganya. Suami memerlukan seorang isteri untuk menerima dan memahami dirinya. Seorang suami tidak mudah untuk mengakui cintanya pada keluarga, tetapi jauh di lubuk hati dia amat mengutamakan isteri dan anak-anak.
Seorang suami yang baik dan menyayangi isterinya akan mencuba sehabis baik untuk menyempurnakan keinginan isterinya. Seandainya suami anda menunjukkan ciri-ciri ini, jelas sekali dia amat mencintai anda.
1. Cuba cari solusi kepada masalah anda
Tidak boleh lihat isterinya rungsing, suami yang baik akan bertanya apa masalah sebenarnya. Bukan sekadar menjadi pendengar yang baik, suami akan mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu. Atau paling tidak, akan mencadangkan penyelesaian terbaik untuk masalah anda.
2. Tidak lokek berkongsi harta
Lelaki ini kedekut, dia tidak suka berkongsi hartanya. Kalau anda boleh pinjam barang yang paling dia sayang, bermakna dia amat percayakan anda dan mahu anda juga merasa apa yang dia ada.
3. Rahsia anda, rahsia dia
Menjaga air muka isteri dan berkongsi rahsia kelemahan orang rumah adalah bukti dia menjaga anda. Suami yang baik tidak akan sesekali membuka rahsia sama ada milik anda atau dalam keluarga anda.
4. Ingat Tarikh-Tarikh Penting
Selalunya lelaki selalu terlupa tarikh penting buat kalian. Sama ada tarikh lahir anda mahupun tarikh ulang tahun perkahwinan anda berdua. Kalau teringat pun sebab anda yang beritahu, tapi usaha dia untuk ‘cover’ balik salah dia itu yang penting. Itu sudah cukup untuk membuktikan dia sayangkan anda.
5. Suka ‘Tidur’ Sekali, Tetapi Tak Paksa
Benarlah, seks membuatkan suami puas dan boleh merapatkan hubungan perkahwinan. Pun begitu, suami yang baik merasakan seks bukan sekadar nafsu. Tanpa seks sekalipun, dia akan gembira dan berpuas hati. Jani buat aktiviti bersama.
6. Jenis ‘Cool’, Susah Marah
Ini paling syok! Isteri paling gembira kalau suaminya tidak mudah marah dan jenis selamba. Biarpun isteri berbuat salah, suami anda akan tetap memafkan dan tidak sesekali mengungkit tentangnya lagi. Suami yang baik juga sukakan perbualan santai yang penuh gelak ketawa berbanding berborak serius dan membosankan tanpa ada gurau senda.
7. Biar Apa Pun, Isterinya Yang Terbaik
Setiap perkara yang ada pada diri anda adalah yang terbaik buatnya. Dari sekecil-kecil perkara, anda sudah cukup sempurna. Suami yang baik tidak akan pernah meminta isterinya berubah, kecuali benar-benar perlu. Contohnya, isteri tidak bertudung dinasihatkan untuk berhijab. Isteri naik berat badan, dia sama-sama ajak berdiet. Itulah teguran halus yang tidak menyakitkan hati isteri, tetapi ‘sampai’ dan menjentik perasaan seorang wanita.
8.Beri Ganjaran Kepada Isteri
Yang ini pun isteri suka. Tak perlu yang mahal, asalkan dari suami isteri sangat menghargainya. Untuk kes-kes tertentu, isteri sangat mengharapkan suami dapat memberinya ganjaran. Sebagai contoh, pemberian hadiah kerana isteri bersalin atau belanja maka apabila seharian isteri letih bekerja.
Biarpun nampak kecil dan tiada erti, ia sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada perasaan isteri. Apabila isteri berada dalam keadaan yang baik, segala hal akan menjadi sempurna. Benarlah bak kata perumpaan Inggeris, Happy Wife, Happy Life.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mendidik anak-anak tentang erti kejayaan bukan sekadar mengajar mereka meraih pencapaian, tetapi juga menggalakkan mereka untuk menghayati setiap langkah dalam proses itu, termasuk kegagalan.Setiap...