Bapa ditahan biar anak umur 6 tahun bergayut dikenderaan. Polis menahan lelaki yang membiarkan anak lelakinya berusia enam tahun bergayut pada sebuah kenderaan pacuan empat roda di Nilai, seperti rakaman video yang tular di akaun Twitter.

Bapa Ditahan Biar Anak Umur 6 Tahun Bergayut Dikenderaan

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, tangkapan ke atas lelaki berkenaan selepas polis terkesan dengan rakaman video tular terbabit pada jam 11.10 pagi tadi.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah mengambil langkah dengan mengesan dan menahan pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut dan membawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai.

Bapa Ditahan Biar Anak Umur 6 Tahun Bergayut Dikenderaan

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dipandu oleh seorang lelaki warganegara asing berumur 38 tahun di kawasan Bandar Baru Nilai.

“Kanak-kanak lelaki yang bergayut di pintu sebelah pemandu itu merupakan anak kepada pemandu tersebut yang berumur enam tahun.

“Perbuatan kanak-kanak tersebut adalah sekadar suka-suka dan menjadi kebiasaan kanak-kanak tersebut, membuat permintaan kepada bapa beliau untuk berdiri di luar kenderaan ketika bapanya memandu,” katanya.

Terdahulu, tular satu video rakaman berdurasi 27 saat yang di muat naik menerusi akaun Twitter #Update1111 (https://x.com/update11111/status/1880233849009107310s=48) memaparkan kenderaan dipandu dengan keadaan seorang kanak-kanak bergayut pada sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna perak.

Ads

Sumber: Kosmo online

Baca artikel lain juga: Menang Cabutan Bertuah, Kanak-kanak Lelaki 6 Tahun Bawa Pulang Perodua Axia

Kanak-kanak Perempuan 6 Tahun Maut Tersepit Celah Meja Lipat

Hidap Cerebral Palsy, Kanak-kanak Perempuan, Impi Nak Berjalan, Mama, Bila Kakak Boleh Berjalan?

Ads

 

 

 

Ads

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI