Karpet yang kotor akan memerangkap debu dan bakteria padanya. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada kesihatan seisi keluarga. Lebih merisaukan jika anak-anak berbaring di atas karpet dan menyedut debu tersembunyi yang ada di atas karpet.
Menerusi perkongsiannya, Syarifah Farhana Syed Fadzil berkongsi tip mudah untuk membersihkan karpet tanpa perlu diangkat dan dijemur di luar rumah. Hanya memerlukan air panas, dettol dan garam, hasilnya karpet akan bersih, berbau segar serta nampak baru.
TIP MOP KARPET (bukan lantai taw)
Sape yang pernah mop karpet?kelako kan mop karpet?fana tau karpet bole mop dari sorang maid nie, bila dia mop karpet, fana tanye dia(karpet boleh mop ya?)iya boleh la puan kasi habuk nya nyah, biasa lepas vakum pasti ada habuk dan kuman)
So dari situ fana belajar setiap seminggu sekali fana mop semua karpet yang ada dalam rumah, semput jugak dik oiiii macam nak tercabut jantung kak pana.tapi lepas mop tu korang akan rasa macam karpet baru yang bersih gilerrzzzzbebas kuman parasit bagai.
Ads
Pastikan Air Panas Tambah Garam & Dettol
Korang cuma masak air tak kisah la dalam cerek ke, dalam kawah ke, dalam periuk ke what eber la, fana masak dalam periuk beso pasal tak ada cerek,almaklom la kitewww pakai coway.korang masak agak agak banyak nye tu tenggelam mop cukup la, lagi banyak lg bagus.
Pastu dah didih korang curah ke baldi mop, bebaik dik eah air mendidih tu kang tak pasal korang saman fana yang ajar main air panas.pastu letak garam dlm 2 sudu makan dan 1 tutup pure dettol, jangan korang pakai sabun mandi jel dettol pulak eah.
Perah Air Sampai Tak Ada Yang Menitik
Ads
Pastu korang perah mop tu kekuat jangan sampai ada air menitik, eah jap jap jangan perah pakai tangan tau.pastu korang menari menari zumba la atas karpet tu dengan mop korang hookeyyyyyy ada paham???
Pastu settle mop pastikan bukak kipas lelaju jangan bukak ekon pulak,bukak kipas supaya wap wap mop tu kering ok.
P/s: time mop sambil berzumba tu korang kena tenyeh tenyeh sikit kat karpet tu, nanti dalam air mop korang nampak la betapa cafe latte nye air mop korang.
Ads
Jangan Campur-Campur Guna Mop!
*KALAU dapat beli la mop baru yang putih gebu gebazzz khas untuk karpet sahaja, fana beli kat Eco jek rm4.kalau dapat la kan jangan campo mop yang kita dok mop lantai eah.
Terkejut melihat seorang kanak-kanak kecil berlari di jalan raya! Tular sebuah rakaman video dashcam yang dimuat naik oleh seorang pengguna, Gabriel Liew, di facebook kanak-kanak berlari di tengah jalan raya, Sarawak.
Rakaman video itu telah mengejutkan ramai orang setelah melihat kanak-kanak kecil berlari tanpa ditemani orang dewasa.
Apa yang kagum, tindakan pemilik kenderaan prihatin menghentikan kereta untuk menyelamatkan kanak-kanak kecil itu.
Tiga buah kereta berhenti sekali gus berhenti dan bergegas mendapatkan kanak-kanak itu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
NETIZEN KAGUM SIKAP PRIHATIN
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan mengenai faktor keselamatan anak-anak kecil yang berpotensi terdedah kepada bahaya jika tidak diawasi dengan baik.
Dalam pada itu ada juga menasihati ibu bapa dan penjaga untuk lebih berhati-hati bagi mengawasi kanak-kanak supaya tidak terdedah dengan risiko bahaya.
Duit simpanan sepatutnya jadi pelindung keluarga di hari tua. Namun, dengan satu panggilan telefon dan kepercayaan yang diberikan kepada orang asing, wang hasil titik peluh boleh lesap sekelip mata.
Itulah yang menimpa seorang kerani insurans berusia 61 tahun di Bukit Mertajam baru-baru ini apabila beliau kerugian sebanyak RM601,850 selepas diperdaya sindiket ‘Phone Scam’ yang mendakwa dirinya terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram.
Semuanya bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai bank.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, suspek mendakwa ada pihak lain menggunakan kad kredit atas nama mangsa.
“Mangsa menafikan perkara itu sebelum panggilannya disambungkan kepada individu lain yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
Pegawai polis itu kemudian meminta butiran diri mangsa untuk disemak, sebelum memberitahu kononnya mangsa terlibat dengan kes pengubahan wang haram,” katanya.
Tambah beliau, sindiket terbabit seterusnya meminta semua maklumat akaun bank milik mangsa yang masih aktif. Bukan itu sahaja, mangsa juga diarahkan untuk membuat beberapa pindahan wang ke akaun-akaun tertentu atas alasan ia adalah sebahagian daripada siasatan.
Ibu Mengadu Pada Anak Kena Tipu,14 Transaksi Hilang RM601,850!
Gambar hiasan
Akibat terpedaya, mangsa melakukan 14 transaksi pindahan wang berjumlah keseluruhan RM601,850 ke empat akaun bank berbeza, antara 14 Ogos hingga 28 Ogos lalu.
“Mangsa akhirnya sedar ditipu setelah memaklumkan perkara ini kepada anak perempuannya. Selepas itu, dia tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah semalam,” jelas Datuk Azizee.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Pengajaran Untuk Keluarga
Kejadian ini bukan sekadar kisah penipuan, tetapi satu peringatan buat kita semua. Ibu bapa atau warga emas sering jadi sasaran kerana sifat mereka yang mudah percaya pada “suara berautoriti” melalui telefon.
Sebagai anak, kita wajar sering mengingatkan ibu bapa supaya jangan mudah panik dan jangan terus percaya dengan arahan daripada panggilan telefon yang meragukan. Bincang dengan ahli keluarga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan kewangan.
Kesedaran ini penting supaya wang simpanan yang sepatutnya menjadi jaminan keluarga tidak tergadai kepada penjenayah.
Kerajaan Negeri Sabah mempertimbangkan langkah menambah tempoh cuti sekolah di negeri ini sebagai langkah menangani penularan COVID-19.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, langkah itu sebagai mengambil kira penularan di lokasi berisiko tinggi.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Sumber foto: BERNAMA
“Kerajaan Negeri Sabah pertimbang kemungkinan untuk memanjangkan cuti persekolahan waktu ini bagi menangani penularan COVID-19 di lokasi yang tinggi risikonya.
“Saya juga memohon orang ramai untuk menghadkan pergerakan mereka dan bagi sektor swasta juga, kita galakkan supaya pekerja mereka bekerja dari rumah sekiranya boleh,” katanya.
Untuk rekod, musim cuti persekolahan di seluruh Sabah akan bermula selama seminggu pada Isnin ini (esok).
Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya pada Ahad.
Mohd Shafie pada masa sama turut meminta rakyat Sabah supaya bertenang dan kerajaan negeri akan berusaha sedaya mungkin untuk menangani penularan COVID-19 di negeri ini.
“Masyarakat umum diminta untuk terus bertenang dan bekerjasama dengan pihak wajib dari semasa ke semasa,” katanya.
Sementara itu, dalam Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi mengesahkan seramai 49 individu kini dikenal pasti positif COVID-19 setakat hari ini.
Ia sekali gus menjadikan jumlah berkenaan bertambah sebanyak 23 kes berbanding 26 pada semalam.
Dalam kenyataan berkenaan, Lahad Datu dilaporkan mempunyai individu teramai dengan 14 orang, diikuti Tawau (8), Kinabatangan (5), Tuaran (3), Kunak (2), Putatan (2), Sandakan (2) manakala Kota Belud, Sipitang, Papar, Beaufort dan Kota Kinabalu masing-masing dengan seorang positif COVID-19.
Mengikut pecahan itu juga, 48 suspek positif COVID-19 adalah lelaki manakala seorang wanita.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.