“Cutenya Idris” Sam Bunkface Dedah Wajah & Nama Anak, Ramai Puji Comel!

Share

Jarang-jarang berkongsi kisah peribadi dan keluarga, penyanyi Sam Bunkface tampil berkongsi wajah anak keduanya pada Jumaat lalu.

Menerusi Instagramnya, Sam tampil berkongsi wajah terbaru bersama si comel kesayangan sambil memperkenalkan buah hatinya, si comel, Idris.

“Salam Jumaat Humans!!

“Say hello to Idris Bin Shamsul Annuar,” tulis Sam ringkas di kapsyennya.

Sambil berkongsi tanda pagar #alhamdulillah #doakanyangbaikbaik, Sam yang popular menerusi lagu Darah Muda ini juga turut bersyukur dengan kurniaan rezeki dari Allah malah mendoakan yang terbaik untuk bayinya.

Gambar yang dikongsikan Sam bersama anak dan isteri itu sudah semestinya mendapat perhatian seluruh peminat Sam.

Idris, anak kedua Sam merupakan hasil perkahwinan Sam bersama isterinya Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi yang melangsungkan perkahwinan pada 10 Disember tahun lalu.

Wajah si comel Idris sudah semestinya menjadi perhatian peminat Sam. Rata-rata peminat penyanyi serba boleh itu turut memuji kecomelan Idris yang memiliki sepasang mata yang cukup cantik.

Semoga Idris terus membesar dengan sihat dan terus membahagiakan ibu dan bapanya.

Menerusi perkahwinan terdahulunya, Sam mempunyai seorang lagi cahaya mata lelaki, Maleeq yang kini berusia empat tahun.

Menarik: Tiap Kali Hulur Duit Pada Isteri, Suami Mesti Niatkan Sebagai Hibah, Bukan Sedekah

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @sambunkface

IKLAN