Ads

Cuti Nuzul Al-Quran: 6 Negeri Tidak Bercuti Sabtu Ini, Fakta Penting Ibu Ayah Perlu Tahu

Cuti Nuzul al-Quran sering menjadi antara tarikh yang dinanti oleh umat Islam setiap kali Ramadan tiba. Selain sebagai cuti umum di beberapa negeri, hari ini juga membawa makna besar dalam sejarah Islam kerana ia berkait dengan peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW.

Sabtu Ini Nuzul al-Quran! Tapi Ada 6 Negeri Tak Bercuti, Ini Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Ramai mak ayah bila dengar je perkataan cuti umum, automatik rasa lega. Boleh bangun lambat sikit, sarapan sama-sama, tak kalut traffic jam. Waktu macam ni lah kita rasa nikmat “keluarga tu dekat”.

Cuti umum yang dinanti umat Islam adalah Nuzul al-Quran. -Fakta Penting Ibu Ayah Kena Tahu

Untuk kita explain pada anak-anak pun senang  Nuzul al-Quran ialah peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril pada malam 17 Ramadan. Ia berlaku apabila lima ayat awal Surah al-‘Alaq diturunkan, yang menyeru manusia supaya membaca dan menuntut ilmu.

Peristiwa ini menjadi titik permulaan kerasulan Baginda dan membuka lembaran baharu dalam sejarah umat Islam. Selepas itu, al-Quran diturunkan secara berperingkat selama lebih 22 tahun sebagai panduan hidup, membawa hukum, nilai dan prinsip yang membentuk tamadun Islam.

Cuti Nuzul Al-Quran: 6 Negeri Tidak Bercuti Sabtu Ini, Fakta Penting Ibu Ayah Perlu Tahu

Ads

Tahun ini, 17 Ramadan jatuh pada hari Sabtu. Namun ada negeri yang bercuti dan ada yang sebaliknya.

Negeri Yang Bercuti Sempena Cuti Nuzul al-Quran

Di Malaysia, beberapa negeri menjadikan Hari Nuzul al-Quran sebagai cuti umum. Antaranya:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Selangor

6 Negeri Tidak Mengambil Cuti Nuzul al-Quran

Walaupun sebahagian negeri bercuti, terdapat enam negeri yang tidak menjadikan hari tersebut sebagai cuti umum. Negeri-negeri ini tetap menjalankan aktiviti harian seperti biasa walaupun sambutan Nuzul al-Quran masih diraikan oleh umat Islam.

  • Johor
  • Kedah
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Sabah
  • Sarawak

Mengapa Peristiwa Nuzul al-Quran Sangat Penting

Nuzul al-Quran bukan sekadar sejarah, tetapi ia menandakan bermulanya penyampaian wahyu yang menjadi panduan hidup umat Islam sehingga hari ini. Melalui peristiwa ini, manusia diperkenalkan dengan konsep membaca, menuntut ilmu dan memahami kehidupan berdasarkan petunjuk Ilahi.

Ads

Al-Quran diturunkan secara berperingkat selama lebih dua dekad supaya masyarakat ketika itu dapat memahami ajarannya dengan lebih mendalam. Setiap ayat yang diturunkan membawa mesej tentang akhlak, keadilan, keimanan serta cara hidup yang seimbang.

Peluang Ibu Ayah Didik Anak Tentang Nuzul al-Quran

Cuti Nuzul Al-Quran: 6 Negeri Tidak Bercuti Sabtu Ini, Fakta Penting Ibu Ayah Perlu Tahu

Apa pun sama ada cuti atau tidak, sebagai ibu ayah inilah peluang terbaik untuk kita ajar anak bahawa Nuzul al-Quran bukan sekadar tarikh dalam kalendar. Ia adalah momen suci yang mengingatkan bahawa al-Quran ialah pedoman sepanjang zaman.

Ads

Dalam dunia yang makin laju dan penuh cabaran ni, penghayatan terhadap ajaran al-Quran jadi asas untuk membina anak-anak yang berilmu, berakhlak dan kuat jati diri. Kadang-kadang bukan soal cuti, tapi soal apa yang kita isi dalam hati dan rumah kita.

Walaupun tidak semua negeri menikmati cuti Nuzul al-Quran, peristiwa ini tetap boleh dijadikan momen keluarga untuk membaca al-Quran bersama, berkongsi kisah sejarah Islam atau mengajak anak memahami maksud wahyu pertama yang diturunkan.

Hakikatnya, nilai sebenar cuti Nuzul al-Quran bukan hanya pada hari rehat semata-mata. Ia adalah peringatan kepada umat Islam bahawa kitab suci ini adalah sumber ilmu, panduan kehidupan dan asas pembentukan generasi yang beriman serta berakhlak mulia.

Sumber: Berita Harian 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

6 Servis KKM Untuk Ibu Hamil, Jangan Skip!

Ketahui 6 servis KKM untuk ibu hamil yang penting sepanjang tempoh kehamilan. Panduan ini membantu ibu memastikan kesihatan diri dan perkembangan bayi sentiasa dipantau dengan selamat.