“D.I.Y Dapur Mainan Tak Lebih RM100, Kalau Beli Di Kedai RM300” Ibu Ini Kongsi Cara Buat Dapur Mainan Mudah Untuk Anak

Share

“Mama nak dapur mainannnnn!!” alahaiii berat je rasa bila anak mula meminta barang mainan yang harganya beratus-ratus. Bukan tak mampu nak belikan tapi rasa tak berbaloi pulak kan? Mama papa jangan pening-pening fikirkan kehendak anak. Mama papa boleh D.I.Y sahaja dapur mainan dengan kos yang berbaloi.

Puan Fizah Sobri yang juga Dietitian berkongsi cara membuat sendiri dapur mainan anak dengan barangan yang boleh didapati di Tesco dan Kedai D.I.Y. Mudah dan anak pun pasti seronok bila melihat dapur mainan D.I.Y tersebut siap.

My Made By Mom Dapur Mainan for my kiddos

Tengok harga dapur kanak kanak dekat IK** waaaah ternganga

So this is my project for my kiddos, yang paling best cost paling tinggi pun RM100 sahaja save rm300 wooooo !!!!!!.. tu pun sebab beli barang sikit dekat kedai hardware sebab lupa nak beli dekat Mr. Diy

Senang sangat nak buat..iron lady macam saya pun mengambil masa max 2 jam saja (ni pun sebab power screwdriver takleh fungsi..kena putar guna kuasa tangan )

So sini la step hy step nak buat dapur mainan kanak2

Bahan yang diperlukan;
1. Alamari – rm69.90
2. Penyangkuk – rm7.50 (dekar Mr.Diy rm2 je)
3. Sticker (rm2.80)
4. Kertas a4 sticker (rm 4 rasanya)
5. Bakul (takde dalam gambar,beli dekat daiso tp Me diy pun ada) – rm5.90x 3

Beli rak ni dekat tesco rm69.90 (masa cny lagi murah..huhuhu terlepas sale)
Yang lain boleh beli dekat Mr. DIY

Lepas install almari rupa macam ni. Saja amik yang ada design ni sebab anak suka main buka tutup. Ada warna pink jugak tau!

Sesi melekat sticker! Pastikan masa beli sticker beli jenis satu kertas a4 tu sticker
Saya silap beli nampak macam a4 tapi sebenarnya dah kena potong jadi label kecik..tula kena lekat satu satu. Gambar tu saya cari dan print dari internet. Sticker dapur boleh dapatkan dekat Tesco jugak.

Ni maksud saya bakul putih yang takde dalam gambar bahan awal..nak beli bakul lain size lain pun boleh

Lekat penyangkuk…bakul saya letak macam ni

Tadaaa..lepas habis lekat sticker..and susun barang

Haaa ni rupa dalam pulak..mainan ni semua kumpul kumpul dari masa aliyah kecik lagi..baru ada tempat betul nak letak

Pinggan,mangkuk,sudu garfu letak dalam bakul gini

Saya buat extra tempat gantung dekat tepi nak letak menu dan apron

Anak bujang pulak yang excited dan main awal awal

Sumber: Fizah Sobri

IKLAN