“Anak Panjat Kita Masa Solat, Tapi Tak Pernah Rasa Marah” Alif Ikut Cara Didikan Rasulullah

Share

Bergelar seorang bapa di usia muda bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi Alif, kehadiran anak dianggap pembawa rezeki buatnya dan isteri.

Berkongsi mengenai cabaran dalam membesarkan anak-anak, Alif mengakui ianya bukanlah sesuatu yang mudah namun tetap menjadi momen indah buat dirinya dan kisah ini dikongsi dalam Anugerah BEST PAPA MILLENIAL 2022.

“Ada dugaan dan cabaran. Alhamdulillah sekarang bapa kepada 3 orang anak.”

“Setiap anak ada karakter sendiri, apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Dan Alif bangga jadi ayah kepada anak perempuan. Tak pernah ada rasa kasih sayang yang berbeza-beza setiap anak, kena adil. Alif percaya kita kena lead by example. Kalau diaorang nak bermanja, layan.”

Tambah Alif lagi, sebagai bapa kepada 3 cahaya mata dia menjadikan Rasulullah sebagai idola dalam mendidik anak-anak.

“Cara Rasulullah layan kanak-kanak, dengan kelembutan. Jadi Alif cuba buat benda yang sama.. anak datang tepuk-tepuk muka kita, panjat kita masa solat, tapi Alif tak pernah rasa marah. Kanak-kanak tetap kanak-kanak jadi kita layan sebaiknya.”

“Waktu Alif di rumah, bila ada masa terluang, Alif akan curi masa (Waktu main key point) contoh waktu anak sebelum tidur, selepas tidur atau hantar anak ke sekolah Alif akan ambik masa tu, pikul tanggungjawab supaya anak sentiasa rasa kehadiran ayah mereka.”

Pemenang Anugerah Best Papa Millenial 2022 ini turut berkongsi tip untuk tidak ‘stress’ dalam menguruskan keluarga tercinta kerana baginya ibu bapa perlu pandai menguruskan emosi sebelum menguruskan anak-anak.

“Antara saya dan isteri, Shadila of course kami bahagi-bahagi tugas. Daddy time, mommy time (Me time) perlu jugak dan sangat penting sebab kita pengendali kapal. Kena tahu masa untuk jaga anak-anak dan jaga diri sendiri, diri kita as parents. Kena sentiasa ada masa untuk diri sendiri barulah rasa lancar dan best je. Hantar anak-anak rumah atuk nenek dia, mama papa pergilah dating”

Siapa sangka dari seorang yang biasa-biasa kini dirinya antara selebriti dan pengacara pilihan ramai. Nak tahu perkongsian lebih tentang bagaimana Alif sebagai seorang papa dan suami melaksanakan tanggungjawabnya pada keluarga dalam kesibukannya bekerja, saksikan video di bawah.

Kredit: Majalah Pa&Ma

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN