Sajian malam hari pastinya menjadi hidangan yang begitu dinantikan oleh anak-anak. Terasa sukar menyediakan menu yang berat, buatkan sahaja menu simple tetapi cukup sedap. Resipi daging goreng kunyit antara resipi yang cukup mudah disediakan. Hanya tiga langkah sahaja, hidangan sudah siap tersedia.

Resipi daging goreng kunyit mudah yang disediakan oleh Dapur Cheyah ini bukan sahaja sedap bahkan ada tip yang dikongsikan olehnya agar daging yang dimasak tidak liat atau lambat masak. Tak perlu lama, hanya tiga langkah sahaja, daging goreng kunyit sudah tersedia buat anak-anak. Jom cuba!

Daging Goreng Kunyit ‘Favourite’ Anak-Anak, Simple Tapi Power, 3 Langkah Dah Siap!


RESEPI DAGING GORENG KUNYIT MUDAH

Inilah dia daging yang berbaki dalam peti ais. Cheyah buat goreng kunyit. Jom ikuti step paling ringkas goreng daging kunyit cheyah punya style.

Bahan-bahan
500g daging lembu (dipotong kecil)
1 inci kunyit hidup
5 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (jika suka)
1/2 biji bawang besar
3 biji cili padi
5 biji kacang buncis
1 cawan air putih
Sedikit minyak masak

 

Daging Goreng Kunyit ‘Favourite’ Anak-Anak, Simple Tapi Power, 3 Langkah Dah Siap!

IKLAN

Tumbukkan bawang putih dan kunyit hidup sehingga lumat. Masukkan ke dalam daging. Tambah serbuk kunyit dan air. Panaskan atas kuali.

Daging Goreng Kunyit ‘Favourite’ Anak-Anak, Simple Tapi Power, 3 Langkah Dah Siap!

Masak dengan api yang sederhana sehingga air daging tersebut kering. Bila dah kering, tambahkan garam dan minyak.

Daging Goreng Kunyit ‘Favourite’ Anak-Anak, Simple Tapi Power, 3 Langkah Dah Siap!

IKLAN

Boleh masukkan bahan hiasan seperti bawang, cili dan kacang buncit. Gaul sebati dan dah ready to eat!

Nota: Cheyah letak garam last sebab tak nak daging lambat masak atau liat dan terlalu masin. Jika ingin nampak hitam boleh titikkan kicap sedikit. Baru menawan gitew.

Daging Goreng Kunyit ‘Favourite’ Anak-Anak, Simple Tapi Power, 3 Langkah Dah Siap!

Selamat mencuba!

IKLAN

EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid

Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?

Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Daging Goreng Kunyit ‘Favourite’ Anak-Anak, Simple Tapi Power, 3 Langkah Dah Siap!

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Baca: Apam Balik Homemade Guna Kuali Non Stick Sejuk Pun Masih Lembut Ranggup!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI