Ada sesetengah pasangan yang berkahwin dikurniakan ramai anak lelaki. Selepas beberapa orang, teringin juga merasa dukung anak perempuan pula. Tapi, masih belum tertulis rezeki untuk ada baby girl. Anak lelaki pun seronok juga, rezeki dan amanah dari Allah SWT.
Benarlah, kalau kita reda dan bersyukur dengan setiap ketentuan Allah SWT, pasti ada hikmahnya. Selepas 10 tahun silih berganti pasangan ini mendapat lima orang anak lelaki, akhirnya mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberikan nama Nur Sumayyah.
Ibu kepada enam orang anak, Sarah Saifuddin berkongsikan kisahnya ini.
Ada yang bertanya, Bagaimana tips mendapatkan perempuan setelah 5 lelaki. Saya hanya mampu tersenyum. Sungguh!
Saya tiada tips tertentu.
Sepanjang Sumayyah membesar dalam rahim Saya, Hanya orang terdekat yg tahu bagaimana Saya struggle utk redha Dan menerima sepenuh hati siapa si kecil ini.. Sungguh!
Saya memahami bagaimana saat kita belum bersedia menerima kehadiran orang baru.
Ads
Scan pertama kali diusia 5bulan kandungan, Saya bertemu seorang doktor yg baik hati. Bagaimana Saya menangis dihadapannya, “Doktor, Saya belum bersedia.” Tapi waktu tu, doktor pujuk saya. “Mari kita scan. Saya yakin, ini perempuan. Mana tahu penawar buat puan.”
Ya. Benar. Jantinanya perempuan. Namun scan 2d itu belum cukup buat saya. Jantinanya masih dirahsiakan dari pengetahuan suami. Sekalipun si dia berkali mengajak saya.
Lantas dibahu sahabat baik saya mengadu. Niat untuk mengadu, Tapi si dia pula menangis tersedu. Bila tahu scan kali ini girl. Saya pula terpinga. Bff yg teruja, sedang aku dirundung hiba. Hinggalah 4 kali scan, jawapan tetap sama.
Akhirnya saya mengajak suami scan 4d, Ye. Benar – benar perempuan. Namun Saya masih termenung. Kerana jauh sudut hati, Ku mengharapkan seorang baby lelaki.
Saya bertanya pada suami. Rahsia apa yg sedang Allah aturkan buat kita?
Ads
Kata suami, “10tahun Allah berikan kita silih berganti anak lelaki. Tak pernah kita bersungut kenapa takde anak perempuan. Ada sesuatu abg belajar. Allah nak abg bersedia. Di usia genap 40tahun, disaat kehidupan baru bermula. Baru Allah hantarkan puteri untuk abg bersedia menjadi wali.
Tipulah kalau Tak excited. Allah lebih tahu waktu yg tepat untuk abang. Jika puteri yg pertama, Mungkin abang Tak pernah kenal hati seorang perempuan dari kacamata isteri. Tu tanda Allah Sayang kita.”
Sungguh! Ayat itulah yg membuka matahati Saya untuk mula redha. Segala persiapan , husband la yg siapkan. Baju, beg, pakaian serba pink. Jauh sudut hati, Saya bimbang andai bukan perempuan. Tapi Allah tahu yg terbaik buat hambaNya. Allah hantarkan hadiah ramadhan buat kami.
Sesuai dgn nama Nur Sumayyah, Walaupun jasadmu milik kami, Tapi hatimu tetap milik Tuhan! Moga kekuatanmu mengalir buat Umi…
Dianugerahkan anak perempuan pastinya membuatkan mana-mana ibu merasa teruja. Teruja mempersiapkan segala kelengkapan buatnya. Malah sejak punya anak perubahan paling ketara pastinya gambar-gambar si comel yang memenuhi ruang galeri telefon bimbit.
Che Puan Juliana Evans juga tidak terkecuali berkongsi foto si comelnya, Tengku Kamiliah Zanariah yang kini sudahpun berusia dua bulan.
Terbaru pada Sabtu lalu, Che Puan Juliana Evans bersama suaminya, Tengku Shariffuddin Shah, berkongsi gambar-gambar indah sekitar majlis akikah dan cukur jambul puteri kesayangan mereka.
Berdarah kerabat diraja Johor dan Selangor, majlis tersebut disambut penuh adat di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang dengan mengetengahkan warna merah jambu sebagai tema. Cantik sekali.
Majlis yang diadakan dengan penuh barakah ini telah dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua belah pihak. Antara yang hadir adalah kerabat-kerabat diraja, kaum keluarga serta sahabat handai. Majlis berkenaan disambut dengan penuh meriah dan penuh istiadat diraja.
Indah Dengan Rona Merah Jambu
Menerusi laman instagram Juliana Evans, beliau telah berkongsi beberapa foto sekitar majlis berlangsung. Rona merah jambu melatari seluruh majlis.
Aura keibuan jelas terserlah pada Che Puan Juliana Evans kala mengenakan sepersalinan berona merah jambu. Beliau dan suami kelihatan cukup manis. Begitu juga dengan si comel, Tengku Kamiliah Zanariah.
Penuh Adat Istiadat
Berikut antara foto-foto menarik yang dikongsikan oleh pelakon drama Mimpi Sabrina ini menerusi laman Instagramnya.
Peminat turut mendoakan kesejahteraan kepada Tengku Kamiliah Zanariah. Semoga terus membesar menjadi anak yang sihat dan solehah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersemut habis ucapan hari lahir Almy Nadia buat suami tercinta. Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz lahir pada 22 Oktober 1979.
Bersemut Habis Ucapan Hari Lahir Almy Nadia Buat Suami Tercinta
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh isterinya, Datin Almy Nadia, ucapan hari lahir oleh Almy itu menarik perhatian warga maya. Padat, romantik dan ‘bersemut.’
Berikut perkongsian Almy Nadia di laman Instagramnya.
Today is your day sayang.
Selamat hari jadi sayang @fizzfairuzofficial ,mama sentiasa doa untuk sayang.. semoga sayang panjang umur,sentiasa murah rezeki..
Sayang no 1 in my heart(ckp omputih wei). Mama sentiasa doa apa saja yang sayang nak dimakbulkan ok… mama dan anak-anak. 5A(Arianna/Aurora/Ayra/Aisyah/Alisya) love you so much tau…. Maaf mama tak dapat kasi hadiah sebab mama tak work work..
Mama kasi hadiah anak baru laa yerk alisya…thank you love sebab dah buat yang terbaik untuk mama dan anak-anak, sentiasa dahulukan mama dan anak-anak dalam apa segala hal, sentiasa ada dengan mama dan anak-anak.
Fizz Fairuz mendirikan rumah tangga bersama pelakon Almy Nadia pada 26 April 2014. Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Balik Pulau, Kampung Pondok Upeh.
Pasangan ini dikurniakan lima anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3 dan Nur Alisya yang dilahirkan pada 18 September lalu. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Hati mana yang tak luluh. Seorang ibu kini hanya mampu memeluk bantal kosong, meratapi kehilangan anak kecilnya yang diragut dalam kejadian tragis yang cukup menyayat hati.
Dalam sekelip mata, dunianya gelap hanya tinggal kenangan dan linangan air mata sebagai teman. Setelah melalui detik paling hitam dalam hidupnya, wanita tersebut kini perlahan-lahan cuba bangkit daripada kemurungan yang merantai jiwa.
Sebagaimana memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan wanita itu dalam keadaan beransur pulih dan telah dibenarkan pulang selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat kemurungan.
Katanya lagi, pada 22 Julai ibu tersebut pernah membuat laporan mendakwa suaminya memukulnya dan membawa keluar anak mereka dari rumah.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumahtangga.
Semalam, waris mengatakan ibu berkenaan menangis setiap hari dan tiada selera makan sejak kehilangan anaknya pada 24 Julai.
Menurut datuk saudarayang dikenali sebagai Tata kematian anak kecil itu mengejutkan seluruh ahli keluarga.
Beliau yang mempunyai hubungan yang rapat dengan mangsa sering teringatkan kanak-kanak itu hingga sukar untuk tidur.
“Biasanya apabila dengar kes sebegini, kita rasa simpati, namun hari ini ia menimpa keluarga kami.
“Apa yang membuatkan kami sukar terima, suspek itu bukannya orang luar, tetapi bapanya sendiri,” katanya.
Terdahulu, kanak-kanak berkenaan dilapor hilang oleh bapanya yang berusia 36 tahun selepas ditinggalkan di dalam kereta sementara dia membeli makanan di sebuah kopitiam di Johor Bahru.
Lebih memilukan, lima hari selepas kehilangan, jasad anak kecil berkenaan ditemui dalam keadaan ditanam di kawasan belukar di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan.
Susulan siasatan, bapa kanak-kanak itu direman tujuh hari bermula semalam.
Lelaki tempatan berusia 36 tahun itu membuat laporan kehilangan anak lelakinya yang berusia enam tahun pada kira-kira jam 2.15 pagi, Khamis lalu, mendakwa anak tunggalnya itu hilang sekitar jam 6 petang Rabu lalu.
Polis kini membuka dua kertas siasatan membabitkan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kes awal disiasat polis kontinjen Johor membabitkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 200 manakala kes bunuh disiasat kontinjen Negeri Sembilan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.