Ada sesetengah pasangan yang berkahwin dikurniakan ramai anak lelaki. Selepas beberapa orang, teringin juga merasa dukung anak perempuan pula. Tapi, masih belum tertulis rezeki untuk ada baby girl. Anak lelaki pun seronok juga, rezeki dan amanah dari Allah SWT.
Benarlah, kalau kita reda dan bersyukur dengan setiap ketentuan Allah SWT, pasti ada hikmahnya. Selepas 10 tahun silih berganti pasangan ini mendapat lima orang anak lelaki, akhirnya mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberikan nama Nur Sumayyah.
Ibu kepada enam orang anak, Sarah Saifuddin berkongsikan kisahnya ini.
Ada yang bertanya, Bagaimana tips mendapatkan perempuan setelah 5 lelaki. Saya hanya mampu tersenyum. Sungguh!
Saya tiada tips tertentu.
Sepanjang Sumayyah membesar dalam rahim Saya, Hanya orang terdekat yg tahu bagaimana Saya struggle utk redha Dan menerima sepenuh hati siapa si kecil ini.. Sungguh!
Saya memahami bagaimana saat kita belum bersedia menerima kehadiran orang baru.
Ads
Scan pertama kali diusia 5bulan kandungan, Saya bertemu seorang doktor yg baik hati. Bagaimana Saya menangis dihadapannya, “Doktor, Saya belum bersedia.” Tapi waktu tu, doktor pujuk saya. “Mari kita scan. Saya yakin, ini perempuan. Mana tahu penawar buat puan.”
Ya. Benar. Jantinanya perempuan. Namun scan 2d itu belum cukup buat saya. Jantinanya masih dirahsiakan dari pengetahuan suami. Sekalipun si dia berkali mengajak saya.
Lantas dibahu sahabat baik saya mengadu. Niat untuk mengadu, Tapi si dia pula menangis tersedu. Bila tahu scan kali ini girl. Saya pula terpinga. Bff yg teruja, sedang aku dirundung hiba. Hinggalah 4 kali scan, jawapan tetap sama.
Akhirnya saya mengajak suami scan 4d, Ye. Benar – benar perempuan. Namun Saya masih termenung. Kerana jauh sudut hati, Ku mengharapkan seorang baby lelaki.
Saya bertanya pada suami. Rahsia apa yg sedang Allah aturkan buat kita?
Ads
Kata suami, “10tahun Allah berikan kita silih berganti anak lelaki. Tak pernah kita bersungut kenapa takde anak perempuan. Ada sesuatu abg belajar. Allah nak abg bersedia. Di usia genap 40tahun, disaat kehidupan baru bermula. Baru Allah hantarkan puteri untuk abg bersedia menjadi wali.
Tipulah kalau Tak excited. Allah lebih tahu waktu yg tepat untuk abang. Jika puteri yg pertama, Mungkin abang Tak pernah kenal hati seorang perempuan dari kacamata isteri. Tu tanda Allah Sayang kita.”
Sungguh! Ayat itulah yg membuka matahati Saya untuk mula redha. Segala persiapan , husband la yg siapkan. Baju, beg, pakaian serba pink. Jauh sudut hati, Saya bimbang andai bukan perempuan. Tapi Allah tahu yg terbaik buat hambaNya. Allah hantarkan hadiah ramadhan buat kami.
Sesuai dgn nama Nur Sumayyah, Walaupun jasadmu milik kami, Tapi hatimu tetap milik Tuhan! Moga kekuatanmu mengalir buat Umi…
Fasa anak membesar sangat cepat. Dari sehari ke sehari sedar-sedar anak sudah besar. Dari pandai senyum, tahu-tahu dah boleh berjalan dan berlari.
Biasanya usia 6 bulan ke atas, anak mula untuk meneroka sesuatu yang baru. Tempoh ini ibu bapa perlu siapkan mental dan fizikal kerana anak makin lasak.
Bukan itu saja, gambar dan video kenangan anak-anak juga akan menjadi kenangan untuk tatapan pada masa akan datang.
Seperti perkongsian pelakon dan usahawan, Fizo Omar di instagramnya, dia berkongsi mengenai gelagat anak perempuan keduanya iaitu Wan Khaleeda yang kini berusia enam bulan.
Dalam video yang dimuat naik itu, gelagat comel Khaleeda sedang menghisap jari bayi lelaki di sebelahnya sangat mencuit hati.
Reaksi Khaleeda ketika menghisap jari bayi lelaki yang dipanggil Noh itu seolah-olah Khaleeda menghisap jarinya sendiri. Bersungguh-sungguh sekali dia menghisap jari tersebut walaupun ditegur daddynya.
“Sekali sekala Khaleeda tukar selera,” tulis Fizo di ruangan kapsyen.
Apa yang menarik perhatian, Noh seolah-olah reda dengan tindakan Khaleeda dan membiarkan Khaleeda mengulum jarinya.
Bukan itu saja, setelah beberapa minit anak dara Fizo menghisap jari Noh, barulah bunyi tangisan Noh. Namun reaksi Khaleeda yang tergelak bila mendengar Noh menangis buat ramai yang geram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat anak kepada pasangan Fizo Omar dan Fazeera Nazri.
Hari ini genap setahun usia cahaya mata bongsu pasangan selebriti Shuib dan Arwah Siti Sarah iaitu Ayash Affan.
“6 Ogos 2022 genap Ayash Affan setahun. Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar”
Berkongsi tentang kehidupan terkini, ternyata bekas ahli kumpulan Sepahtu ini masih lagi cuba untuk bangkit kembali selepas kehilangan isteri tercinta.
“Bialah i yang mati dulu, sebab tak sanggup nak hadap. Tapi Allah Maha Dasyat, Maha Hebat.”
“Kenapa Allah tak boleh belanja saya lagi 20 tahun, Sebab saya dengan arwah dah almost 10 tahun. Saya terfikir, tak boleh belanja lagi ke 20 tahun. Tapi itulah, jalan cerita yang semua orang akan lalu cuma saya cepat sikit lalui”
Bapa kepada 4 cahaya mata ini juga meluahkan rasa apabila bakal berhadapan dengan soalan yang bakal diajukan anak bongsunya ‘di mana ibu saya’ suatu hari nanti.
“Kalau one day Ayash akan tanya. Di hari pemergian Sarah, saya dah terfikir soalan ni.”
“Cuma sekarang saya kena buat yang terbaik buat anak-anak, education dan kehidupan anak-anak.”
“Tipu lah kalau saya boleh beri sentuhan seperti ibu, anak-anak lelaki saya perlukan sentuhan dari ibu. Saya tak boleh pakai tudung macam ibu dia. Itu saya kalah lah, semua saya boleh berikan, anything cuma part sentuhan ibu tu saya tak dapat bagi pada anak-anak.”
Usahawan Bubble Bee ini sempat menitipkan ucapan buat anaknda bongsu tercintanya.
“Semoga menjadi anak yang baik untuk keluarga & dipelihara Allah Swt selalu. Aamiin”
Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu akibat COVID-19, iaitu tiga hari selepas melahirkan anak bongsu, Ayyash Affan.
Selain Ayash, Allahyarhamah meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9 dan Ariq Matin, 7.
Hati ibu mana yang tak tercalar bila lihat anak dikasari di sekolah. Kes tular seorang kanak-kanak yang dikasari seorang pengasuh di sebuah tadika turut mengundang kemarahan pelakon dan pengacara, Elly Mazlein.
Elly yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengakui amat terkesan selepas menonton video yang tular beberapa hari lalu.
Bahkan kata Elly, kerjaya mengasuh dan mendidik kanak-kanak di sekolah perlukan kesabaran yang tinggi dan tidak sewenang-wenangnya memegang amanah itu.
“Kalau nak jaga budak, kau kena bersabar. Kalau kena dekat anak-anak aku, lunyai kau ni. Hal lain no last, no 1 kau lunyai dulu.
“Aku ni menggelegak je tengok & baca. Apa nak jadi la orang sekarang ni. Kesal,” tulisnya tegas menerusi Instagramnya.
Bahkan kata Elly lagi menerusi perkongsiannya di Instagramnya, setiap sekolah perlu mempunyai CCTV yang lengkap serta guru-guru yang berpengalaman selayaknya.
Malah turut mengesyorkan beberapa panduan terbaik agar amanah menjaga anak-anak dapat dilaksanakan dengan telus.
Perkongsian dari Elly itu sudah semestinya mendapat sokongan wargamaya.
“Wajibkan semua ada nursery ada CCTV. Ibu bapa berhak untuk tengok. Kalau tak dibenarkan tengok, kau dah kenapa tak bagi tengok? Memang sesuatu.
“Pekerja harus kursus, jangan nak kaut untung saja, main ambil je pekerja tak ada pengalaman.
“Pekerja pun harus ada minat dalam kerja menjaga anak. Bukan main tangkap muat je. Lepas tu suka-suka hati kau je tak boleh salahkan sekolah.
“Sekolah harus bertanggungjawab sebab mereka yang ambil pekerja sampah macam ni,” tulisnya lagi.
Seorang warga emas menanggung kerugian RM1.7 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud sejak Ogos tahun lalu.Memetik Harian Metro, Ketua...