Sebagai manusia biasa, adalah normal untuk kadang-kadang kita merasa ‘tewas’ dan lemah. Apabila sesuatu perkara yang dirancang tidak mengikut kemahuan kita, ia pasti menjadi sebab mengapa kita merasakan diri kita gagal menjadi yang terbaik.
Begitu jugalah apabila kita dalam proses membesarkan dan mendidik anak-anak. Ada masanya kita terlepas amarah pada mereka sehingga ia mungkin mengguris perasaan anak. Menurut Developmental Psychologist, Pija Ramli, kita selalu pesan pada anak untuk belajar meminta maaf dan memaafkan tetapi kita sebenarnya terlupa untuk memaafkan diri sendiri.
Kita selalu pesan pada anak utk belajar meminta maaf, dan utk memaafkan. Tapi kita sering terlupa utk memaafkan diri sendiri.
Kita selalu pesan dan ajar pada anak utk berkongsi masalah kerana kita ingin berada dalam setiap perkara yg dilaluinya. Tapi kita sering terlupa utk meluahkan dan berkongsi tekanan kita.
Ads
Kita selalu pesan pada anak utk bangun semula apabila gagal, utk sentiasa positif walaupun menghadapi kesukaran. Tapi kita sering terlupa utk melihat yg positif dalam diri kita.
Kita selalu pesan pada anak utk gunakan coping skills yg sesuai apabila beremosi. Tapi kita sering terlupa utk marah apabila tertekan, utk menangis apabila sedih, utk ketawa apabila gembira.
kerana kita sudah biasa mengganggap bahawa menjadi ibu ayah itu perlu kuat, perlu tahu sembunyikan emosi negatif daripada anak bimbang ditiru.
Kredit foto: Facebook Pija Ramli
Sedangkan kita tidak sedar bahawa tindakan memendam emosi itu hanya akan menyebabkan peperangan meletus, antara diri sendiri dengan anak.
Belajar urus emosi itu sesuatu yg sukar. Hanya orang yg tabah mampu terus belajar. Semoga kita semua tabah 💪🏼
Sentiasa beringat yang kita manusia biasa dan tiada salah untuk sesekali melakukan kesilapan. Dari kekhilafan yang dibuatlah kita belajar untuk berubah menjadi lebih baik pada masa kaan datang. Jangan sembunyikan perasaan, jika perlu disuarakan, ceritakanlah pada orang lain.
Mesti ramai yang masih ingat dengan iklan merdeka yang bertajuk Tan Hong Ming Dilamun Cinta sekitar tahun 2007 dahulu. Iklan yang dibintangi dua kanak-kanak kecil ini mengisi slot iklan Petronas sempena kempen kemerdekaan ke-50.
Gelagat dan kecomelan gelagat dua teraju utamanya, Tang Hong Ming dan Ummi Khazriena berjaya mencuri perhatian penonton. Iklan yang mendapat sentuhan magis Allahyarham Yasmin Ahmad itu turut membuatkan rakyat Malaysia tersentuh hati.
Selepas 16 Tahun, Ini Wajah ‘Dewasa’ Ummi & Tan Hong Ming
Walau iklan tersebut hanya berdurasi 33 saat, namun iklan yang bertajuk ‘Tan Hong Ming Dilamun Cinta’ itu nyata meninggalkan impak yang besar. Hasil sentuhan magis Yasmin Ahmad ini membuatkan seluruh rakyat Malaysia tersentuh hati dan tersenyum melihat aksi kecomelan dua teraju utamanya, Tang Hong Ming dan juga Ummi Khazriena.
Mesej Keharmonian Kaum
Malah, iklan ini menyaksikan Tan Hong Ming dengan penuh keikhlasan, naif dan selamba menceritakan kisah cinta pertamanya dengan rakan sekelas Ummi Khazriena Skhrudin, dilihat berjaya menyampaikan mesej keharmonian kaum di kalangan rakyat Malaysia sehingga kini.
Kanak-Kanak Viral Iklan Merdeka Petronas
Selepas 16 tahun Bergandingan Semula
Selepas 16 tahun, mereka berdua disatu dan dipertemukan kembali menerusi iklan Merdeka yang diterbitkan oleh pengeluar jersi sukan dan gaya hidup terkemuka yang berpengkalan di Pulau Pinang, Lokalteez dan Teamwear.
Di dalam video tersebut, jelas kelihatan keterujaan Ummi Khazriena dan Tan Hong Ming yang dipertemukan semula selepas terputus hubungan. Walaupun timbul sedikit kejanggalan berikutan sudah lama tidak bertentang mata, namun kedua-duanya masih lagi erat dan akrab seperti dahulu.
Bila kali terakhir anda berdua berjumpa? “Beberapa tahun lepas, pada tahun 2016 untuk satu iklan tidak silap, dah lama dah.” Jelas Ummi. Selepas itu apa yang terjadi? Ujar Tan Hong Ming, “Kami berdua terus terputus hubungan, mungkin kedua-duanya sibuk dengan kehidupan masing-masing.”
Ummi yang kini bertugas sebagai seorang eksekutif dan Tan Hong Ming pula baru saja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi dari Sunway University sempat mengimbas kenangan bekerja di bawah arahan pengarah tersohor, Yasmin Ahmad.
Apakah pendapat Tan Hong Ming tentang arwah Yasmin Ahmad? “Arwah Yasmin Ahmad berjaya menyerlahkan rasa muhibah dalam karyanya. Dan saya rasa itulah kualiti terbaik yang ada pada Yasmin Ahmad. “Dia seorang yang berbakat besar, malah Yasmin mampu keluarkan rasa dan jiwa dalam karyanya. Bagi Ummi, dia adalah seorang dalam sejuta”, ulas Ummi pula.
Saksikan video penuh iklan hari kebangsaan Ummi & Tan Hong Ming: Remembering Yasmin Ahmad dibawakan secara eksklusif oleh Lokalteez.
Bertuah Rizman Ruzaini, sudah jumpa ‘future model’ pakaian rekaannya, Rizqaa anak kesayangan pandai bergaya. Selalu jadi perhatian. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kalau sudah berbapakan pereka fesyen terkenal tanahair tentu sahaja anak pun automatik bijak berfesyen dan bergaya.
Rizman Ruzaini Sudah Jumpa ‘Future Model’ Pakaian Rekaannya
Keletah Rizqaa anak kesayangan pereka fesyen terkenal Rizman dan Nurida Suraya ini memang membuatkan sesiapa yang melihatnya berasa ‘geram.’ Meskipun baru berusia 4 tahun tetapi si kecil yang berwajah comel ini langsung tidak kekok bergaya.
Bukan hanya berpakaian cantik tetapi gelagatnya membimbit beg tangan membuatkan ramai pengikut ibu bapanya geram dengan aksi comel tersebut.
Rizqaa Anak Kesayangan Pandai Bergaya
Rizman dan juga Nurida Suraya gemar berkongsi gambar-gambar Rizqaa yang sangat mesra kamera. Rizqaa pandai beraksi dengan gaya comel yang memikat hati.
Jom tengok beberapa aksi comel Rizqaa bergaya dengan pelbagai koleksi pakaian yang kebanyakan direka sendiri oleh ‘Dadi’ nya.
Sekadar info, Rizman dan Nurida mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019. Pasangan ini dikurniakan anak sulung iaitu Rizqaa pada 2 September 2020. Pasangan ini juga baru sahaja dikurniakan cahaya kata kedua pada 22 Mac 2024. Anak kedua mereka juga seorang puteri yang diberi nama Rainaa.
Untuk mengekalkan kebahagiaan sesebuah keluarga, ia bukan peranan sebuah pihak sahaja. Semua orang di dalam keluarga itu harus tahu peranan masing-masing. Paling utama, suami dan isteri haruslah saling menyayangi dan inilah yang menjadikan sesebuah keluarga itu lebih sempurna dan bahagia.
Hanya ingat ‘8P’ sahaja. Nak tahu apa ‘8P’ tersebut?
1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
Kredit foto: Facebook Munirah W A Rahman
8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Tip yang terakhir dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood adalah berdoa kepada Allah. Ada banyak doa yang boleh diamalkan, tetapi salah satunya adalah doa memohon kebahagiaan dunia dan akhirat ini.
Selepas bersalin secara pembedahan caesarean (czer), penjagaan luka adalah sangat penting. Ramai ibu yang sudah melalui pengalaman ini tahu betapa sukarnya menjaga luka agar cepat sembuh.