Dah Berusia Tiga Minggu, Eyra Hazali Kongsi Foto Terkini Anak. Comelnya Muhammad Hayder Qhalish!

Share

Cantik nama yang dipilih sesuai dengan kecomelan cahaya mata pertama pelakon Eyra Hazali dan pasangan, Haziq Nazli, penjaga gawang gol pasukan bola sepak JDT.

Memilih nama Muhammad Hayder Qhalish, Eyra memuat naik beberapa gambar yang cukup menyentuh hati wargamaya.

Pejam celik bayi mereka kini sudah berusia hampir tiga minggu selepas dilahirkan pada 14 Ogos yang lalu.

Baca: Usia Kandungan Sudah 6 Bulan, Zahirah & Aiman Tak Sabar Nak Timang Cahaya Mata Pertama, Tahniah!

Eyra dilihat memuat naik beberapa gambar bayinya itu di instagram untuk tatapan wargamaya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji keluarga kecil ini di samping turut memjuk kecomelan bayi pertama mereka selain mendoakan Hayder membesar menjadi seorang anak yang baik.

Bergelar ibu dan bapa muda, Eyra dan Haziq mengakui mereka sudah bersedia untuk menempuh fasa sebagai suami isteri yang kini mempunyai anak.

Untuk rekod, Eyra dan Haziq telah melangsungkan pernikahan pada November 2019.

Baca: Eyra Hazali Dah Masuk Wad Bersalin, Suami Teman Sambil Bacakan Al-Quran. Mohon Doa Dari Semua Agar Dipermudahkan

Sumber: Media Hiburan & IG Eyra Hazali

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

 

 

IKLAN