“Dah Boleh Bersila Ke?” Baru 2 Hari Bersalin, Ramai Terkejut Tengok Vivy Yusof Bersila

Share

Usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof baru sahaja melahirkan bayi lelaki 2 hari lepas iaitu pada 22 November 2021.

(Dapatkan barangan dengan harga murah di SINI)

Selepas 2 hari melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Idris Ali Shah, Vivy mula memuat naik beberapa keping gambar bersama bayinya itu.

Namun sekeping gambar menjadi tanda tanya ramai apabila Vivy dengan bersahaja bersila walaupun baru sahaja 2 hari melahirkan anak keempatnya itu.

Rata-rata terkejut dan tertanya-tanya keadaan pengasas jenama terkenal, dUck dan FashionValet yang tampak biasa dan seperti tidak sakit.

 

Mungkin Vivy lebih selesa duduk seperti itu dan mungkin juga beliau telah mendapat nasihat daripada doktor yang merawatnya.

Vivy melahirkan anak keempatnya beberapa minggu awal dari tarikh jangkaan yang sepatutnya pada bulan Disember. Dengan kehadiran bayi lelaki ini bermakna pasangan ini mempunyai dua anak lelaki dan dua anak perempuan.

Selamat berpantang buat Vivy  dan tahniah atas kehadiran cahaya mata baru!

Kredit: Vivy Yusof

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

 

IKLAN