Siapa kata anak kecil tak boleh makan manis? Sebenarnya mereka juga boleh menikmati menu pemanis mulut. Asalkan diperbuat dari bahan organik dan bebas gula atau bahan perasa yang lain, anak tetap boleh makan manis.
Salah satu resipi yang sesuai disediakan untuk anak kecil adalah popia pisang. Rasa manis datang dari pisang, pasti anak akan sukakannya.
Jom belajar resipi mudah Popis Coklat Versi Baby dari Farisha Sofea;
💓 POPIS COKLAT VERSI BABY 💓
Bahan-Bahan: Kulit popia Pisang secukupnya (dibelah dua) Minyak untuk menggoreng
Untuk Coklat : 1/3 cawan susu penuh krim 1 sb mentega tanpa garam 1 sk tepung jagung 2 sb serbuk koko 3 sb puri kurma
Untuk Topping: Adunan coklat Serbuk keju Biskut coklat Snek buah Badam cincang
Cara-cara: 1. Mula-mula, sediakan bahan bahan untuk coklat. Satukan ke semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana kecil.
**Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi likat . **Coklat ini juga boleh dijadikan sebagai sapuan coklat dan coklat cip. Kemudian biarkan sejuk sebelum digunakan.
2. Untuk membuat popis coklat, ambil sekeping kulit popia dan letakkan pisang. Tuangkan sesudu adunan coklat di atas pisang tadi. Lipatkan popia dengan kemas .
**Sapukan sedikit air pada bahagian hujung kulit popia agar tidak terbuka ketika digoreng. Ulang proses sehingga selesai .
3. Panaskan minyak, gorengkan popia menggunakan api sederhana besar sehingga garing.
4. Angkat dan toskan. Hias popia dengan bahan topping. Siap , selamat mencuba!
Khasiat Pisang Untuk Anak
1. Kandungan mineral dan karbohidrat dalam pisang mudah dicerna dan menjadikan buah ini sebagai sumber tenaga yang baik. Sesuai diberikan kepada anak-anak yang aktif!
2. Menjadi sumber serat yang dapat membantu melawaskan pencernaan.
3. Pisang mengandungi antioksidan dan kaya dengan vitamin. Dapat membantu mengurangkan kerosakan dari radikal bebas yang menjadi risiko penyakit.
4. Pisang dapat membantu meningkatka kesihatan jantung kerana ia kaya dengan kalium dan magnesium.
5. Buah ini juga dapat membantu menghindakan stres kerana kandungan triptofan dan asid amino di dalamnya.
Sup Ayam ala Kelate ni rasa dia lain sikit sebab ada masam-masam. Rasa dia ala Sup Kedai Thai. Rasa masam-masam sikit tak kuat sangat rasa rempah memang sesuai untuk hidangan special seisi keluarga.
Semua bahan ni agak-agak lah nak bubuh banyak mana, selamat mencuba!
Resipi ringkas dan simple semacam ini adakalanya buat anak makan tak berhenti. Apa lagi gabungan bahan ringkas dari tauhu telur dan telur serta isi ayam yang tinggi khasiatnya.
Nak tahu macam mana nak buatnya? Jom cuba resipi perkongsian Asmida Nor ini. Memang sedap!
Serius weh sedap gilos tauhu berlauk ni weh. Sekali makan tak leh stop. First time cikdaa buat. Nanti boleh open order pulak.
Bahan utama
4 ketul tauhu telur
3 ketul tauhu petak
3 biji telur
isi ayam
bawang holand
carrot
daun sup
kiub pati ayam
Bahan blend
Tauhu telur
Tauhu petak
Telur
Isi ayam
Resepi smbal kicap
5 biji cili api
5 ulas bawang putih
1 sudu gula
Garam
Sos ikan @ jus limau
Kicap
Blend sehingga sebati dan hancur.
Carrot disagat, bawah holand di cincang halus. Daun sup diracik halus.
Masukkan garam.
Masukkan serbuk lada sulah. Boleh jugak masukkan serbuk lada hitam kalau ada.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!