Jemu dengan bubur, sesekali olah pemakanan bayi kita dengan gabungan pasta pula supaya mereka dapat merasai pelbagai jenis rasa. Jika anda memilih pasta, sos pasta ala karbonara yang dihasilkan sendiri dengan cara sihat antara yang boleh dicuba buat si comel.

Resipi sos pasta dengan gabungan sayuran sihat serta air rebusan ayam ini nampak cukup sedap dan menyelerakan. Malah nak buatnya juga teramatlah mudah. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Herny Green melalui grup Geng Memasak Untuk Anak ini. Ringkas!

Dah Bosan Bubur, Cuba Sos Pasta Ala Carbonara Ni Untuk Bayi 7-9 Bulan, Sedapnya!

Sos Pasta Ala Carbonara -no milk no cheese (7-9bulan)

Ramai juga yang berminat cara buat sos pasta ni. Bau sedap rasa pun sedap. Ni resepi anggaran je.

Butter 2 sudu teh
Garlic 3 ulas
Bawang holland separuh
Bunga kubis 1/2 cup
Kentang 1/2 cup
Air rebusan ayam 2 cawan @ isi ayam 1/4 cup + air kosong

 

IKLAN

Rebus bunga kubis dan kentang. Ketepikan. Panaskan kuali dan tumis bawang putih dan bawang holland bersama butter sampai wangi (jangan hangit).

Masukkan air rebusan ayam atau air kosong bersama isi ayam.

Dah Bosan Bubur, Cuba Sos Pasta Ala Carbonara Ni Untuk Bayi 7-9 Bulan, Sedapnya!

Bila ayam dah masak, campurkan kentang dan bunga kubis. Blend kan.

Dah Bosan Bubur, Cuba Sos Pasta Ala Carbonara Ni Untuk Bayi 7-9 Bulan, Sedapnya!

IKLAN

Sos ni boleh disimpan dan tuang atas pasta.

Sedap sangat, anak suka!

Dah Bosan Bubur, Cuba Sos Pasta Ala Carbonara Ni Untuk Bayi 7-9 Bulan, Sedapnya!

Panduan Pemakanan Untuk Bayi 6 Bulan

IKLAN

Susu Ibu – seperti jadual biasa atau mengikut permintaan bayi.

Bubur Nasi – 1 kali untuk 3 hingga 5 hari pertama. Berikan 2 kali pada minggu berikutnya dan 3 kali kemudiannya. Tambahkan khasiat dengan sumber protein berupa sup ayam dan puri sahaja di dalam bubur.

Puri – Selang selikan dengan puri buah yang dilenyekkan bersama susu ibu atau juga biskut yang turut sama dihancurkan.

Bayi 7 Hingga 8 Bulan

Susu ibu seperti biasa mengikut permintaan bayi.

Bubur Nasi – Bubur nasi pula perlu dipekatkan dan diberikan 3 kali sehari. Tambahkan juga dengan dengan sumber protein seperti ayam, sayur-sayuran yang dipotong kecil supaya anak dapat merasa tekstur makanan itu.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI