Walaupun bayi masih kecil, tapi mereka pun perlukan pencuci mulut atau makan petang dalam menu harian mereka. 

Ada pelbagai jenis resepi yang sesuai untuk bayi, yang penting bebas gula dan bahan perasa yang tidak sesuai untuk bayi. Jom ikuti resepi yang dikongsi ini. Selamat mencuba!

Resepi Aiskrim Mango 🥭

Aneka Resepi ‘Dessert’ Untuk Bayi 7 Bulan, Sesuai Buat ‘Teething’

  • Susu full cream (1 kotak kecik)
  • Puri mangga 1 biji (blend tanpa air)

Panaskan susu full cream, dah mendidih masukkan puri mangga tadi kedalam kuali. Dah siap boleh masukkan dalam bekas

Resepi Aiskrim Naga 🥰

IKLAN

Aneka Resepi ‘Dessert’ Untuk Bayi 7 Bulan, Sesuai Buat ‘Teething’

  • Susu full cream (1 kotak kecik)
  • Puri naga 1 biji (blend tanpa air)

Panaskan susu full cream, dah mendidih masukkan puri naga tadi kedalam kuali. dah siap boleh masuk kn dlm bekas

Resepi Bubur Sum Sum

IKLAN

Aneka Resepi ‘Dessert’ Untuk Bayi 7 Bulan, Sesuai Buat ‘Teething’

  • Buah naga (nak guna buah mangga pun bole)
  • Tepung beras 3 sudu besar
  • Susu full cream 1 kotak kecik
  • 1 cawan air

Masukkan susu full cream bersama tepung beras. kacau (tapi jangan bukak api dulu) dah sebati baru bukak api kacau sampai jadi likat. Dah siap bole masukkan dalam bekas. Buah naga blend tanpa letak apa-apa

Resepi cheesekut

IKLAN

Aneka Resepi ‘Dessert’ Untuk Bayi 7 Bulan, Sesuai Buat ‘Teething’

  • Susu full cream
  • Biskut (apa2 brand janji nosugarnosalt ya)
  • Cream cheese (tatura)

Panaskan cream cheese dan susu guna api slow. Kacau jangan sampai berketul. Layer cream cheese + susu dgn biskut yang dihancurkan. Simpan dalam peti ais. siap

Kredit:Zulaikha Aida

Aneka Resepi ‘Dessert’ Untuk Bayi 7 Bulan, Sesuai Buat ‘Teething’

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI