Dah Bosan Celup Roti Dalam Telur, Kali Ni Salut Dengan Sardin Pula, Super Rangup!

Share

Roti yang dicelup dengan telur, keju dan sebagainya mungkin sudah terbiasa sebagai sajian untuk anak-anak dan keluarga. Apa kata musim PKP ini kita sajikan dengan menu unik dan kreatif untuk anak-anak dan suami di rumah.

Resipi yang dikongsikan oleh Pn Farisha Sofea ini memang awesome. Rangup terlebih bila digabungkan dengan salutan sardin. Memang terbaik. Rugi tak cuba!


Bahan Bahan :
Roti gardenia secukupnya (saya guna roti perancis)
1 tin sardin
1 biji bawang merah saiz sederhana -didadu
4 biji cili padi dihiris (boleh juga guna lada besar)
3 biji telur
1 sb sos cili
Sedikit lada putih

Potongkan roti kepada 2 atau 3 bahagian. Ketepikan seketika.

Di dalam mangkuk, satukan sardin, bawang merah, cili padi dan juga telur. Kacau sebati dan hancurkan sedikit isi ikan sardin.

Masukkan sos cili dan lada putih dan kacau rata. Kalau nak tambah bahan bahan lain pun boleh.

Celupkan roti ke dalam adunan tadi dan masak di atas kuali tahan lekat. Masak sehingga garing kedua dua belah permukaan.

Angkat dan hidangkan dengan sos.

Siap!

IKLAN