Isnin lalu, tular sebuah nahas yang mengakibatkan seorang bayi berusia 4 bulan yang tercampak ke tengah highway ketika keluarganya dalam perjalanan pulang selepas beraya di kampung.
Wanita dikenali sebagai Natasya Nadia mendakwa seorang pemandu kereta yang melanggar keretanya itu sehingga terbabas, benar-benar buatkannya trauma sehingga kini.
Difahamkan, keterangan suspek berusia 30 tahun itu sudah diambil pihak polis bagi membantu siasatan.
Pihak Natasya masih mengharapkan bahan bukti yang lebih kukuh seperti rakaman dashcam semasa insiden berlaku daripada pemandu lain.
Ads
Terdahulu nahas dilaporkan berpunca daripada kereta BMW yang sebelumnya berada di lorong sebelah kiri, namun tiba-tiba mencelah ke lorong kanan sekaligus muncul di hadapaan laluan keluarga tersebut.
Sementara itu, dalam perkembangaan terbaru juga, pasangan suami isteri ini sudah dibenarkan keluar ke hospital. Kaki Natasya masih lagi disimen akibat retak pada pergelangn kiri, manakala suami pula cedera di bahagian tangan kanan.
Ads
Bagaimanapun, mereka amat bersyukur kerana tahap kesihatan bayi semakin stabil dan kini masih dalam pemantaun doktor di NICU.
Peranan seorang suami ketika isteri dalam tempoh berpantang atau melepasi waktu itu, haruslah menjadi sistem sokongan paling kuat untuk si dia. Pernah melalui pengalaman apabila isterinya menghidap depresi, pengguna laman Facebook, Najmi Nawawi berkongsi cara terbaik untuk menjadi sistem sokongan yang baik buat insan tersayang.
Di dalam rancangan wawancara bersama Mingguan Wanita, Najmi memberitahu jika penghidap depresi mendapatkan rawatan dari doktor terbaik atau ubat paling bagus sekalipun, tanpa sistem sokongan yang kuat, tidak guna juga. Mengendalikan orang yang depresi memerlukan kita sentiasa menemaninya dan memberinya semangat.
Bagaimana cara untuk jadi SUPPORT SYSTEM yang baik. Nak juga tahu agar setidaknya kita tahu apa yang perlu kita buat untuk membantu. Aku cuba listkan antara 6 perkara yang kita boleh buat.
What people never understand is that depression isn’t about the outside; it’s about the inside. Dan benda-benda yang dalam ini, yang bermain dengan jiwa dan perasaan diakui memang susah untuk dirawat. Namun setidaknya kita cuba membantu kan.
1. Share artikel atau infografik berkenaan depresi di laman sosial. Apabila kita banyak berkongsi tentang hal depresi sebenarnya ia menggambarkan kita ambil tahu dan ambil kisah tentang perjuangan mereka. Ini ialah cara tunjuk sokongan yang paling mudah. Hanya share tanpa perlu mention atau tag yang berkenaan pun sudah mencukupi.
2. Bersedia untuk mendengar luahan pejuang depresi. Cukup menjadi seorang pendengar yang baik sudah banyak dapat membantu mereka sebenarnya. Mereka akan rasa mendapat sokongan dan perhatian sewajarnya.
3. Tunjukkan penghargaan dengan beri ‘surprise’ yang boleh menggembirakan perasaan mereka. Lagi banyak mereka rasa seronok, lagi mudah untuk mereka mengatasi kemurungan yang melanda. Mereka sangat perlukan penghargaan dan sokongan.
4. Kalau tidak mampu buat apa-apa, kadang-kadang berdiam itu lebih baik dari sibuk memberi kritikan atau memerli seperti budak-budak mengejek. Jadi matang, dan belajar untuk menghormati perjuangan orang lain.
5. Beri nasihat yang membina bukannya memburukkan lagi keadaan. Kerana ada wujud manusia yang mengambil kesempatan pada kondisi si pejuang depresi dengan terus cuba mencucuk jarum dalam senyap. Nampak bagai untuk membantu tetapi sebenarnya cuba menambah penderitaan pejuang depresi.
6. Sanggup untuk belajar tentang depresi. Kerana semuanya bermula dengan ilmu. Kalau kita masih enggan untuk belajar memahami atau kenal penyakit. Bagaimana mungkin kita mampu untuk membantu pesakit. Wajib bermula dengan ilmu, maka carilah ilmu tentang depresi terlebih dahulu.
Seperti mana penyakit lain yang wujud. Depresi pun boleh sembuh. Maka sentiasalah berfikiran positif dan yakin.
p/s : Jika ‘circle’ anda sekarang tidak mampu untuk jadi support system yang baik. Tolong cari support system yang boleh berfungsi dengan baik.
Mungkin boleh bermula dengan kawan-kawan yang sama-sama ada depresi. Mereka inilah circle yang paling memahami sebenarnya sebab mereka pun lalui benda yang sama.
Seharusnya suami menjadi orang pertama yang menyedari jika ada yang tidak kena dengan isteri anda. Isteri sangat memerlukan sokongan dan perhatian dari suami sewaktu dia dalam keadaan yang tertekan dan emosinya terganggu. Jika anda tidak tahu cara terbaik untuk membantu isteri, carilah pertolongan dari luar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini namanya rezeki! Sehari selepas menimang cahaya mata keempat, pelakon Fazreen Rafi menghadiahkan isterinya Syarifah Marlina Ashikin sebuah kereta Honda CR-V.
Menurut pelakon berusia 37 tahun itu, hadiah tersebut bagi menggantikan kereta Honda City yang digunakan mereka ketika susah dan senang sejak 10 tahun lalu.
“2013-2023 banyak yang kita lalui bersama dengan kereta City.. itulah kereta kerja, angkat ayam, ikan, sayur bagai itulah jugak kereta jalan,” tulisnya menerusi satu posting di laman Instagram semalam.
Bercerita lanjut, Fazren berkata kereta Honda City berwarna hitam itu pernah ‘bertukar tangan’ kepada tiga orang pemilik disebabkan dia tidak mampu untuk menjaga dan menyelenggara kenderaan berkenaan.
Bagaimanapun, pelakon drama Senafas Rindu itu memaklumkan dia tidak akan menjual kereta lama itu kerana ia menjadi ‘saksi’ kesusahan hidupnya dalam mencari rezeki.
“Pernah jugak bagi orang lain pakai bayar bulan, sebab tak mampu nak maintain kereta.. dekat 3 orang jugak bertukar tangan..
“Sampai sekarang masih ada dan tak akan jual sebab kereta tu la yang saksikan turun naik Faz dan tak pernah buat masalah..
“Sekarang Faz ada rezeki lebih, happy dapat bagi wife kereta baru untuk dia.. timing cantik pulak tu lepas baby bersalin kereta keluar.. enjoy your new ride sayangku,” katanya.
Di ruangan komen, ramai yang tumpang gembira melihat Fazreen yang begitu menghargai isterinya sekali gus mendoakan rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke syurga.
Untuk rekod, Fazreen dan isteri berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Mohd Rizqin Quwais, Rizqeen Humaira dan Mohd Rizqin Haqq selain seorang anak angkat yang kini berusia 10 tahun.
Bagi setiap ibu yang baru melahirkan, salah satu perkara yang paling merisaukan ialah bila susu badan terasa “tak keluar” atau “tak cukup”. Walhal, hampir semua ibu sebenarnya mampu menyusukan bayi sepenuhnya cuma perlu tahu cara yang betul untuk merangsang penghasilan susu, dan yang paling penting, kekal tenang serta konsisten.
Ramai ibu mula panik bila bayi asyik menangis selepas menyusu, lalu terus fikir susu tak cukup. Sedangkan, pada minggu-minggu pertama, bayi memang akan menyusu dengan kerap sebab saiz perut mereka kecil dan susu ibu cepat dihadam. Jadi, menyusu kerap bukan tanda susu tak cukup, tapi tanda bayi sedang bantu badan ibu hasilkan lebih banyak susu!
Berikut lima tip penting yang boleh bantu ramai ibu tingkatkan penghasilan susu secara semula jadi, tanpa perlu bergantung penuh pada milk booster.
Salah satu kunci utama untuk banyakkan susu ibu ialah frekuensi. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak signal otak akan hantar kepada hormon prolaktin dan oksitosin untuk hasilkan susu baharu.
Jadi, tak perlu terlalu ikut jam atau jadual. Bila bayi merengek atau tunjuk tanda lapar — terus susukan. Menyusu ikut kehendak bayi ini dipanggil on demand feeding, dan ia sebenarnya cara paling berkesan untuk menstabilkan supply dan demand susu.
Kalau bayi tidur lama, cuba kejut lembut setiap dua hingga tiga jam untuk sesi penyusuan. Jangan tunggu payudara rasa “penuh” baru nak bagi — sebab semakin lama susu disimpan, semakin lambat signal penghasilan baharu.
Ramai ibu tak sedar, masalah “susu tak keluar” atau “puting luka” sebenarnya berpunca daripada lekapan yang tak betul. Bila bayi tak lekap dengan sempurna, dia tak dapat hisap susu dengan efektif — dan akhirnya payudara tak dikosongkan sepenuhnya.
Lekapan yang betul bermaksud:
Kalau masih tak pasti, jangan segan jumpa kaunselor laktasi. Kadang-kadang, satu sesi pembetulan latching boleh ubah seluruh pengalaman penyusuan ibu.
Ramai ibu sanggup berjaga malam, tak sempat makan, dan minum air pun kadang terlupa — sebab terlalu fokus pada bayi. Tapi sebenarnya, badan ibu yang penat dan kurang nutrisi boleh ganggu hormon penghasilan susu.
Susu ibu 80% terdiri daripada air. Jadi, pastikan minum sekurang-kurangnya tiga liter air sehari, termasuk sup atau jus buah. Air yang cukup memastikan sistem badan lancar dan hormon penyusuan aktif.
Antara makanan yang bantu banyakkan susu:
Dan yang paling penting — rehat. Bila stres dan kurang tidur, hormon oksitosin menurun, lalu susu pun jadi perlahan. Jadi, kalau boleh, curi masa tidur sekejap bila bayi tidur.
Urutan payudara atau breast massage boleh bantu melancarkan aliran susu dan elak saluran tersumbat. Sebelum menyusu atau pam, urut lembut kawasan sekeliling payudara dalam gerakan membulat ke arah puting. Ini bantu “aktifkan” refleks let-down supaya susu keluar lebih mudah.
Selain itu, skin-to-skin contact dengan bayi juga sangat berkesan. Letakkan bayi di dada ibu tanpa pakaian (kecuali lampin) — cara ini bantu stabilkan suhu badan bayi, kuatkan bonding dan secara semula jadi merangsang hormon oksitosin (hormon cinta) yang penting untuk pengeluaran susu.
Kalau ibu bekerja dan perlu pam, buat power pumping — teknik pam berselang (contohnya 20 minit pam, 10 minit rehat, ulang selama sejam). Ia bantu hantar signal pada otak bahawa “badan perlu hasilkan lebih susu”.
Ramai tak tahu, emosi ibu sangat mempengaruhi penghasilan susu. Bila ibu stres, cemas, atau sedih, hormon kortisol akan menekan pengeluaran oksitosin — dan refleks susu jadi perlahan.
Jadi, penting untuk jaga mental dan emosi:
Ingat, ibu yang tenang = susu yang lancar.
Perjalanan menyusu memang tak mudah. Ada hari susu banyak, ada hari kurang — itu normal. Apa yang penting ialah konsistensi, doa, dan kepercayaan bahawa badan ibu memang dicipta sempurna untuk bayi sendiri.
Tak perlu rasa gagal kalau perlu top up dengan susu perahan atau bantu dengan formula seketika. Setiap titik susu ibu tetap berharga. Setiap pelukan waktu menyusu tetap membentuk ikatan kasih sayang yang tak terganti.
Menyusu bukan sekadar beri makan — ia satu bentuk cinta yang tak terucap. 🌷
Semoga lima cara ini membantu ibu-ibu di luar sana lebih yakin, tenang dan bersemangat untuk teruskan perjalanan penyusuan penuh kasih dan keberkatan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...