Dah Dapatkan Nasihat Doktor, Tiada Masalah Bawa Sayf Issa Naik Kapal Terbang. Mia Ahmad Kongsi Tips

Share

Mia Ahmad kini cukup ceria dengan kehadiran si buah hati, Sayf Issa. Tentunya tidak akan membiarkan si anak selesa, Mia sudah mendapatkan nasihat doktor sebelum membawa Issa menaiki penerbangan kapal terbang.

 

Baru-baru ini, Mia & suaminya Izham Tarmizi telah membawa cahaya mata mereka itu ke destinasi luar negara Jepun diikuti Jerman. Terkini dia membawa si kecil Issa menaiki penerbangan ke Terengganu.

Mia memberikan respons kepada pertanyaan para peminat tentang tindakannya membawa Issa, 3 bulan ‘terbang.’ Rupaya Mia sudah mendapatkan panangan daripada doktor. Katanya Issa perlu dipastikan sihat dan mengalami apa-apa masalah kesihatan seperti selesema. Setakat ini, buah hatinya itu OK.

 

mia.ahm4d Salam jumaat. Issa baru land dari Terengganu… Lepas ni nak fly ke mana pula ya? ?

Ramai yang tanya takpe ke Mia bawa baby kecik lagi fly sana sini.. Mia takde jawapan utk soalan tu.. Mia bukan doctor ya tapi Mia dah dapatkan adviced dari doctor.. Kena make sure baby tak flu and sihat je. Alhamdulillah setakat ni Issa okay… terima kasih pada yang selalu doakan Issa. ?

Para peminat Mia mengatakan beruntungnya Issa sudah boleh pergi ke pelbagai destinasi. Malah tidak kurang juga memuji kecomelannya, memang cute!

Sumber: mia.ahm4d


Jom mama papa, kita belajar urut bayi dengan beberapa step mudah ini. Tengok tu, seronoknya si kecil bila diurut!

IKLAN