Agak jarang pelakon Datin Elvina Mohamad membuat sesi luahan di platform media sosial. Disebabkan anak lelakinya, Karl Mateen, 3, menjadi mangsa ‘body shaming’, Elvina meluahkan dia agak terasa hati.’
Menerusi Instagram Stories, Elvina, 27, mendedahkan anaknya dituduh sakit gara-gara kurus.
Kata pemilik nama Norzalina Mohamad, dia penat membaca kiriman mesej daripada individu yang tidak senang hati melihat saiz badan anak lelakinya itu.
Pemikiran orang ini pelik. Bila kurus ja sakit bila gemuk ja sihat. Wahai sekalian tak payah la nak bandingkan badan korang dan anak saya.
Dia kurus kecil tak semestinya dia sakit. Anak awak gemuk badan besar tak semestinya sihat.
Tengok genetik la, kalau awak besar, memang besar juga la anak awak. Saya dan suami kecil molek jadi kecil comel juga la anak kami.
Ads
Penat baca DM orang cakap pasal badan anak ni siap cakap tak cukup makan ke badan macam tu? Seriously?
Karl anak yang sihat & aktif
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis menegaskan anak lelakinya itu sihat, aktif malah cerdik biarpun memiliki postur tubuh yang kurus.
Ads
Sekurangnya anak saya walaupun kurus dia sihat, aktif, cerdik, cukup makan, cukup kasih sayang.
Anak yang gemuk tak semestinya sihat tau. Masa kecil mungkin comel, nanti besar risau masalah lain pula.
Terdahulu, Elvina dan Datuk Mohd Haniff Borhan mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018.
Pada musim cuti sekolah, negara kita bergelut dengan penularan COVID-19. Situasi ini sememangnya memberi kesan kepada emosi anak-anak kerana mereka menjangkakan untuk bergembira dan keluar bercuti bersama keluarga.
Sebagai ibu ayah yang bertanggung jawab, ia menjadi tanggung jawab kita untuk menjelaskan serta mendidik anak-anak tentang virus COVID-19. Pendekatannya kena betul supaya anak-anak mudah faham dan menerimanya dengan baik.
Pakar Perkembangan Kanak-Kanak, Dr Hjh Azuraida Shahadan berkongsi tip yang boleh ibu ayah guna untuk mengajar anak-anak tentang hal ini.
Disebabkan isu CoronaVirus yang sedang berlaku di atas muka bumi ini, ibu bapa disarankan untuk memberi pendidikan kesihatan dan pengetahuan yang betul kepada anak-anak dan tidak menakut-nakutkan mereka.
Dari aspek psychology, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesejahteraan dan kesihatan emosi anak-anak serta perkembangan yang sempurna.
Memandangkan perkembangan emosional anak kita berkait rapat dengan apa yang kita tunjukkan atau sampaikan, adalah penting untuk kita memastikan isu coronaVirus ini tidak menjadi punca gangguan emosi anak-anak.
Perlu diingatkan bahawa dalam apa juga keadaan wabak yang sedang melanda, pengajaran atau informasi yang disampaikan kepada anak-anak akan menjadi asas kepada perkembangan kesihatan emosi dan hubungan sosial mereka kelak.
Mungkin ada di antara kita yang beranggapan, jika kita menakut-nakutkan atau mengeluarkan arahan, ia akan memberi kebaikkan kepada anak-anak. Ye betul. Namun negatif enforcement ada kesan sampingan.
Tugas kita sebagai ibu bapa adalah untuk menyiapkan anak-anak untuk menghadapi masa depan dan kebarangkalian tetapi tidak secara keterlaluan. Sifat ibu bapa yang terlalu melindungi dan memberi anak anak pengajaran melalui “ketakutan” atau “amaran” ini di panggil helicopter parenting. Ia tidak digalakkan terutama sekali ketika keadaan coronaVirus sedang hangat diperkatakan. Hal ini boleh memudaratkan anak anda dalam jangka masa panjang terutama dari aspek emosi dan nilai (value) yang akan mereka pegang sehingga dewasa.
Contoh “helicopter parenting statement” (niat melindungi anak-anak tetapi dengan amaran) yang selalu kita dengar:
“If you do not wash your hand, you will die of corona Virus” [negative enforcement]
Perkataan ini tidak di galakkan kerana is akan memberi impak yang tinggi terhadap emosi anak-anak dan membentuk persepsi mereka.
Sebaliknya, ibu bapa boleh menukar cara perkataan dan berkata:
“If you wash your hand, you will be able to fight Corona Virus” [positive enforcement]
Positive enforcement ini sgt penting dalam masa keadaan dunia yang sedang berhadapan dengan wabak Covid-19 ini.
Sebagai ibu bapa, kita harus prihatin dengan apa yg kita kata dan informasi yang kita Kongsi dengan anak-anak kita kerana ia akan memberi impak kepada perkembangan emosi anak-anak kita.
Semoga bermanfaat dikongsi bersama.
Saya kongsikan illustration mudah CoronaVirus published by MindhearTKids untuk kita semua terangkan kepada anak-anak! Semoga mereka tidak hidup di dalam ketakutan dan tidak hidup di bawah negative enforcement statement.
Semoga dengan perkongsian Dr Azu ini sedikit sebanyak dapat memberi idea kepada ibu ayah bagaimana untuk menjelaskan hal COVID-19 ini kepada anak-anak. Banyakkan aktiviti menarik bersama mereka di rumah untuk mewujudkan bonding time seisi keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Langkah Kementerian Pendidikan menukar warna kasut sekolah daripada putih kepada hitam disambut dengan pelbagai reaksi. Tapi bagi ramai ibu bapa, ini umpama satu kelegaan yang tak disangka. Nak tahu kenapa ramai ibu senyum lega dengan perubahan ini? Jom kita kupas.
Info Menarik: Tahukah anda, menurut kajian kecil dalam kalangan ibu bapa di media sosial, lebih 85% bersetuju bahawa kasut hitam membantu mengurangkan tekanan pagi Isnin. Malah, ada yang mengatakan perubahan kecil ini membuatkan anak lebih bersemangat ke sekolah kerana kurang dimarahi akibat kasut kotor.
Sebelum ini, hujung minggu ibu bapa akan sibuk dengan rutin “mencuci dan mengkapur” kasut sekolah. Kadang anak pun lari sebab tahu ‘projek kapur kasut’ tengah berjalan! Kini, dengan kasut hitam, tugas tu terus hilang dari jadual mingguan.
Kasut hitam lebih forgiving dengan debu dan kotoran. Kalau anak main pasir atau terlanggar lopak air, masih nampak elok dan kemas. Tak perlu gosok sampai putih berseri macam dulu.
Tak perlu lagi berus kasut sampai lenguh tangan. Masa yang dulu habis untuk menyental kasut, boleh diguna untuk rehat atau luang masa berkualiti dengan anak.
Ramai setuju kasut hitam nampak lebih moden dan sesuai dengan pakaian sekolah. Anak pun rasa lebih yakin sebab nampak smart. Kadang siap bergaya depan cermin sebelum ke sekolah!
Bila kasut sentiasa nampak bersih, tak adalah anak risau kena marah cikgu atau malu dengan kawan. Ibu pun kurang tekanan nak pastikan semuanya perfect setiap hari Isnin.
Kadang perubahan kecil boleh beri impak besar dalam rutin seharian ibu bapa. Kasut hitam mungkin nampak macam hal remeh, tapi hakikatnya ia memberi kelegaan dari segi emosi, masa dan tenaga. Terima kasih kepada siapa yang cadangkan idea ni dulu. Ibu bapa seluruh Malaysia angkat topi!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak adalah permata hati bagi ibu ayah.Tetapi apabila anak-anak menunjukkan karenahnya yang mengada-ngada, sebenarnya ia bukanlah satu masalah yang besar!
Tindakan ibu ayah apabila anak bersifat mengada-ngada kadang kala akan cepat nak marah sehingga anak lagi menunjukkan perangai yang lebih buruk. Berikut antara tindakan yang boleh dilakukan yang dikongsikan oleh Ibu Farish dalam blognya.
1 – Merengek Tanpa Sebab
Perasaan cemburu memang ada dalam diri manusia dan sukar dibendung. Tidak terkecuali kanak-kanak juga mempunyai perasaan cemburu. Kehadiran adik baru, membuatkannya berasa cemburu apabila dia merasakan dirinya tidak lagi disayangi oleh ibu dan ayah..
Perasaan cemburunya lebih membuak apabila perhatian yang diberikan pada adiknya melebihi dari dia. Disebabkan itu, dia akan merengek tanpa diketahui sebab munasabah.
Tindakan kita :
Luangkan masa dengannya dan ajak dia bermain bersama-sama.. Diwaktu ini, jangan lakukan perkara lain, hanya fokus kepadanya sahaja. Dengan cara ini, dia akan merasakan dirinya disayangi oleh ibu dan ayahnya.
2 – Menangis Apabila Permintaannya Tidak Dipenuhi
Kebanyakan kanak-kanak pasti akan mengamuk tidak kira di mana jua sekiranya permintaannya tidak dituruti. Malahan, ada sesetengah akan berguling-guling dilantai walaupun sudah dipujuk.
Tindakan Kita :
Ibu atau ayah boleh cuba mengalih perhatian anak apabila ternampak tanda-tanda seperti dia akan mengamuk. Contohnya muka anak merah atau mula hendak menangis.
Tenang menghadapi kerenah anak dan elakkan daripada memarahi atau menjerit padanya kerana itu tidak membantu. Memberi pelukan dan ciuman amat membantu untuk menenangkannya.
3 – Memilih Makanan
Masalah memilih makanan ini juga sering dialami oleh ibu-ibu. Bermacam cara dibuat seperti menghidangkan pelbagai jenis makanan namun tetap tidak dapat nak pancing selera anak-anak.
Ada juga sesetengah daripadanya akan meminta ibunya memasak makanan yang dia inginkan, namun selepas dimasak dia langsung tidak menjamahnya. Kerenahnya ini memang boleh buatkan kita hilang kesabaran. Lebih memeranjatkan, mereka meminta kita membeli makanan ringan!
Tindakan Kita :
Kita perlu memastikan waktu makan berjalan dalam suasana yang menggembirakan terutamanya anak-anak. Disamping itu, disiplin waktu makan amat penting untuk mengajar mereka adab tertib ketika makan.
Ajak anak-anak makan bersama-sama anda. Hindarkan memberi snek diluar waktu makan, kerana itu juga menjadi punca mengapa mereka menolak waktu makan. Ini kerana mereka sudah kenyang dengan snek!
4 – Suka Merajuk
Kanak-kanak yang suka merajuk adalah kerana hati mereka yang kurang selesa. Mereka marah tidak diberikan perhatian dan mengalihkan marahnya pada merajuk.
Tindakan Kita :
Untuk memujuknya, biarkan dia seketika untuk dia redakan rasa tidak puas hatinya itu.. Kemudian barulah kita pergi kepadanya dan bertanyalah kepadanya dengan penuh kasih sayang sambil memeluknya, mengapa dia bersikap begitu.
Katakan padanya, kita amat menyayanginya dan berharap dia dapat menunjukkan sikap yang baik setiap masa.
5 – Membantah Cakap Anda
Ramai juga ibubapa yang mengeluh tentang sikap anak mereka yang tidak mahu mengikut atau mendengar apa yang mereka perintahkan..
Setiap kali diminta untuk mengemas mainannya, jangan menyepahkan baran mainan, jangan menonton televisyen terlalu lama, namun ada sahaja alasan yang diberikan oleh anak-anak. Walaupun kita sudah beritahu itu adalah sikap yang tidak baik.
Tindakan Kita :
Biasakan diri kita untuk mendengar alasan anak, kemudian tanyakan kepadanya mengapa dia tidak mahu mengikuti perintah kita.
Jelaskan kepadanya mengapa dia harus mendengar nasihat kita dan bercakaplah dengan nada yang lembut tetapi tegas dengan menjelaskan bahawa kita tidak menyukai sikapnya yang tidak menghormati.
Sekarang ibu-ibu dan ayah-ayah sudah faham kan bagaimana kita mahu menangani masalah anak yang bersifat mengada-ngada ini? Yang penting, kita perlukan banyak kesabaran dalam menghadapi perangai anak-anak ini.
Sumber: ibu farish
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!