Memandang dari aspek parenting dan kepimpinan ibu bapa, Perintah Kawalan Pergerakan merupakan suatu inisiatif untuk membantu mendidik anak-anak mengenai situasi COVID-19 yang melanda tidak hanya Malaysia tetapi juga negara lain terutama dari aspek kebersihan dan keselamatan Diri.

Dengan wujudnya Perintah Kawalan ini, ibu bapa di minta untuk melimitasikan aktiviti luar dan mengambil masa untuk bercakap dan memberitahu anak-anak mengenai keadaan semasa.

Dalam Perintah Kawalan Ni, Ibu Ayah Kena Pegang Konsep 4P. Baru Seronok Layan Anak

Beri ruang ibu bapa fokus anak

Ramai ibu bapa merungut bila di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tanpa mereka sedari sebenarnya PKP ini memberi ruang dan peluang untuk mereka berada di rumah dan menghabiskan masa bersama anak-anak dan keluarga, yang mana mungkin selama ini rata-rata ibu bapa menumpukan perhatian hanya kepada kerja dan bukannya keluarga.

Dan ramai juga dalam kalangan ibu bapa yang merungut di lama sosial tidak dapat fokus bekerja di rumah kerana ada anak-anak. Perkara sebegini menunjukkan betapa ibu bapa itu sendiri tidak hanya harus membersihkan tangan mereka tetapi harus membersihkan juga minda mereka daripada mempunyai tanggapan atau pemikiran sebegitu.

Pembersihan minda perlu di lakukan bagi membantu ibu bapa menghargai usaha kerajaan untuk membanteras wabak COVID-19 dan dalam masa yang sama membantu ibu bapa untuk tidak mengeluh dan merungut dengan kehadiran anak-anak di rumah.

Apabila kita bercakap mengenai pembersihan minda, kita harus memberi tumpuan kepada 2P, Iaitu Pemikiran atau persepsi dan juga Pemakanan. Pemikiran dan persepsi negatif atau dikenali sebagai ANTs (Automatic Negative Thoughts) ini mampu mendatangkan pelbagai masalah tekanan perasaan dan menyebabkan ibu bapa mudah hilang fokus. Sehubungan dengan itu, ibu bapa harus menghapuskan ANTs jahat ini beberapa cara:

IKLAN

Jangan membuat andaian yang drastik dan mempercayai semua yang kita fikiran. Elakkan daripada membuat tanggapan sebelum menerima kebenaran.

Dapatkan maklumat yang sahih dan pastikan maklumat tersebut datang daripada sumber yang boleh dipercayai Seperti MKN dan MOE.

Jangan luangkan terlalu banyak masa di media sosial membaca komen-komen netizen mengenai situasi COVID-19 ini kerana terdapat sesetengah pendapat yang palsu dan hanya ingin meraih perhatian.

Komunikasi dengan anak-anak dengan cuba menceritakan mengenai wabak yang melanda ini dalam bahasa dan penerangan yang mudah tanpa cuba menakut-nakutkan mereka
kekal sihat, tubuh dan minda.

Lakukan aktiviti bersama keluarga, kurangkan penggunaan teknologi dan banyakkan riadah seperti membaca, menulis, melukis, memasak dan lain-lain aktiviti bersama anak-anak dan keluarga.

IKLAN

Susun aktiviti mengikut minat anak-anak dengan menggunakan jadual. Aktiviti yang di susun perlu selaras mengikut usia dan perkembangan anak-anak. Anak-anak di bawah usia 12 tahun, pendekatan dan penyusunan aktiviti perlu menarik dan kreatif. Ibu bapa perlu mengamalkan gaya kepimpinan “directing” dalam menyusun jadual dan aktiviti anak mereka. Namun, bagi ibu bapa yg mempunyai anak-anak remaja berusia antara 13-17 tahun, penyusunan aktiviti lebih berkonsep independent di mana ibu bapa mengamalkan gaya kepimpinan “coaching” dan memberi laluan kepada anak-anak mereka untuk menyusun bersama aktiviti yang dirasakan sesuai.

Harus diingatkan bahawa pendekatan yang dipilih dalam menentukan aktiviti anak-anak berbeza mengikut tahap usia sesuai dengan perkembangan mereka, namun, kata kuncinya tetap sama bagi semua peringkat umur iaitu A.B.C.D
A=Ajar
B=Bantu
C=Communicate
D=Do together

A- Ajar anak-anak bagaimana mereka boleh menguli masa lapang semasa tempoh kawalan. Banyak yang boleh di ajar, antaranya mengenai cara menjaga Kesihatan Tangan dan Minda. Duduk bersama Anak-Anak dan terangkan mengenai situasi COVID-19 dan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan. Selain itu, ibu bapa boleh mengajar mereka mengisi masa lapang dengan membaca buku, membaca quran, mengingati nama-nama Allah, menulis diari dan lain-lain lagi

B- Bantu anak-anak untuk membuat jadual harian dan merealisasikan jadual tersebut. Ibu bapa juga blh membantu anak-anak untuk belajar perkara baru contohnya seperti bermain alat muzik, melukis, menulis. Inilah masa yang terbaik untuk menanam minat baru ke atas anak-anak.

Dalam Perintah Kawalan Ni, Ibu Ayah Kena Pegang Konsep 4P. Baru Seronok Layan Anak

IKLAN

C- Communicate dengan anak-anak dan tanya mengenai minat mereka dan apa perancangan mereka, atau yang mereka ingin lakukan. Bagi anak-anak di bawah usia 12 tahun, minat mereka pasti tidak sama dengan abang kakak berusia 16 tahun. Salah satu aktiviti yang menarik untuk menjalinkan komunikasi ini adalah melalui camping di dalam atau di halaman rumah.

D- Do it together with them! Tidak kira apa projek atau aktiviti, lapang kan sedikit masa untuk lakukan bersama anak-anak. Banyak yang boleh di lakukan bersama, dan yang paling menyeronokkan adalah aktiviti DIY. Bagi anak-anak dibawah usia 12 tahun, ibu bapa boleh membantu mereka untuk DIY botol air minuman atau kotak susu menjadi tabung, atau drum. Untuk anak-anak di antara umur 13-17 tahun, ibu bapa boleh mengajar anak mereka DIY rumah kucing (walaupun tiada kucing di rumah, rumah kucing DIY blh dijadikan hadiah kepada orang lain) meja daripada kayu, rekaan robot, layang-layang dan lain-lain.

Kepada ibu bapa di luar sana, tanggungjawab kita sebagai ibu bapa memang tidak mudah tetapi kita harus faham konsep bahawa “our children is our priority and not our liabiliti”. Anak-anak kita adalah tanggungjawab kita, dan bukan beban bagi kita. Jangan pernah terlintas bahawa mereka menyusahkan kehidupan kita.

Ubah cara berfikir dan positifkan Diri. Sepanjang menjaga anak-anak di rumah dalam tempoh kawalan ini, jadilah ibu bapa 4P, Peka, Prihatin, Positif, Penyayang. Tetapkan dalam minda, ini hanya seketika dan inilah masa yang Allah kurniakan untuk kita melebihkan masa bersama mereka, kerana mungkin esok lusa, Allah akan ambil nyawa kita dan kita tak kan punya kesempatan seperti ini lagi.

Saya selalu berpesan dan bertanya kepada ramai ibu bapa di luar sana “jika hari ini adalah hari terakhir kita bersama anak-anak kita, apakah yang akan kita lakukan bersama?”

Terapi minda, positifkan diri anda

-Dr Hjh Azuraida Shahadan-
Pakar Motivasi Kepimpinan Diri, Keluarga dan Organisasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI