“Sudah hujung-hujung.” Demikian perkongsian selebriti popular, Neelofa, 32, mengenai usia kandungannya, sekali gus memberi bayangan tarikh kelahiran zuriat sulungnya bakal tiba tidak lama lagi.
Menurut pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor itu, dia juga kini sedang menjalani sesi fisioterapi sebagai persediaan kelahiran bayi sulungnya.
“Saya kini dalam perjalanan untuk hadir ke sesi fisioterapi yang dilakukan dua kali seminggu.
“Sudah hujung-hujung kan (bakal melahirkan). Semoga dapat membantu,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory baru-baru ini.
Ads
Difahamkan, senaman fisioterapi sangat berguna bagi setiap wanita hamil dan membantu mengurangkan serta memperbaiki posisi badan selain mengurangkan sakit belakang serta keletihan sepanjang tempoh kehamilan.
Terdahulu, sejak Julai lalu khabar angin mengenai bekas pengacara MeleTOP sedang hamil anak pertama hasil perkahwinan bersama pendakwah terkenal, Haris Ismail hangat diperkatakan dalam media sosial.
Ads
Khabar angin tersebut semakin bertiup kencang selepas tersebar beberapa keping foto dia kerap memegang bahagian perut yang semakin membesar.
Namun, sehingga kini pasangan tersebut mengambil pendekatan untuk terus mengunci mulut dan tidak berkongsi lanjut mengenai berita kehamilan tersebut.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kencing manis semasa hamil atau gestational diabetes (GDM) sering dihidapi wanita hamil. Kadangkala buntu juga bila bacaan gula dalam darah sentiasa tinggi sedangkan anda sudah berusaha mengawalnya.
Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, glukosa atau glukos adalah bahan yang menjadi sumber tenaga bagi kehidupan sehari-hari. Namun jika tahap glukos dalam darah berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk kepada organ-organ dalam tubuh kita seperti merosakkan lapisan retina di bahagian mata sehingga boleh menyebabkan buta. Tahap glukos yang tinggi semasa hamil pula akan menyebabkan pelbagai masalah di dalam janin misalnya, masalah jantung pada bayi dalam kandungan.
PERLU SENAMAN SEDERHANA
Tahap glukos dikawal oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi. Di kalangan wanita yang hamil pula, hormon-hormon yang dihasilkan ketika hamil akan berlawan dengan insulin. Ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat naik. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tahap glukos akan kembali normal semula.
Inilah yang dikenali sebagai gestational diabetes mellitues (GDM) atau masalah kencing manis ketika hamil. Pesakit GDM selalunya mengamalkan pemakanan yang seimbang tetapi tidak melakukan senaman, tahap gula atau glukos selalunya akan kekal tinggi.
Senaman yang dimaksudkan adalah senaman sederhana seperti berjalan kaki selama 30 hingga 45 minit setiap hari. Ramai yang bertanya, setelah melakukan kerja-kerja rumah, maka perlukah melakukan aktiviti berjalan kaki ini? Jawapannya adalah, ya!
5 TIP KAWAL SELERA
Soalan-soalan yang juga sering ditanya ialah bagaimana caranya untuk mengawal pemakanan ketika mengalami gestational diabetes ini? Bagaimana cara untuk mengekang selera?
Terdapat pelbagai tips yang boleh dicuba tetapi langkah yang pertama adalah untuk berjumpa dengan pakar pemakanan di hospital. Setelah mendapat taklimat tentang diet/pemakanan daripada beliau, anda bolehlah mencuba tip di bawah.
Jangan simpan makanan yang tidak boleh dimakan di dalam rumah. Misalnya, jika anda tidak dibenarkan minum minuman bergula, jangan beli atau simpan apa-apa minuman berkarbonat misalnya di rumah. Semua ahli keluarga yang lain termasuklah suami hendaklah bekerjasama dalam hal ini.
Ganti beras/mi/mihun/pasta/roti biasa dengan bahan-bahan karbohidrat berserat tinggi (complex carbohydrates). Beras putih boleh digantikan dengan beras perang. Roti putih boleh digantikan dengan roti “grain bread” atau “wholemeal”. Mihun dari beras merah ada dijual di pasaran. Pasta yang diperbuat dari wholemeal flour juga mudah didapati daripada pasaran.
Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap. Waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dikekalkan tapi ambil snek antara waktu makan utama. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.
Bagi sarapan, makan tengah hari dan malam; amalkan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan anda.
Kegagalan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan akan berlaku jika diet dan jenis makanan tidak menepati selera seseorang pesakit itu. Justeru Dr Norintan mencadangkan supaya makan makanan yang anda suka. Misalnya, jika sarapan yang dicadangkan ialah sandwic telur tetapi anda tidak suka makan ini bolehlah tukar kepada sekeping capati atau secawan mihun goreng. Tapi pastikan kuantiti yang bersesuaian.
Dr Norintan merayu kepada semua wanita yang mempunyai tahap glukos yang tinggi dan wanita yang mengalami kencing manis supaya tidak hamil sebelum tahap glukos & selera dapat dikawal. Katanya, tahap glukos yang tinggi dan tidak terkawal boleh menyebabkan masalah jantung di dalam janin yang di kandung.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hati ibu ayah mana yang tak sedih apabila anak 4 bulan yang baru 3 hari di hantar ke taska akhirnya berada dalam keadaan koma akibat didera oleh pengasuh pusat jagaan.
Bayi tersebut yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan di dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Suspek telah memukul bahagian kepala mangsa
Hasil pemeriksaan menunjukkan terdapat darah beku dalam kepala bayi itu dan bapa mangsa yang juga merupakan pegawai perubatan membuat laporan polis pada hari sama.
Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek telah memukul bahagian kepala mangsa dengan tangan, menghempas dan menggoncang tubuh mangsa.
Dah Puas Tidur, Aysar Wildan Bangun Ya
Menjengah posting di laman sosial milik bapa bayi malang ini, Syamil Hadi meluahkan rasa sebak dan cukup kecewa dengan kejadian yang menimpa anak kesayanganya itu.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie yang selamat bergelar ibu dan bapa selepas kelahiran cahaya mata sulung mereka Sabtu lalu.
Sheryl yang kini bergelar ibu selemat melahirkan bayi perempuan seberat 2.89kg secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.
Baik Sheryl, kedua-dua mereka turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki dari Allah itu malah bersyukur semuanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah isteri telah selamat memlahirkan anak. Baru sahaja keluar bilik pembedahan. Isteri dan anak dalam keadaan sihat,” kongsinya.
Pengalaman paling berharga bagi Azzam pastinya dapat menamani isteri tercintanya saat berdepan detik cemas bagi menyambut cahaya mata sulung mereka.
Azzam yang berpeluang menemani isterinya itu turut menyaksikan sendiri pembedahan itu yang membuatkan dirinya insaf.
Malah kongsi Azzam lagi dia sudah pastinya tidak mampu membayar harga pengorbanan isterinya itu saat bertarung nyawa melahirkan cahaya mata sulung mereka.
“Sebenarnya saya masih terkejut lagi sekarang ini. Dalam masa sama saya amat gembira.
“Saya dapat masuk ke bilik pembedahan dan bersama isteri. Melihat doktor menyambut anak kami, mendengar bayi menangis adalah satu pengalaman yang tak akan saya lupakan. Ia satu yang sangat berharga buat saya,” ujarnya.
Azzam dan Sheryl mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Anak Hebat Bermula Dari Rumah: Kisah Izmi & Hakim, Dua Pemanah Cilik yang Menginspirasikan
Setiap anak membawa potensi luar biasa yang menunggu untuk digilap —...