Penyanyi, Elyana mengakui telah mengambil seorang anak angkat lelaki Sindrom Down yang diberikan nama Tulus sejak sebulan yang lalu.
Elyana, 31, yang sedang bertarung dengan kanser limfoma tahap empat sejak tujuh tahun lalu memberitahu berita tersebut menerusi laman Instagram semalam.
Ads
“Ya, ini anak saya cuma saya tidak melahirkannya.
“Kini umurnya genap sebulan 24 hari. Terima kasih atas doa-doa anda buat saya sekeluarga,” tulisnya menjawab soalan-soalan peminat di Insta Story.
Ads
Hasil perkahwinan Elyana bersama suami, Khairul Anuar Husin pada 2010 telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Cinta Sumayyah berusia tujuh tahun.
Sebelum ini, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini mengakui pernah hamil anak kedua namun terpaksa digugurkan kerana komplikasi penyakit kanser yang dihadapinya dikhuatiri akan membahayakan diri dan bayi yang dikandung.
Sumber: ig elyana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Awalnya doktor menjangkakan peluang untuk hidup tak lama tapi siapa sangka, bayi comel ini sihat membesar sehingga usianya kini 11 bulan.
Menerusi perkongsian Daily Star, bayi yang diberi nama Elsie dilahirkan ketika usia kandungan ibunya 23 minggu dan saiz tangan bayi sama dengan saiz kuku orang dewasa.
Hanya 25 peratus peluang untuk hidup
Ketika lahir Elsie dilaporkan mempunyai berat hanya seberat 400 gram, apabila dia lahir 17 minggu lebih awal. Doktor memberitahu ibu bapanya, Katie dan Rob Hampson bahawa anak mereka mempunyai satu perempat (kira-kira 25 peratus) peluang untuk hidup.
Ibu kepada dua anak itu berkata itu sangat mengerikan kerana saya tidak tahu sama ada saya akan kehilangan Elsie atau tidak.
“Saya hidup dengan yang tidak diketahui, jadi saya tidak boleh berehat atau menikmati kehamilan saya dan walaupun di hospital tidak ada jaminan dia akan hidup.
“Selepas kelahiran semula jadi pada Jun lalu, Elsie telah disimpan di NICU dengan ventilator selama hampir 70 hari,” ujarnya.
Kulit seperti lut sinar
Katie sangat gementar dan tidak tahu sama ada dia akan bertahan. Kulitnya boleh dikatakan seperti lut sinar dan dia sangat kecil tetapi hampir lima bulan selepas dia dilahirkan, Elsie akhirnya mendapat kekuatan yang cukup untuk pulang ke rumah buat kali pertama.
Bayi itu kini lebih sihat. Katie, dari Rochdale, berkata, bayi itu mengatasi banyak perkara. Walaupun doktor atau jururawat tidak mempunyai harapan bahawa dia akan bertahan, tetapi dia seorang pejuang kecil. Kami sangat berbangga.
“Kakitangan Hospital Diraja Oldham adalah ‘malaikat’ sebenar. Mereka harus diiktiraf atas kerja menakjubkan yang mereka lakukan. Mereka menyelamatkan nyawa bayi saya,” katanya.
Seorang ibu muda dari Texas, Amerika Syarikat, mencuri tumpuan dunia maya apabila berkongsi perkembangan luar biasa anaknya yang baru berusia empat bulan tetapi sudah mencecah hampir 10 kilogram!
Maci Mugele, 21, menerusi akaun TikTok miliknya berkongsi rakaman bersama si comel, Gunner Matteyer dan video tersebut telah meraih lebih 20 juta tontonan di seluruh dunia!
Dilahirkan pada 19 Februari, Gunner mempunyai berat lahir normal iaitu 3.65 kg dengan ketinggian 49.5 cm. Namun kini, hanya empat bulan selepas itu, beratnya mencecah 9.97 kg dan tinggi 76.2 cm!
“Biarpun baru berumur empat bulan, Gunner kini seberat 9.97 kg dan tinggi 76.2 sm. Dia juga memakai pakaian kanak-kanak dan minum susu lebih banyak berbanding bayi lain seusianya,” jelas Maci dalam laporan The Sun UK.
Apa yang menggembirakan, Gunner diperiksa secara berkala dan disahkan sihat oleh doktor. Menurut ibunya, doktor menyatakan Gunner hanyalah seorang bayi yang lebih besar daripada biasa dan perkembangan fizikalnya adalah selari dengan pertumbuhan normal.
“Bayi saya sihat. Doktor beritahu bahawa dia cuma lebih besar daripada kebiasaan untuk usianya,” katanya.
Rata-rata warganet memberikan respon positif dan terhibur melihat kecomelan Gunner yang tembam dan tinggi bak kanak-kanak berusia setahun! Antara komen yang mencuit hati:
💬 “Dia tak perlukan walker, dia boleh tolak troli!” 💬 “Bayi itu sihat. Itu sahaja yang penting.” 💬 “Dia nampak macam boleh jaga adik dia sendiri!”
Menurut Pakar Pediatrik, pertumbuhan setiap bayi adalah berbeza-beza. Ada bayi yang montel dan cepat membesar, ada yang kecil molek tetapi sihat.
Apa yang penting, pemantauan berkala bersama doktor serta carta tumbesaran digunakan untuk pastikan bayi membesar secara seimbang. Antara perkara yang ibu ayah boleh pantau:
Berat dan tinggi badan setiap bulan
Perkembangan motor seperti meniarap, angkat kepala, genggam mainan
Corak penyusuan dan kekerapan buang air
Kes Gunner membuktikan bahawa bayi yang montel bukan semestinya obes. Selagi doktor sahkan bayi aktif, menyusu baik dan tiada masalah kesihatan, ibu ayah tak perlu panik.
Bayi membesar mengikut acuan masing-masing. Ada yang montel, ada yang langsing — semua comel dan istimewa ❤️
Mama papa pun ada bayi tembam dan montel macam Gunner? Jom kongsikan kisah si manja dengan kami!
Segala tekanan atau masalah kewangan, tidak cukup tidur – semua ini akan hilang apabila ibu bapa melihat senyuman pertama bayi. Apa lagi yang boleh melawan kepenatan anda berbanding senyuman istimewa daripada bayi anda? Senyum pertama bayi juga mencatatkan pencapaian bayi anda kini mempunyai personaliti dengan kemahiran sosial.
Apa pentingnya senyum pertama bayi?
Senyuman pertama bayi memberikan makna yang banyak mengenai perkembangan bayi. Ia menunjukkan bahawa penglihatan bayi adalah berada pada landasan yang betul. Juga, bayi mendapat keupayaan pengenalannya. Sistem saraf dan otak bayi juga kini telah matang. Bayi anda tidak lagi menghasilkan senyuman refleks, tetapi dia tersenyum untuk menyatakan perasaannya dan berkomunikasi dengan orang lain.
Bila bayi mula menunjukkan senyum pertama?
Sebelum usia dua bulan, bayi anda akan berhenti memberikan semyuman refleks. Si manja akan menunjukkan senyuman sebenar sebelum usianya 3 bulan. Bagaimana untuk membezakan antara senyuman refleks dan senyuman sebenar? Masa dan durasi akan membantu anda membezakannya. Biasanya, senyum refleks adalah lebih sekejap dan berlaku tiba-tiba, contohnya, apabila bayi sedang tidur atau letih. Sementara itu, senyuman sebenar berlaku mengikut keadaan. Ia bertindak balas kepada perkara atau peristiwa tertentu dan berlaku secara konsisten. Senyuman sebenar akan datang bersama dengan emosi yang diluahkan pada mata bayi.
Anda juga boleh menggalakkan bayi tersenyum melalui pelbagai cara. Cara paling mudah adalah bercakap dengan bayi. Selain itu, anda boleh lakukan komunikasi mata atau selalu tersenyum dengan bayi anda. Bagi sesetengah ibu bapa, mereka akan memilih untuk membuat bunyi bising, seperti meniru bunyi haiwan. Ekspresi wajah yang menggembirakan juga boleh membantu. Anda boleh meniru gaya haiwan ataupun bermain agah-agah dengan bayi anda. Semasa ingin merangsang bayi tersenyum, berikan masa kepada bayi anda untuk bertindak balas. Satu perkara yang perlu anda ingat adalah: Jangan berlebihan melakukannya. Rangsangan yang berlebihan boleh membuatkan bayi anda hilang minat kerana dia tidak boleh memproses banyak emosi.
Apa yang perlu ibu bapa jangkakan?
Jika bayi anda sudah belajar untuk senyum, anda akan lihat dia akan terus tersenyum dari semasa ke semasa. Mengapa? Ini kerana setiap kali si manja senyum, ibu bapa akan bereaksi positif. Bayi anda akan sukakanya, jadi dia akan tersenyum lagi dan lagi. Pada mulanya, si manja hanya ingin menunjukkan wajah gembira untuk memberi tindak balas kepada pencetus dan rangsangan yang anda buat. Namun, kemudian, apabila penglihatannya semakin baik, dengan melihat perkara yang disukai akan terus membuatkannya tersenyum. Apabila bayi anda menguasai kemahiran tersengih ini, dia akan menambah sedikit bunyi pada senyumannya. Sebelum usia bayi mencecah 5 bulan, dia akan mengejutkan anda dengan gelak ketawanya.
Apa yang anda perlu perhatikan?
Setiap bayi mendapat senyum pertama pada masa yang berbeza. Ada bayi yang akan menunjukkan senyum pertama lebih awal, dan ada juga yang lebih lambat. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melihat sebarang petanda anak anda akan senyum sehingga usianya 3 bulan, bawa si manja berjumpa dengan pakar pediatrik.