Banyak salah faham dalam kalangan ibu bapa antivaksin yang menyangka suntikan vitamin K yang diberi kepada bayi yang baru lahir adalah satu vaksin baru. Tanggapan ini salah sama sekali. Suntikan vitamin K diperkenalkan sejak 1961 bagi mengelakkan masalah pendarahan yang serius pada bayi. Ianya bukan vaksin.
Akibat salah faham ini, lagi kes bayi mendapat pendarahan otak akibat ibu bapa menolak suntikan Vitamin K, baru sahaja berlaku minggu ini di Johor.
Bayi tersebut, Day 2 post SVD (bersalin biasa), bayi cukup bulan. Ibu enggan membenarkan sebarang suntikan termasuklah Vitamin K dan vaksin, siap print “birth plan” & surat penolakan dari Internet.
Di rumah, bayi tiba-tiba tidak responsif dan collapsed. Dibawa ke hospital, didapati INR (bacaan daya koagulasi darah) tersangat tinggi menandakan darah tidak dapat membeku.
CT-Scan segera dibuat, menunjukkan MASSIVE BLEED. Pembedahan tidak dapat dilakukan kerana masalah pembekuan darah masih belum diatasi.
Ads
Ini bukan kali pertama saya mengetahui kes pendarahan akibat keengganan ibu bapa memberikan suntikan Vitamin K kepada bayi yang baru dilahirkan.
Pada bulan Jun yang lalu, saya pernah berkongsikan sebuah kes yang sama berlaku di tanah air : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10216692951217359&set=a.1241825966957&type=3&theater
Apabila bayi tidak mendapat suntikan Vitamin K sejurus selepas dilahirkan, kekurangan Vitamin K menyebabkan darah gagal membeku. Kesannya, bayi yang tidak berdosa tersebut mendapat apa yang dinamakan sebagai Hemorrhagic Disease of Newborn, atau turut dikenali sebagai Vitamin K Deficiency Bleeding (VKDB).
Statistik menunjukkan, daripada 1000 bayi yang TIDAK mendapat suntikan Vitamin K, 15 bayi akan mendapat VKDB Classical (Simptom pada hari pertama hingga hari ketujuh). Antara simptom yang boleh didapati adalah pendarahan pada pusat, pendarahan usus, dan hidung.
Ads
Manakala untuk Late Onset VKDB (hari kelapan hingga usia 6 bulan), lebih 60% bayi yang mengalami VKDB, mendapat komplikasi pendarahan di dalam kepala (Acute Intracranial Hemorrhage).
Daripada jumlah itu, 10-15% bayi akan meninggal dunia, dan jika survive pun, 40% akan mendapat kesan kecacatan otak yang berkekalan sehingga dewasa.
Natural selection at its finest, bak kata seorang pengkomen.
Memberikan yang terbaik untuk si kecil adalah naluri semula jadi setiap ibu bapa. Soal pemakanan dan minuman bayi sering menjadi topik utama — salah satunya ialah, bolehkah bayi minum air mineral? Nampak bersih, dijual di pasar raya, dan “mineral” pula kedengaran sihat — tetapi adakah ia benar-benar selamat untuk bayi?
Mari kita fahami lebih mendalam isu ini daripada sudut perubatan, pemakanan dan keselamatan bayi.
Buah pinggang bayi masih belum berkembang sepenuhnya, terutamanya dalam 6 bulan pertama kehidupan. Ia tidak mampu menapis air berlebihan atau mengendalikan elektrolit dengan cekap seperti orang dewasa.
Memberi air kosong terlalu awal boleh menyebabkan ketidakseimbangan garam (elektrolit) dalam badan bayi.
Ya — bayi boleh mengalami keracunan air! Ini berlaku apabila bayi diberikan terlalu banyak air, dan ia menyebabkan pencairan sodium (natrium) dalam darah mereka.
Akibatnya:
Sel otak boleh membengkak
Bayi mengalami sawan, kelesuan, atau dalam kes ekstrem, kematian
Keracunan air pernah dilaporkan walaupun hanya selepas bayi diberi 2–3 oz air kosong dalam masa yang singkat!
Umur 6 bulan ke atas, apabila bayi sudah mula diberi makanan pelengkap (makanan pejal).
Ketika ini, air boleh diberikan dalam kuantiti kecil, biasanya selepas makan untuk bantu penghadaman dan elakkan sembelit.
Air bukan pengganti susu – bayi masih perlu susu sebagai sumber utama nutrien sehingga sekurang-kurangnya umur 1 tahun.
Walaupun air itu penting untuk hidup, ia bukan minuman sesuai untuk bayi kecil. Susu ibu atau susu formula adalah satu-satunya sumber cecair yang mereka perlukan sehingga mereka bersedia menerima makanan pejal.
Air bukan “kosong” untuk bayi — ia boleh membawa risiko jika diberi terlalu awal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya bayi akan menangis untuk memberi isyarat kepada ibu bapanya bahawa dia rasa tak selesa, nak tidur, lampin penuh atau lapar.
Selain daripada tanda-tanda menangis, apa lagi bahasa bayi yang anda faham? Ketahuilah bahawa setiap bayi adalah berbeza cara bahasa dan gaya mereka. Namun, panduan umum di bawah mungkin boleh membantu para ibu bapa untuk lebih memahami bayi di samping menangani ragam si manja.
Perasan tak, bayi amat suka memberi ‘eye-contact’ khususnya pada orang terdekat yang cuba berinteraksi dengannya. Sebenarnya, si manja yang merenung tepat ke mata anda sambil tersenyum sedang cuba mengecam wajah anda. Jika anda melihatnya tersenyum, ini bermakna bayi gembira melihat muka anda. Jadi, ambil peluang ini untuk bergurau dan berborak dengan bayi. Anda juga boleh mendodoikan bayi dengan lagu kegemarannya.
Jika bayi mengeluarkan bunyi ‘bbbbb’ dengan keadaan air liurnya bertakung pada mulut, ini bermakna bayi anda ingin berborak dengan anda. Jika anda layan, dia akan semakin rancak berbunyi seolah-olah faham dengan apa yang anda perkatakan.
Ini perbuatan lazim bayi jika dia sedang gembira. Anda akan melihat si manja menggenggam tangannya sendiri sambil menggoyang-goyangkan tangan untuk menyatakan dia sedang teruja.
Bukan hanya pandang pada satu tempat sahaja, si manja juga gemar ‘meliarkan’ pandangan matanya ke arah sekeliling. Ini bermakna si manja anda sedang meneroka persekitaran sekelilingnya. Apatah lagi, jika dia mendengar bunyi, pasti matanya akan meliar mencari arah bunyi tersebut.
Jika anda lihat bayi anda gemar meraba-raba atau menggosok telinganya, ini bukan bermakna telinganya ada masalah jangkitan ataupun sakit telinga. Sebaliknya, bayi dalam proses untuk mengenali anggota tubuhnya sendiri.
Bayi amat gemar menendang-nendang kakinya bagi menyampaikan maksud bahawa dia sedang teruja. Namun, ia juga mungkin bermakna dia tidak selesa dengan lampinnya. Jadi, ibu bapa periksalah lampin bayi anda!
Menjaga bayi bukanlah semudah yang disangka. Tambah lagi yang berkaitan dengan masalah kesihatan terutama bayi bawah setahun.Bayi meragam secara tiba-tiba adalah perkara biasa. Berjaga malam menjaga bayi yang tidak sihat memang biasa dilalui oleh ibu bapa kan?
Ada yang terpaksa mengambil cuti untuk menjaga permata hati mereka. Seperti orang dewasa, bayi juga mengalami masalah kesihatan. Kerana sistem imun bayi masih lemah dan mudah berjangkit.
Menjaga bayi, terutama yang masih bawah usia setahun, memang datang dengan cabaran tersendiri. Dalam fasa awal tumbesaran ini, masalah kesihatan bayi bawah setahun sering menjadi kebimbangan utama kerana sistem imun mereka masih belum cukup kuat.
Sebab itu, sedikit perubahan seperti demam, batuk, selsema atau bayi tiba-tiba meragam boleh buat ibu ayah terus rasa risau. Ada malam yang terpaksa berjaga tanpa tidur, memujuk bayi yang tidak selesa atau kerap terjaga akibat kurang sihat.
Malah, tidak kurang juga ibu bapa yang terpaksa menangguhkan urusan harian atau mengambil cuti semata-mata mahu memberi perhatian penuh kepada si kecil. Hakikatnya, seperti orang dewasa, bayi juga boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan sepanjang proses membesar.
Jadi, penting untuk ibu bapa memahami antara masalah kesihatan bayi bawah setahun yang sering berlaku supaya lebih bersedia dan tahu bila perlu mendapatkan rawatan dengan segera.
1. Sedu
Sedu adalah masalah kesihatan bayi yang perkara biasa berlaku. Memang kerap berlaku dalam sehari. Bagi ibu, usah risau kerana sedu adalah normal. Menurut doktor, keadaan ini disebabkan bayi terlalu kenyang.
Petua orang-orang tua, basahkan sedikit tisu dan letakkan pada bahagian dahi bayi anda. Sedu akan hilang selepas itu.
2. Muntah
Kebiasaannya berlaku selepas menyusu atau setengah jam atau sejam selepas penyusuan. Kuantiti muntah adalah sedikit dan jika muntah bayi terlalu banyak dan tidak henti, ibu perlu membawa bayi ke klinik. Bayi anda mungkin mengalami masalah pada usus.
Muntah juga berlaku kerana bayi menyusu terlebih dos. Perut bayi tersangat kecil dan mempunyai had untuk menyimpan susu. Sebab itulah bayi memang kerap menyusu iaitu sekurang-kurangnya 8 kali sehari.
Sebaiknya, selepas menyusu sendawakan bayi dengan memangku dan meletakkan kepala bayi menghadap bahu anda, kemudian tepuk perlahan-lahan.
3. Kembung Perut
Masalah kesihatan bayi ini biasa berlaku dan selalunya kerap berlaku pada waktu malam. Banyak punca kembung perut terhadap bayi, antaranya disebabkan oleh pemakanan ibu, cuaca dan juga susu formula yang tidak sesuai.
Untuk melegakan perut bayi, sapu minyak angin atau minyak telon di bahagian perut, bahagian belakang badan, telapak kaki dan pada bahagian betis. Pastikan minyak yang digunakan selamat untuk bayi.
Cara tradisioanal juga boleh digunakan dengan menggunakan tungku herba yang telah dipanaskan, pastikan suhu yang selamat untuk kulit bayi dan tuam pada perut bayi. Insya-Allah, ini akan melegakan kembung perut bayi.
4. Cirit-Birit
Ada yang menyatakan bahawa jika bayi buang air besar lebih daripada tiga kali dianggap cirit-birit. Akan tetapi, perlu juga dilihat dari segi warna najis dan juga bentuknya.
Biasanya jika bayi mengalami cirit-birit, najisnya sedikit dan cair serta membuang lebih daripada tiga kali. Bayi yang kerap menyusu juga kerap membuang.
Untuk mengatasinya, anda haruslah memberi bayi anda air(untuk bayi 6 bulan ke atas) atau menyusu secara kerap kerana telah berlaku dehidrasi atau mendapatkan rawatan dengan segera.
5. Sembelit @ Tidak Buang Air Besar
Keadaan ini biasa berlaku kepada bayi. Ibu bapa kena pantau. Ia normal bagi bayi menyusu badan. Biar anak membuang secara semulajadi. Jika nampak anak tak selesa boleh terus rujuk pada doktor.
6. Ruam
Masalah kesihatan bayi yang popular dan kerap terjadi ialah ruam. Sebagai ibu, kerisauan melanda jika terdapat bintik-bintik merah yang timbul pada wajah dan bahagian kulit yang lain terutamanya punggung.
Biasanya yang kerap berlaku kepada bayi ialah ruam lampin. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh lambat menukar lampin bayi dan juga kulit bayi cepat berpeluh. Kulit bayi sangat lembut dan sensitif, jadi penjagaan yang rapi amat diperlukan.
Ruam juga terjadi pada bahagian celah-celah paha dan lipatan anggota badan bayi. Sebagai penyelesaiannya, gunakan krim pelindung ruam yang tidak menyerap air.
Lampin yang basah perlu ditukar segera atau sebaik-baiknya 6 jam sekali. Jika bayi anda buang air besar, jangan melambatkan proses pembersihan kerana keadaan tersebut membuatkan bayi anda tidak selesa dan boleh menyebabkan gatal-gatal.
7. Selsema
Masalah kesihatan bayi seperti selsema kerap berlaku setiap bulan. Sistem pertahanan bayi masih belum kuat dan mudah dijangkiti virus. Selsema akan meyebabkan bayi tidak selesa dan adakalanya tidak lena tidur.
Selsema terjadi disebabkan kahak terkumpul pada bahagian paru-paru bayi. Untuk membuang kahak, memang sukar, kerana bayi masih kecil. Anda juga boleh mencuba untuk melakukan Teknik Steam/Garlic Steam untuk melegakan bayi anda.
Atau sapukan minyak bawang putih di bahagian dada, belakang dan tapak kaki bayi. InshaAllah, cara ini akan memberikan kelegaan kepada bayi anda.
8. Demam
Masalah kesihatan bayi yang seterusnya ialah demam. Suhu biasa bagi bayi ialah 37 darjah celcius, jika suhu melebihi 38 darjah celcius ke atas, itu tandanya bayi anda demam.
Cara nak menurunkan suhu bayi adalah dengan meletakkan tuala basah di kepala dan juga dicelah ketiak bagimemastikan suhu badan dalam keadaan normal.
sumber: rezekisihat.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
TASKA KEMAS 2027 kini dibuka untuk permohonan melalui EduCeria. Ketahui syarat kelayakan, cara daftar, dokumen diperlukan, perbezaan TABIKA dan TASKA serta penjelasan mengenai yuran RM150.