Dah Lama Nantikan Baby Baru, Akhirnya Elyana Ambil Anak Angkat Lelaki Sindrom Down

Share

Penyanyi, Elyana mengakui telah mengambil seorang anak angkat lelaki Sindrom Down yang diberikan nama Tulus sejak sebulan yang lalu.

Elyana, 31, yang sedang bertarung dengan kanser limfoma tahap empat sejak tujuh tahun lalu memberitahu berita tersebut menerusi laman Instagram semalam.

“Ya, ini anak saya cuma saya tidak melahirkannya.

“Kini umurnya genap sebulan 24 hari. Terima kasih atas doa-doa anda buat saya sekeluarga,” tulisnya menjawab soalan-soalan peminat di Insta Story.

Hasil perkahwinan Elyana bersama suami, Khairul Anuar Husin pada 2010 telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Cinta Sumayyah berusia tujuh tahun.

Sebelum ini, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini mengakui pernah hamil anak kedua namun terpaksa digugurkan kerana komplikasi penyakit kanser yang dihadapinya dikhuatiri akan membahayakan diri dan bayi yang dikandung.

Sumber: ig elyana

IKLAN