Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan pertama, pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz meraikan hari bermakna mereka dengan makan malam bersama.
Walapun dirai secara bersederhana, namun nampak romantis. Momen tersebut dikongsikan Neelofa di IG storiesnya.
Menitipkan doa yang baik-baik, usahawan terkenal itu juga memberikan ucapan buat suami tercinta menerusi sebuah hantaran di Instagram yang merakamkan detik majlis ijab kabul mereka.
“Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selamanya.
“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan suamiku (ucapan selebihnya saya bisik di telinga suami sebab dia seorang je yang boleh tahu apa saya luahkan) #gitew,” tulis Neelofa.
Sementara itu, Haris pula ada berkongsi foto sekitar majlis pernikahan disusuli dengan kata-kata penuh kesyukuran.
“Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Dikurniakan isteri yang baik hatinya. Banyak lagi yang nak ditulis tapi tak mengapa, ku titipkan dalam doaku.
“Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredai-Nya. Sekali lagi Alhamdulillah Ya Allah,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan peminat pasangan ini mengucapkan tahniah dan mengharapkan rumah tangga yang dibina sentiasa bahagia dan dalam rahmat Allah.
Sebelum ini, Neelofa dan Haris melangsungkan perkahwinan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur, pada 29 Oktober 2024 yang lalu.
Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama di antara Pa&Ma dan Simpan SSPN untuk menggalakkan ibu ayah membuat simpanan pendidikan buat anak-anak mereka. Dengan taglineJadilah Superhero Anak Anda!, penganjuran pertandingan ini juga dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang manfaat membuka akaun Simpan SSPN.
Turut hadir untuk memeriahkan acara pada hari tersebut adalah Pn. Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Pn. Wan Erni Liza Md Izatzi, Editor Pengurusan Grup Family & Parenting NU Ideaktiv Sdn. Bhd. serta Bintang Paling Popular ABPBH35, Bell Ngasri dan Dyya Nawai, penyampai radio Nasional FM merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.
Bayi Comel-Comel, Acara Meriah!
Suasana riuh-rendah apabila pertandingan merangkak bayi bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak mengikut pusingan namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa pula berusaha sehabis baik untuk ‘memancing’ anak-anak merangkak ke arah mereka.
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 100 orang bayi yang berusia enam hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Pertandingan ini yang terbahagi kepada 20 pusingan dan seramai lima orang bayi akan merangkak pada satu masa. Masa yang diberikan adalah selama dua minit untuk bayi sampai ke garisan penamat, sekiranya tamat tempoh dan peserta masih merangkak atau tidak bergerak, mereka akan tersingkir.
Untuk setiap pusingan, masa setiap peserta akan diambil bagi menentukan bayi manakah yang paling pantas untuk mencari Bayi Juara, Bayi Naib Juara, Bayi Tempat Ketiga serta dua Bayi Saguhati. Selain itu juga, terdapat satu anugerah khas iaitu Baby Wow! Superhero.
Tahniah Kepada Para Pemenang
Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma 2024 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Abdul Rahman Mohd Afdzlan, Bayi Naib Juara, Mohd Alif Mohd Mustaqim dan Bayi Tempat Ketiga, Muhammad Afwan Mohd Faizal, manakala dua Bayi Saguhati adalah Qaisar Anaqi dan Muhammad Afwan Madh Affiq. Bagi anugerah khas Baby Wow! Superhero pula menjadi milik Reiner Adrian.
Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM300, medal, hamper istimewa serta mainan Tranformers manakala Naib Juara pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM200, medal, hamper istimewa serta mainan Tranformers. Bayi Tempat Ketiga pula telah memenangi akaun Simpan SSPN bernilai RM100, medal, hamper istimewa serta mainan Tranformers.
Untuk dua Bayi Saguhati telah membawa pulang akaun Simpan SSPN berilai RM50, medal dan hamper istimewa setiap seorang. Penerima anugerah Baby Wow! Superhero juga membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM100, medal dan hamper istimewa.
Terima kasih kepada pihak yang menjayakan pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN 2024. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari ibu ayah yang menjadi follower Pa&Ma!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasihnya ibu membawa ke syurga. Tiada yang lebih menyentuh hati daripada melihat penderitaan si ibu selepas melahirkan zuriat ke dunia.
Nyawa jadi taruhan apabila seorang ibu lumpuh selepas selamat melahirkan anak perempuannya empat bulan lalu. Tidak sempat untuk mendakap dan mencium bayi yang dikandung, si ibu kini hanya terlantar.
Akibat komplikasi ketika bersalin, Norazlina Hasan, 42, di kaku terbaring di atas katil dan bergantung sepenuhnya kepada sumber makanan yang berupa susu khas yang dimasukkan melalui tiub untuk meneruskan hidup.
Si kecil anak ketujuh, Nor Amalina Eliya Ibrahim yang kini berusia empat bulan merupakan anak ke tujuh Norazlina belum lagi merasa susu ibunya sendiri.
Apa yang paling meruntun hati dan menyentuh perasaan, air mata ibu ini menitis apabila Amalina diletakkan dalam pangkuannya. Meskipun badannya dalam keadaan kaku tak bergerak dan tanpa suara, Norazlina seolah-olah amat rindu untuk memeluk dan membelai anak yang dilahirkan dari rahimnya sendiri
Situasi ini boleh menghiris hati sesiapa sahaja yang dilihat. Apatah lagi apabila Amalina kini hanya mampu menumpang kasih sayang dari kakak. Sentuhan seorang kakak menggantikan kehangatan kasih ibu.
Kakak sulungnya, Nur Fatin Shahira, 22 yang sanggup melepaskan jawatan sebagai kerani di Petaling Jaya, Selangor semata-mata untuk menjaga dan mencurah khidmat buat ibu dan adik yang baru dilahirkan .
Kini tanggungjawab menjaga adik digalas Nur Fatin. Katanya dari hari pertama hingga ke saat ini adiknya dilahirkan, tidak pernah walau setitik susu ibu dirasai adik.”Adik dibesarkan dengan susu formula kerana ibu tidak sedarkan diri ketika melahirkan adik,” kata kakak penyayang ini.
Selain itu, gadis ini turut menceritakan detik-detik kelahiran Amanlina di mana nyawa ibunya berada di hujung tanduk. Jantung berhenti berdegup dan parut bersalin berdarah semula.
“Jantung ibu terhenti seketika ketika dibius semasa pembedahan melahirkan adik. Parut lama pembedahan melahirkan anak tujuh tahun lalu di perut ibu juga berdarah kembali ketika saat getir itu.
“Kami bersyukur adik dan ibu dapat diselamatkan tetapi berat sungguh ujian Allah, ibu kami jadi lumpuh seluruh tubuh akibat komplikasi ketika bersalin itu,” katanya.
Nur Fatin berkata, ibunya pernah diserang strok dan menghidap kencing manis ketika awal kehamilan adik bongsunya itu. Namun ia tidak mengganggu proses kehamilan Norazlina.
“Ketika itu ibu tak tahu dia mengandung, disebabkan ada darah beku di kepala, ibu menjalani imbasan dan masa rawatan strok itulah doktor dapat kesan ibu mengandung.
“Serangan strok itu tidak menjejaskan kandungan dan ibu boleh mengandung sehingga cukup bulan.
“Tetapi ibu sakit nak bersalin awal seminggu dari jangkaan. Selepas dibawa ke hospital berlakunya komplikasi dan dibedah dua hari kemudiannya,” katanya.
Nur Fatin mengambil alih menguruskan ibu dan adik bongsunya itu kerana ayahnya, Ibrahim Ab Tashid, perlu keluar bekerja sebagai pemandu lori untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk kos perbelanjaan lampin pakai buang dan susu khas isterinya serta sewa rumah.
Bagi anda yang ingin memberikan sumbangan buat keluarga ini boleh menyalurkan ke dalam akaun Maybank Nur Fatin Shahira 164165039410
Jangkitan cacing pada kanak-kanak boleh menyebabkan gatal dubur, sakit perut, anemia dan gangguan tumbesaran. Ketahui tanda bahaya dan cara mencegahnya.