Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin adalah sesuatu yang merisaukan buat ibu mengandung. Sudah tentu ibu akan tertanya-tanya bila akan bersalin dan bagaimana keadaan bayi dalam kandungan. Mungkin ramai ibu yang tidak menyedarinya, tetapi situasi ini sering berlaku.
Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.
Sumber foto: www.freepik.com
Seandainya usia kandungan anda mencecah 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat. Ketika ini, doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi serta saiznya. Bukaan servik si ibu juga akan diperiksa untuk melihat sama ada sudah bersedia untuk proses bersalin atau tidak.
Faktor Yang Menyebabkan Kelahiran Overdue
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin biasanya terjadi kepada ibu yang mempunyai ciri-ciri ini:
1. Tidak pasti tarikh hari pertama datang haid yang terakhir sebelum hamil
Ini sering berlaku, ibu tidak membuat catatan tentang tarikh kedatangan haid dan menyebabkan ketika hamil, doktor tidak dapat memberi tarikh jangkaan bersalin yang tepat kepada mereka.
Oleh itu, ibu yang mahu mengandung disarankan untuk menyimpan rekod kedatangan haid agar doktor mudah untuk merujuk tarikh itu dan meberi tarikh jangkaan yang tepat atau tidak ‘lari’ jauh dari hari bersalin.
2. Kehamilan pertama
Ibu yang mengandungkan anak pertama biasanya tidak arif tentang hari pertama haid yang terakhir sebelum hamil. Ini boleh menjadi sebab kelahiran sedikit lewat dari tarikh jangkaan bersalin.
Sumber foto: www.freepik.com
3. Sejarah Overdue
Jika ibu tersebut pernah melahirkan anak terlewat dari tarikh jangkaan bersalin, tidak mustahil situasi ini akan berulang pada kelahiran yang seterusnya.
4. Ibu Menghidap Obesiti
Buat ibu hamil yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, masalah kelahiran overdue boleh berlaku.
6. Bayi Bermasalah
Bayi mempunyai kecacatan secara biologi yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa kelahiran (intrapartum hypoxia).
Ads
Jika ibu hamil mengalami kandungan overdue, doktor akan menyarankan agar ibu diberi indius. Proses indius dilakukan dengan dua cara berlainan, bergantung kepada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Kaedah indius akan ditentukan sama ada ibu diberi indius yang menggunakan ubat-ubatan mahupun alat-alatan.
Pemilihan ubat ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim:
Ads
1. Prostaglandin
Ia merupakan sejenis hormon yang dimasukkan melalui vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.
2. Oxytocin atau pitocin
Ia diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.
Salah satu cara induksi yang lain adalah membrane sweeping yang boleh dibuat jika ibu hamil daripada minggu ke 38 ke atas. Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksa bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran.
Sumber foto: www.freepik.com
Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim. Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam.
Berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.
Adakah overdue berbahaya?
Bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti berikut;
Ads
1. Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya.
2. Fetal distress di mana bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan.
3. Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami sindrom ‘aspirasi mekonium’ yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke 40.
4. Bayi mati dalam kandungan.
5. Ibu berisiko untuk mengalami trauma semasa proses kelahiran kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forseps kerana saiz bayi yang besar.
6. Intraparum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen.
7. Risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran atau shoulder dystocia. Ini disebabkan oleh saiz bayi besar.
Murahnya rezeki Adira Suhaimi. Tatkala anak kedua masih belum cecah setahun dia hamil lagi.
Ibu kepada dua cahaya mata comel, Anggerik, 2 tahun & Assan, 8 bulan ini tidak mengetahui dirinya sedang mengandung. Penyanyi lagu Pujaan Hati Kanda ini hanya menyedari dirinya sedang hamil anak ketiga apabila kandungan memasuki bulan ke-5.
TIADA ALAHAN & PERUT KECIL
Menurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 28 tahun, selain tidak mengalami sebarang alahan. Saiz perutnya juga agak kecil membuatkan dia tidak tahu kehadiran janin di dalam rahimnya.
PENGALAMAN KEDUA HAMIL DI BULAN RAMADAN
Pemenang tempat kedua Akademi Fantasia Musim ke-8 ini mengakui ini merupakan kali kedua dia mengandung di bulan Ramadan.
LIMA BULAN BARU TAHU, DOKTOR TEKAN ADA BAYI
Adira juga memberitahu Mstar dia hanya mengetahui diri hamil ketika usia kandungan mencecah lima bulan. Ia hanya disedari ketika membuat pemeriksaan kesihatan. Semasa doktor tekan bahagian terbabit, rupanya ada bayi.
“Sejujurnya saya tidak tahu saya sedang hamil. Tiada alahan, perut pun leper sahaja. Sehingga kandungan memasuki usia lima bulan, itu pun selepas saya berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan. Bila doktor tekan, baru tahu ada baby.”
Adira ditemui Mstar di majlis Pelancaran Koleksi Raya Hermanas x Adira di Work @ Nest, The Curve, Damansara.
MERAHSIAKAN JANTINA
Dalam pada itu, Adira yang merahsiakan jantina bayinya itu. Ibu muda ini tidak kisah sekiranya dikurniakan bayi lelaki atau perempuan kerana dia kini adalah ibu kepada sepasang cahaya mata.
“Jantina anak saya tak scan lagi. Biarlah ianya menjadi kejutan buat semua. Saya tidak kisah soal jantina kerana sudah ada Anggerik (perempuan) dan Assan (lelaki). Untuk kehamilan kali ini saya tidak kisah lelaki atau perempuan asalkan dia sihat,” kata Adira.
TIDAK MENOLAK ANAK RAMAI
Anak ramai memang menyeronokkan. Penyanyi berasal dari Sabah ini juga tidak menolak sekiranya dikurniakan anak yang ramai.
“Kalau boleh nak merancang juga tapi sudah rezeki. Saya okay sahaja kalau anak ramai. Lagi seronok. Cuma awal-awal tu mungkin susah sedikit,” katanya.
Adira telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015. Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya iaitu Anggerik pada 10 Mac 2017 manakala anak kedua iaitu Assan pada 9 September 2018.
Bakal bergelar ibu tak lama lagi, pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim, 41, berkongsi rasa keterujaan apabila akan menimang bayi perempuan Julai ini.
Sarimah berkata, berita gembira itu begitu dinantikan kerana selama ini dia banyak dikelilingi lelaki.
“Saya anak sulung dalam keluarga dan ada tiga adik-beradik lelaki. Jadi, saya sudah terbiasa dengan kehidupan yang sentiasa lasak.
“Apabila doktor maklumkan saya bakal menimang anak perempuan, saya agak terkejut. Seronok rasanya, apatah lagi nanti boleh mengayakan dan melaram sama-sama. Lagi-lagi baju anak perempuan semua cantik,” katanya.
Sarimah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman jantina anak dan pelancaran produk kecantikan Thrill by Sarimah Ibrahim Exclusively on Shopee, di Damansara Perdana.
Harap Dapat Lahir Normal
Sarimah juga menyatakan dia berharap dapat melahirkan puterinya itu secara normal dan berdoa urusannya nanti dipermudahkan.
“Sepanjang kehamilan, bayi saya sentiasa mengiring dan posisi itu langsung tidak berubah. Kalau posisinya masih sama, berkemungkinan besar saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan,” katanya.
Sarimah pada 1 Februari lalu mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Pelakon berdarah kacukan Melayu-Irish itu mendirikan rumah tangga dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.
Sementara itu, sempena pelancaran Thrill by Sarimah Ibrahim di Shopee, Thrillist mendapat potongan harga 30% bagi semua produknya dari 30 Mei hingga 5 Jun 2019. Bedak asas berharga RM52.50 manakala bedak kompak berharga RM45.
Risau dengan kesihatan dan juga keselamatan isteri tercinta yang sedang mengandungkan anak pertama, pelakon dan penyanyi Fattah Amin menyatakan bahawa dia tidak boleh lalai dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan oleh kerajaan selain mengelak daripada berjumpa dengan ramai orang.
Kata Fattah, dia tak boleh lalai dengan SOP kerana dalam masa sama perlu menjaga isterinya, Fazura yang sedang hamil.
“Memang saya risau dengan Fazura sedang hamil anak pertama kami. Tapi dekat mana-mana kita pergi pun wabak itu ada.
“Selagi kita semua jaga jarak dan lakukan SOP yang ditetapkan, insya-Allah semuanya selamat,” katanya kepada portal hiburan, Gempak.
Tambah pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin dia memilih untuk tidak bergaul dengan orang ramai sekiranya tidak memerlukan.
“Saya memang akan pastikan sentiasa ikut SOP. Saya tidak akan senang-senang nak campur dengan orang ramai, jaga jarak dan tak bersalam dengan orang lain.
“Kalau saya jaga semua itu, tak ada la bawa sampai ke rumah. Apa-apa pun kena pandai jaga diri. Insya-Allah tak ada apa-apa,” katanya lagi.
Menjenguk ke laman sosial Instagram milik pelakon Gol & Gincu, Fazura yang sedang menunggu kelahiran anak pertama yang dijangka lahir pada Oktober depan ada berkongsi foto terkini dirinya yang sedang hamil.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.