Aduh! Ketika buat ujian UPT tadi, terang dua garis. Anak sulung masih kecil, mungkin tidak faham situasi yang dia akan menjadi anak sulung tidak lama lagi. Tiba-tiba saja ada tanggung jawab untuk menjadi abang atau kakak. Macam mana mahu beritahu kepada mereka tanpa ada rasa serba salah? Anda boleh cuba lima tip ini, mana tahu dapat membantu.

Anak Sulung Banyak Buat Perangai, Dia Boleh ‘Hidu’ Tak Lama Lagi Dapat Adik

Bawa Bersama Ketika Buat Pemeriksaan Di Klinik

Ada sesetengah Mama dan Papa yang kurang selesa untuk membawa anak pertama ke klinik ketika membuat pemeriksaan kehamilan. Mungkin tidak mahu anak meragam kerana perlu menunggu lama dan sebagainya. Salah satu cara paling mudah dan jelas untuk memberitahu anak anda bahawa mereka akan dapat adik nanti adalah dengan melibatkan mereka seawal pemeriksaan pertama lagi.

Jom baca artikel ini: [Sempat Lahirkan Bayi Yang Ditunggu Selama 10 Tahun, Jururawat Meninggal Dijangkiti Covid]

Dengan cara ini mereka akan mula faham dan bersedia untuk menerima adik di kemudian hari. Terangkan juga mengapa pertemuan dengan doktor dibuat, biarpun mereka tidak memahaminya ketika pertama kali diberitahu. Namun jika diberitahu berulang kali, mereka akan mula dapat menangkap apa yang cuba anda katakan.

Tunjuk Album Gambar Ketika Mereka Kecil

IKLAN

Jika anda menyimpan foto-foto anak sulung di dalam album khas, tunjukkan kepada mereka. Katakan pada mereka bahawa di dalam foto itu adalah mereka ketika bayi. Sambil itu, berceritalah yang tidak lama lagi akan ada bayi baru dalam keluarga anda. Ceritakan apa perkara menarik jika ada bayi di dalam rumah, sudah tentu mereka akan merasa tidak sabar untuk menyambut kelahiran adik mereka.

Buat Baju T Khas Untuk Anak Sulung

Anda boleh tempah khas baju T yang menulis bahawa mereka adalah abang atau kakak. Biarpun mereka mungkin tidak boleh membaca lagi, anda sendiri boleh beritahu kepada mereka apa maksud tulisan yang ada pada baju T mereka. Beri mereka pakai baju T tersebut berulang kali supaya mereka merasa bahagia dan sentiasa ternanti-nantikan adik baru mereka.

Selalu Beri Mereka Lihat Foto Bayi

Tunjukkan gambar-gambar bayi kepada anak sulung anda. Sebelum mengetahui jantina anak kedua anda, pelbagaikan pilihan foto bayi yang mahu anda tunjukkan kepada mereka. Beritahu mereka, beginilah mungkin rupa adik yang ada di dalam perut anda. Pasti mereka teruja untuk melihat sendiri rupa adik adik baru!

IKLAN

Anak Sulung Banyak Buat Perangai, Dia Boleh ‘Hidu’ Tak Lama Lagi Dapat Adik

Perut Yang Semakin Membesar

Jelas sekali dengan perubahan fizikal serta perut yang semakin membesar, anda boleh bercerita kepada anak sulung tentang adik mereka. Tunjukkan perut anda dan katakan kepada mereka di dalamnya ada adik. Latih mereka untuk mula sayangkan adik sedari mereka di dalam perut lagi. Melihat perut anda yang semakin membesar akan mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri mereka, jadi tugas anda akan menjadi lebih mudah untuk menerangkan tentang bayi dalam kandungan.

Anak Sulung Banyak Buat Perangai, Dia Boleh ‘Hidu’ Tak Lama Lagi Dapat Adik

IKLAN

Jom baca artikel ini: [Elfira Loy Kongsi Amalkan Zikir Ini 100x Sehari, Kita Jadi Kurang Pemarah Pada Anak]

Untuk anak-anak kecil yang mungkin agak sukar untuk memahami tentang keadaan ini, anda boleh mula perlahan-lahan. Ceritakan satu per satu tentang kandungan anda dan adik mereka. Paling penting, pastikan mereka bersedia dari segi emosi sebelum anda melahirkan bayi seterusnya. Jagalah perasaan mereka dan sesudah melahirkan, jangan abaikan keberadaan mereka di sekitar anda.

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Anak Sulung Banyak Buat Perangai, Dia Boleh ‘Hidu’ Tak Lama Lagi Dapat Adik

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI