Apa yang anda makan semasa tempoh berpantang akan mencerminkan kesihatan anda kemudian hari. Oleh itu, anda perlu mengetahui amalan pemakanan yang betul semasa menjalani tempoh berpantang.
Melalui perkongsian dari Kak Engku Bidan Bersalin, pemakanan antara aspek yang amat penting dalam rawatan semasa pantang bersalin. Keperluan ini perlu diutamakan kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon dalam badan anda. Jika tidak dikawal dan dijaga pemakanan dalam tempoh berpantang, anda akan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang akan mengganggu penyembuhan dalaman dan luaran anda.
Lazimnya pada awal minggu pertama, digalakkan makan makanan yang kering untuk tujuan mengecutkan rahim. Pastikan waktu makan anda tepat untuk mengelak perut masuk angin. Jika anda mengambil nasi, makan semasa nasi masih panas dan ambil dalam kadar yang sederhana.
Jangan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak dalam satu masa. Jika masih lapar, anda boleh makan secara kerap. Untuk minum petang pula, anda boleh makan biskut tinggi serat (elakkan mengambil roti kerana kandungan yis yang tidak elok untuk proses pengecutan rahim).
Apabila memasuki minggu kedua dan seterusnya, anda sudah boleh mulai makan makanan yang berkuah seperti sup ikan, sup sayur dan buah-buahan supaya anda mendapat khasiat yang seimbang dalam pemakanan anda.
Semasa dalam pantang juga makanan yang dilarang makanan adalah bersifat sejuk, berangin, gatal dan berbisa. Minuman berais tidak dibenarkan. Ini adalah antara amalan pantang larang yang mesti dilakukan semasa berpantang untuk menyembuhkan dan menyegarkan kembali badan selepas menjalani proses bersalin.
Elakkan Makanan Berlemak
Semasa berpantang kuantiti dan kualiti makanan yang diambil akan memberi impak besar terhadap berat badan dan kesihatan anda. Jadi, anda dilarang untuk mengambil makanan yang boleh menggemukkan sewaktu berpantang. Anda disyorkan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan ulam-ulaman di samping masakan yang menggunakan pelbagai jenis rempah ratus yang terbukti dapat memulihkan kesihatan dan mengurangkan masalah berat badan yang anda alami ketika ini.
Melancarkan Proses Penghadaman
Halia dipercayai memiliki sifat panas dan kering. Sekiranya anda kerap mengambil makanan yang mengandungi banyak halia sepanjang berpantang, anda sebenarnya telah membantu diri untuk memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.
Atasi Masalah Kemurungan
Salah satu jenis ulam-ulaman yang terkenal di kalangan ibu berpantang ialah daun pegaga. Daun ini disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya yang membantu merehatkan dan menambahkan ingatan. Antara kelabihan lain yang ada pada daun pegaga ialah ia dapat mengatasi kemurungan yang mungkin timbul disebabkan oleh masalah fizikal selepas bersalin.
Ads
Pembuang Angin
Bagi masyarakat india, sayur sawi menjadi keutamaan bagi wanita india yang berpantang. Ini kerana pengambilan sayur sawi bertujuan untuk membuang angin. Sebaik-baiknya sayur ini dicelur terlebih dahulu dan dimakan bersama nasi panas.
Penambah Pengeluaran Susu
Pengambilan peria, pegaga, lobak putih dan cekur manis oleh ibu berpantang dapat mengatasi masalah kesukaran membuang air besar dan menambah penghasilan susu ibu. Sekiranya kerap diamalkan ia dapat membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
Kecantikan Wajah
Dalam usaha mengekalkan kesegaran tubuh, makanlah ikan haruan dan tenggiri sebagai makanan tambahan (boleh dibuat sup). Selain dapat melicinkan dan menegangkan kulit tubuh, ia membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran tubuh. Ia terjadi hasil daripada kandungan asid amino dan lemak yang ada pada kedua-dua jenis ikan ini. Apa yang lebih menarik ialah daging ikan-ikan ini yang bebas kolesterol akan membuatkan wajah kelihatan lebih berseri.
Lawas Buang Air Besar
Dengan mencampurkan perahan air asam jawa ke dalam sebarang jenis hidangan ibu berpantang, ia dapat memudahkan anda untuk membuang air besar selain daripada menyegarkan tubuh anda.
Ads
Hindari Kembung
Seelok-eloknya setiap hidangan dimakan bersama nasi putih yang baru sahaja dimasak. Tujuannya ialah untuk memastikan khasiat dan kesegarannya berkekalan. Oleh itu, elakkan daripada memakan nasi sejuk kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kembung perut.
Minuman Penambah Tenaga
Bagi mengembalikan semula tenaga tubuh, anda digalakkan untuk minum air rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Dengan meminum air rebusan ini setiap pagi dan malam, badan anda akan kembali menjadi ringan dan tambah bertenaga.
Caesarean : Kurangkan Lada Hitam
Tujuan utama penggunaan lada hitam dalam penyediaan masakan ibu berpantang ialah untuk memanaskan badan. Namun yang demikian, bagi ibu berpantang yang melahirkan anak secara ceaserean, anda kurang digalakkan untuk mengambil lada hitam dalam kuantiti yang banyak.
Anti Oksidan
Terdapat pelbagai jenis ulaman berkhasiat yang sesuai dimakan semasa berpantang antaranya daun pegaga, cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daum kesum seta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan untuk menyegarkan dan membuang toksin dalam badan.
Ads
Pengambilan Cecair
Wanita selepas bersalin tidak dibenarkan mengambil air dalam jumlah yang banyak bagi mengelakkan perut menjadi buncit, peranakan kembang, melambatkan pengecutan rahim, faraj mudah longgar serta berair terutama jika minum air sejuk atau air batu. Pengambilan air dibenarkan secara kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit dalam satu masa. Air penting untuk proses penyembuhan dan mengalakkan pengeluaran susu ibu.
Pemakanan Ikan
Makan ikan segar dan tidak gatal seperti haruan dan ikan sardin yang segar (bukan dalam tin). Ikan haruan juga dipercayai dapat memulihkan luka luaran dan dalaman (bersalin caesarean). Elakkan juga ikan berbisa dan gatal seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam, terubuk dan parang. Kesannya menyebabkan kegatalan, timbulnya reaksi alahan dan boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Pengambilan Sayuran Dan Buahan
Setiap buah-buahan pula, ia mempunyai khasiat tersendiri antaranya buah oren yang mengandungi banyak vitamin C yang membantu pemyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan air besar. Manakala elakkan makan sayuran menjalar, sejuk dan berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, bayam, kacang panjang, petola, petai, jering dan terung.
Minuman seperti tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, nangka, cempedak dan pisang nangka, antara minuman jenis yang sejuk dan tajam. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.
Kecutkan Rahim
Kunyit yang sering diminum sebagai jamu terutamanya oleh ibu yang berpantang berupaya mengecutkan rahim dan mencuci darah. Selain itu, jika kunyit dimakan bersama nasi selama 40 hari, anda mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman.
Anda melahirkan anak melalui pembedahan caesaraen selepas dua tahun dan menerima suntikan bius pada tulang belakang dan anda sering mengalami sakit belakang terutamanya di bahagian bawah berhampiran punggung membuatkan anda tertanya-tanya adakah disebabkan oleh suntikan bius.
Anda juga tidak boleh berdiri lama dan mengangkat berat. Sakit akan berlarutan dua hingga tiga hari sehingga perlu berbaring dan berehat untuk melegakannya. Mungkin anda tertanya-tanya adakah sakit belakang yang anda alami ini berpunca daripada suntikan bius tersebut? Penerangan ini mungkin boleh membantu anda.
Masalah sakit belakang yang anda alami berlaku dua tahun selepas pembedahan caesarean kemungkinan besar tidak disebabkan oleh prosedur bius semasa bersalin.
Terdapat dua jenis bius yang melibatkan suntikan di tulang belakang bagi pesakit yang bersalin melalui prosedur ini iaitu spinal anaesthesia dan epidural anaesthesia.
Spinal anaesthesia lebih kerap digunakan dalam kes-kes pembedahan caesarean. Teknik memberi bius melalui spinal anaesthesia menggunakan jarum yang amat halus iaitu pencilpoint spinal needles meninggalkan kesan yang amat minimum kepada pesakit.
Bagi teknik epidural anaesthesia pula, garis pusat jarum lebih besar tetapi sakit belakang itu akan berlaku sejurus selepas pembedahan, bukannya dua tahun kemudian.
Tempat jarum spinal dan jarum epidural disuntik adalah lebih jauh iaitu atas daripada paras punggung! Jika anda mengalami masalah sakit di bahagian bawah berhampiran punggung tetapi kawasan ini tidak pernah digunakan untuk prosedur bius bagi mana-mana pesakit yang melahirkan menerusi pembedahan caesarean.
Masalah sakit belakang atau low back pain yang dialami perlu pemeriksaan dan rawatan pakar ortopedik. Kebanyakannya disebabkan oleh masalah otot. Sesetengahnya akibat prolapsed intervertebral disc di mana kesakitan dari belakang akan menjalar ke kaki (sciatica). Jika masalah ini berlarutan tiga hingga empat minggu, segera dapatkan rawatan.
Ia sering berlaku apabila:
Mengangkat barang yang berat.
Selepas bekerja atau bersenam kuat.
Duduk lama di kerusi yang tidak sesuai.
Menyandang beg tangan yang berat.
Duduk dengan postur badan yang salah.
Sekiranya mendapatkan rawatan, imbasan sinar X akan dilakukan. Rawatan fisioterapi adalah langkah pertama sebelum ubat-ubatan diberi. Langkah-langkah lain seperti yoga juga pernah digunakan untuk menguatkan otot dan kawasan tulang belakang. Pembedahan hanya dilakukan adalah untuk kes-kes tertentu. Berbincanglah dengan doktor sebelum memberi kebenaran untuk pembedahan.
3 cara atasi sakit belakang
Mengurangkan berat badan jika obes.
Membetulkan postur ketika duduk.
Mengurangkan beban ketika bekerja.
Menuam kawasan yang sakit menggunakan hot pack atau botol air panas.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bermain adalah sebahagian penting dalam tumbesaran kanak-kanak. Melalui permainan, mereka belajar berinteraksi, menyelidik persekitaran, dan mengembangkan kemahiran motor kasar. Namun, sebagai ibu bapa, jatuh semasa bermain sering menimbulkan kebimbangan – adakah kesan jangka panjang kepada kesihatan mereka?
Bagaimana Kejadian Jatuh Boleh Berlaku?
Kanak-kanak aktif secara semula jadi dan sering kali tidak mempunyai penilaian risiko yang baik. Jatuh semasa bermain biasanya berlaku akibat:
Permukaan licin seperti lantai jubin, simen basah atau peralatan permainan.
Pergerakan tidak terkawal contohnya semasa berlari, melompat atau mendaki.
Kurangnya pengawasan dewasa ketika bermain di taman permainan atau kawasan yang tidak selamat.
Peralatan permainan yang rosak atau tidak sesuai dengan umur juga boleh menyumbang kepada risiko terjatuh.
Fakta menarik: Otak kanak-kanak berkembang pesat antara usia 1 hingga 5 tahun – inilah waktu di mana mereka sangat ingin mencuba dan meneroka dunia.
Keburukan Jangka Panjang Akibat Jatuh
Walaupun kebanyakan jatuh hanya menyebabkan lebam atau luka kecil, beberapa insiden boleh membawa kepada kesan jangka panjang, terutamanya jika melibatkan:
Kecederaan kepala (trauma kranial) – seperti gegaran otak atau kecederaan otak kekal.
Kecederaan tulang belakang atau leher – boleh mengganggu postur dan pertumbuhan.
Keretakan atau patah tulang – jika tidak dirawat dengan betul, boleh menjejaskan struktur dan kekuatan tulang.
Kesan psikologi – seperti trauma, ketakutan untuk bermain atau perkembangan sosial terjejas.
Statistik: Menurut American Academy of Pediatrics, kecederaan kepala adalah salah satu penyebab utama kemasukan kanak-kanak ke hospital akibat jatuh di taman permainan.
Jenis-Jenis Kecederaan atau Sebab Yang Sering Berlaku
Antara kecederaan biasa yang dialami kanak-kanak semasa bermain termasuk:
Luka dan calar – biasanya ringan tetapi boleh dijangkiti jika tidak dibersihkan.
Bengkak atau lebam – disebabkan oleh hentakan pada permukaan keras.
Terseliuh dan terkehel – akibat mendarat dengan posisi yang salah.
Kecederaan dalaman – walaupun jarang, ini paling membimbangkan kerana tidak mudah dikesan.
Fakta menarik: Tulang kanak-kanak lebih fleksibel berbanding orang dewasa, sebab itu kadangkala kecederaan serius tidak menunjukkan simptom yang ketara.
Kepentingan Elakkan Jatuh Semasa Bermain
Mengelakkan jatuh bukan hanya tentang mengurangkan kesakitan fizikal, tetapi juga:
Melindungi perkembangan fizikal yang sihat – terutama tulang, otot, dan saraf.
Meningkatkan keyakinan diri – kanak-kanak yang sering jatuh mungkin menjadi takut untuk mencuba perkara baharu.
Mencegah kos perubatan jangka panjang – rawatan kecederaan serius boleh mahal dan memerlukan rawatan lanjutan.
Menjamin keselamatan emosi – pengalaman trauma boleh menjejaskan perkembangan emosi dan tingkah laku anak.
Nota: Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan – langkah kecil hari ini boleh menyelamatkan banyak kesukaran di masa depan.
Tips Mencegah Kecederaan Ketika Bermain
Berikut beberapa tips berguna untuk ibu bapa dan penjaga:
Pantau kawasan bermain: Pastikan persekitaran selamat, bersih dan tidak berisiko tinggi.
Gunakan alat keselamatan: Seperti topi keledar, pelindung lutut dan siku untuk aktiviti seperti berbasikal atau papan luncur.
Pilih peralatan mengikut umur: Pastikan permainan sesuai dengan kebolehan fizikal dan mental anak.
Ajar anak tentang keselamatan: Galakkan mereka untuk mengenali risiko dan bermain dengan cara yang betul.
Jangan biar anak bermain tanpa pengawasan dewasa.
Fakta menarik: Kanak-kanak yang diajar asas keselamatan sejak kecil menunjukkan 45% kurang risiko mengalami kecederaan serius semasa bermain (sumber: Journal of Pediatric Health).
Jatuh adalah sebahagian daripada proses pembelajaran kanak-kanak, tetapi itu tidak bermakna kita boleh mengabaikannya. Dengan pengetahuan, kesedaran dan tindakan pencegahan yang sesuai, ibu bapa dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan jangka panjang. Ingat, keselamatan anak bermula dari rumah – dan setiap langkah kecil untuk melindungi mereka akan membawa manfaat besar untuk masa depan kesihatan dan perkembangan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
JANGAN SUAP!! Ehhh buat apa tu?? hentikan tangan anda di situ dan JANGAN SUAP bayi dengan makanan yang tinggi garam dan gula.
Setiap hari ada sahaja keluh kesah ibu-ibu yang memperjuangkan makanan sihat untuk anak tetapi sayangnya perjuangan ibu-ibu ini ada yang tidak mendapat sokongan dari orang sekeliling.
Terkejut dengar pengasuh suap air kotak pada bayi 10 bulan. Nenek yang suap jajan pada cucunya. Bila si ibu menegur ianya seolah menepis hak ibu tersebut untuk memberi makanan berkhasiat pada anak yang di kandungkan 9 bulan dan yang berdepan sakit berjuang untuk melahirkan bayinya.
Bila bayi berdepan masalah kesihatan disebabkan kesilapan pemakanan ini di manakah mereka yang berani suapkan itu? Maka tinggallah si ibu berlinang air mata menatap anak kesayangan terlantar sakit di katil hospital.
Tidak kurang yang menyaran dan mengajar ibu-ibu baru ini dengan pemakanan bayi yang salah. “Letak lah sedikit garam”. “Letak lah sedikit kiub”. “Letak lah sedikit gula”. Baik pada anak anda tidak bermakna baik untuk anak orang lain. Mahukah anda bertanggungjawab di atas tindakan yang anda buat?
Mohon untuk hormati keputusan ibu-ibu yang ingin memberikan yang terbaik buat anaknya sendiri. Tiada yang salah atau berdosa mengajar bayinya makanan yang sihat. Semua ibu pasti mahukan yang terbaik buat anaknya.
Apa-apa tolong minta izin pada ibu ayah bayi tersebut. Jangan laju untuk suap anak orang ya. Mungkin anak tersebut ada alahan. Bayi itu masih ada ibu ayahnya. Hormatilah hak mereka.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.