Pertumbuhan gigi pertama buat pertama kalinya pada bayi selalunya tidak sama. Ada yang cepat, ada pula yang agak lama.Biasanya bayi mula tumbuh gigi ketika berusia 6-7 bulan, ditandai dengan pembengkakan pada gusi bawah.
Sebahagian bayi akan berasa tidak selesa, meragam ataupun sakit kerana pembengkakan ini. Bahkan, ada diantara bayi yang demam. Rasa sakit ini sering dirasakan oleh bayi pada waktu petang. Adakalanya bayi akan menangis dan mengigit-gigit sesuatu.
Jika anak sudah berumur lapan bulan tetapi belum juga, ia bukanlah sesuatu yang tidak normal. Anda tidak perlu bimbang, cuma apa yang perlu anda lakukan jika bayi anda sudah berumur lapan bulan tetapi masih belum tumbuh gigi, antaranya:
Berikan mainan yang berguna ‘teether’untuk menstimulusikan pertumbuhan gigi. Sebenarnya penggunaan mainan ini disarankan sejak bayi anda berumur 5 bulan. ‘Teether’ dipercayai berguna untuk mempercepatkan pertumbuhan gigi. Pilihlah ‘teether’ yang diperbuat daripada bahan yang selamat.
Kandungan kalsium pada susu juga sangat membantu pertumbuhan gigi bayi anda. Oleh sebab itulah, biarpun anda anda sudah melebihi 6 bulan, berikan juga susu formula sebagai tambahan (jika anda menyusui badan).
Pastikan makanan yang diberikan mengandungi kalsium seperti ikan laut dan beberapa jenis sayuran.
Secara umum, bayi tumbuh gigi pada umur 6-7 bulan, tetapi ramai juga bayi yang sudah mencecah 8 bulan tetapi masih belum tumbuh gigi. Sebagai orang tua, anda tidak perlu terlalu risau dengan keadaan tersebut selagi berat badan serta perkembangan psikologinya kelihatan normal. Bahkan, ada bayi yang baru tumbuh gigi pada umur 10 bulan dan juga 1 tahun!
IKLAN
Mengatasi Demam Ketika Tumbuh Gigi
IKLAN
Gejala demam pada bayi ketika tumbuh gigi tidak terjadi kepada semua bayi. Semua ini bergantung pada sistem ketahanan tubuh bayi tersebut. Jika bayi anda demam akibat tumbuh gigi, sebagai ibu anda perlu bertenang. Demam pada bayi anda adalah sesuatu yang normal dan akan hilang sekitar satu atau dua hari.
Selain itu, anda juga perlu menjaga setiap makanan yang masuk ke tubuh bayi.Misalnya, bayi akan menolak untuk menyusu atau menikmati bubur nasinya, saat inilah anda perlu berusaha agar bayi anda tetap mahu menjamah makanan.
Jika bayi anda masih juga meragam, menangis tidak henti-henti dan sebagainya, anda disarankan membawa bayi anda ke doktor. Dengan cara ini, anda dan suami dapat menjalani keadaan yang lebih tenang, bahkan dengan nasihat doktor juga ia akan tahu apa sebaiknya dilakukan kepada bayi untuk membantu bayi anda yang demam dalam proses pertumbuhan gigi ini.
Anak berumur setahun dua bulan. Kepala kerap berpeluh sehingga basah rambutnya. Kadang-kadang boleh menyebabkan bau masam hingga terpaksa syampu rambutnya setiap hari. Adakah ia normal atau ada tanda penyakit lain?
Berikut jawapan dari Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa Tajuddin
Tubuh manusia mempunyai hampir 3 juta kelenjar peluh (eccrine sweat glands) yang menghasilkan cecair jernih iaitu peluh. Tujuan peluh dihasilkan untuk mengawal suhu dengan cara menghilangkan haba yang berlebihan melalui proses “evaporation”.
Terdapat anggaran 1-3% dalam populasi manusia yang mengalami masalah perpeluhan yang berlebihan yang dipanggil ‘hyperhidrosis’ sama ada primer atau sekunder. Sekiranya anak puan hanya mengalami perpeluhan yang banyak di bahagian kepala sahaja, ini dipanggil “craniofacial hyperhidrosis”.
Antara punca yang dikenal pasti berkaitan dengan perpeluhan yang berlebihan ini ialah jangkitan kuman yang menyebabkan suhu badan menjadi panas, rembesan hormon tiroid yang berlebihan (hyperthyroid), cystic fibrosis, kandungan gula berlebihan dan kegagalan jantung (heart failure).
Namun, selalunya kanak-kanak yang mengalami masalah ini tidak ada kaitan dengan sebarang penyakit dan mereka selalunya cergas dan terlalu aktif. Sekiranya mereka menghidapi penyakit seperti yang tersebut di atas, mereka turut menunjukkan gejala lain seperti makan banyak tetapi tetap kurus, kehilangan berat badan, atau kurang selera makan atau lemah dan cepat berasa penat dan sebagainya. Puan tidak perlu risau jika anak tiada tanda-tanda sebarang penyakit, namun sebaiknya bawa anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut.
Pastikan anak puan tidak terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu panas, sentiasa berada dalam bilik atau kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik. Elakkan anak memakai pakaian yang sangat ketat, tebal atau jenis kain yang panas, tidak memakaikan penutup kepala seperti topi serta sentiasa membawa tuala kecil untuk mengelap peluhnya (di kepala atau badan). Penjagaan kebersihan tubuh badannya perlu dititikberatkan untuk mengelakkan mendapat jangkitan seperi kulat kepala atau ruam kulit.
Selain daripada kecederaan kepala yang teruk disebabkan oleh kemalangan jalan raya, 95% adalah disebabkan oleh penderaan kanak-kanak yang berusia 1 tahun. Pendarahan yang berlaku di bahagian lapisan luar otak kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah dipanggil “subdural haemorrhage”. Pendarahan subdural berserta dengan keretakan tulang dada (ribs) dan pendarahan dalam mata dipanggil ‘Shaken Baby Syndrome’.
Sebab-sebab
Goncangan yang kuat berulang kali adalah penyebab kepada keadaan “Shaken Baby Syndrome”, penyebab ini telah diterima pakai buat masa sekarang. Oleh kerana kanak-kanak mempunyai kawalan leher yang lemah disertai dengan tekanan yang kuat, keadaan ini boleh menyebabkan kecederaan. Goncangan yang kuat terhadap bahagian lembut tengkorak dan otak boleh menyebabkan tekanan kepada saluran darah dan ianya akan pecah menyebabkan perdarahan subdural. Pada ketika ini, keadaan kanak-kanak yang mengalami “Shaken Baby Syndrome” disebabkan oleh goncangan yang kuat dan berulang, lalu mengalami kecederaan akibat dari goncangan tersebut.
Kesan Kecederaan – apabila kanak-kanak di campak dengan kuat ke dinding, ke lantai atau pada objek lain atau terkena kepada kepala/muka.
Keadaan ini biasanya terjadi apabila ibu bapa atau penjaga tidak tahu berbuat apa-apa terhadap bayi yang menangis berterusan sehingga kehendak/keperluan mereka dipenuhi.
Ini menyebabkan ibu bapa atau penjaga menjadi bosan dan tidak sabar semasa menjaga bayi tersebut. Ibu bapa atau pun penjaga dengan tidak secara sedar akan menggoncang bayi tersebut dengan kuat beberapa ketika atau pun menampar bayi tersebut dalam usaha untuk membuatkan bayi tersebut berhenti menangis. Terdapat beberapa kejadian di mana penjaga menggoncang buaian anak dengan kuat menyebabkan bayi terjatuh keluar daripada buaian.
Epidemiologi
Terdapat 20-30 bayi “Shaken Baby Syndrome” dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur. Ini mewakili sebahagian kecil sahaja sedangkan sebahagian mungkin kanak-kanak mati di rumah atau sebelum ianya dirujuk di hospital lain. Lain-lain bayi berkemungkinan juga mempunyai “Shaken Baby Syndrome” yang ringan dan dirawat disebabkan oleh keadaan resah gelisah, muntah-muntah yang diklasifikasikan sebagai “infantile colic”.
Tanda-tanda dan gejala
Bayi yang dimasukkan ke hospital biasanya memberi sejarah seperti berikut ;-
kurang menyusu, muntah-muntah, demam yang rendah dan kemudian diikuti dengan sawan.
keadaan resah gelisah yang akut, muntah-muntah, sawan, kurang tindak balas, tidak sedarkan diri (koma) dan pernafasan yang tidak sekata.
Kebanyakan bayi-bayi ini kelihatan sihat, tiada keretakan di tengkorak dan tiada lebam-lebam di badan. Lain-lain tanda di badan adalah ;
kanak-kanak ini selalunya kelihatan pucat
75-90% bayi mengalami perdarahan di dalam lapisan mata “retinal haemorrhage”
vitreous haemorrhage (bleeding in the vitreous part of the eye)
Retakan-retakan di tulang dada (disebabkan oleh tekanan di dada)
Retakan tulang tengkorak (kesan daripada kecederaan)
Kesan/Akibat
Akibat daripada keadaan ini adalah bergantung kepada keterukan goncangan yang dilakukan kepada kanak-kanak tersebut. Oleh kerana otak bayi ini sangat sensitif dan mudah lebam, dengan itu kecederaan daripada goncangan yang kuat dan kekurangan bekalan darah kepada otak semasa kanak-kanak mengalami sawan yang berpanjangan, berkemungkinan besar boleh menyebabkan kematian, kesukaran untuk belajar atau fungsi motor berkurangan. Akibatnya akan menjadi lebih teruk lagi sekiranya kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri (unconscious).
Pencegahan
“Shaken Baby Syndrome” boleh dicegah daripada berlaku. Sekiranya ibu bapa atau penjaga merasa tertekan atau kecewa dengan bayi mereka. INGAT! JANGAN sekali-kali anak anda tersebut digoncang. Sekiranya anak anda menangis dengan tidak berhenti-henti, dan anda dalam keadaan kebingungan, dapatkan bantuan dengan;
Tempatkan bayi anda di tempat yang selamat seperti di atas katil bayi yang mempunyai pengadang di kedua-dua belah, atau di bilik permainan, dan pastikan bayi dalam keadaan selesa. Tinggalkan bayi sebentar dan tenangkan fikiran anda.
Dapatkan bantuan daripada kawan ataupun saudara-mara untuk menjaga bayi tersebut buat sementara waktu, ataupun membantu anda dalam kerja-kerja di rumah atau menjaga anak-anak anda yang lain.
Ibu bapa atau penjaga seharusnya tidak merasa bersalah kerana tidak dapat memujuk bayi mereka supaya berhenti daripada menangis setelah beberapa kali mencuba. Kajian telah menunjukkan bahawa keadaan bayi menangis yang berterusan ini adalah perkara biasa terutama yang berumur 6-8 minggu. Ini dikenali sebagai ” PURPLE cry “
P : Peaks around two months.
U : Unpredictable, often happening for no apparent reason.
R : Resistant to soothing.
P : Pain-like expression on the baby’s face, even without any source of pain.
L : Long bouts, lasting 30 to 40 minutes or more.
E : Evening crying is common – what many parents know as the “witching hour” is now a scientifically proven fact
Bayi tidak akan mati disebabkan oleh menangis yang berpanjangan tetapi berkemungkinan mati disebabkan oleh goncangan.
Bayi anda janganlah dilambung ke atas atau diayun semasa anda bermain dengan mereka.
Rawatan
Bagi bayi yang mengalami “Shaken Baby Syndrome” mereka ini memerlukan rawatan perubatan yang berterusan untuk memastikan kemajuan perkembangan dan tumbesaran bayi tersebut. Begitu juga dengan rawatan penyakit sawan atau sawan babi (epilepsy), fisioterapi dan ‘occupational therapy’ untuk cerebral palsy. Hanya peratusan yang kecil di kalangan bayi dapat disembuhkan kerana otak mereka hanya mengalami sedikit pembengkakan dan kecederaan semasa kejadian.
Kumpulan Sokongan
Bayi boleh dibawa ke klinik atau hospital. Anda boleh membuat permohonan untuk memasukkan anak anda ke hospital sekiranya anda tidak dapat menjaga anak anda di rumah.
US National Center on Shaken baby syndrome http://www.dontshake.com/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Saya bakal melahirkan bayi perempuan dan merancang untuk melakukan khitan (bersunat) pada bayi saya, beberapa hari selepas bersalin. Saya ingin memohon pandangan dan pendapat doktor, tentang cara berkhitan untuk bayi perempuan. Bagaimana cara ia dilakukan? Saya juga serba salah kerana ibu mertua saya kini sudah bertanya adakah saya ingin mengkhitankan bayi dengan cara tradisional yang saya juga tidak pasti bagaimana caranya. Harap doktor boleh berikan saya informasi tentang khitan kepada bayi perempuan.
Berbeza dengan amalan berkhatan bagi lelaki, berkhitan bagi bayi perempuan tidak dijelaskan mahupun disarankan daripada aspek perubatan. Secara klinikal, berkhatan bagi lelaki disyorkan bagi kes-kes jangkitan air kencing (urinary tract infection) yang berulang, phimosis/paraphimosis di mana kulit depan bahagian penis terlalu kecil atau ketat sehingga proses pembuangan air kecil terganggu atau mengalami masalah.
Oleh itu prosedur berkhatan daripada segi perubatan dipraktikkan secara tetap atau standard, di mana bahagian prepuce akan dipotong dan dibuang. Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada konvensional, klip ataupun laser bergantung kepada kebiasaan dan kemahiran seseorang doktor, serta peralatan surgeri yang terdapat di fasiliti terbabit.
Walau bagaimanapun, tidak terdapat apa-apa indikasi/keperluan untuk berkhitan bagi bayi perempuan daripada segi perubatan. Amalan berkhitan bagi bayi perempuan adalah sesuatu yang dilakukan atas sebab suruhan/hukum agama atau amalan tradisi sesuatu masyarakat.
Oleh yang demikian, tiada cara/prosedur yang tetap atau standard bagi berkhitan untuk bayi perempuan. Malahan amalan ini dilakukan dengan pelbagai cara yang berbeza mengikut kebiasaan masyarakat setempat contohnya di timur tengah, Afrika dan di Asia.
Di Malaysia, kebanyakan orang Melayu mengkhitankan bayi perempuan di klinik doktor perubatan ataupun oleh bidan kampung. Selepas dibersihkan, clitoris sama ada dipotong sedikit atau hanya dilukakan dengan menggunakan jarum. Luka yang sedemikian hanyalah minima, tanpa pendarahan yang ketara dan sembuh dengan segera tanpa memerlukan apa-apa cara penjagaan khas.
Saya mengesyorkan ibu bapa mendapatkan maklumat lanjut terlebih dahulu daripada pengamal perubatan atau bidan yang mahu melakukan prosedur khitan tersebut. Secara amnya, prosedur berkhitan bagi bayi perempuan haruslah tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan dan kecacatan kepada alat kelamin/kemaluan bayi.
Anak bila sakit, tentulah mak-mak yang paling risau. Paling sedih bila anak sakit tapi maknya pula tidak dapat cuti kerana kekangan tugas yang perlu dilunaskan segera.