Daler Yusuf ‘tak puas hati’ semua anak-anak iras wajah isterinya, comel-comel semuanya. Kehidupan rumah tangga Daler bersama isteri dan anak-anaknya sering menjadi perhatian ramai terutama apabila Daler berkongsi di media sosial.
Daler Yusuf ‘Tak Puas Hati’ Semua Anak-anak Iras Wajah Isterinya, Comel-comel Semuanya
Daler Yusuf atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang sangat istimewa dalam hidupnya, yang dikenali sebagai Sakinah.
Terdahulu, Daler mengejutkan peminat apabila mendedahkan sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Sakinah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yusuf, 10, Amira, 8, Abu Bakar, 5 tahun dan seorang lagi bayi lelaki yang dilahirkan pada 19 Mac lalu.
Menerusi hantaran dilaman Instagramnya, Daler berkongsi gambar-gambar dirinya dan isteri. Dalam masa sama juga meminta komen warga maya sama ada anak-anaknya lebih mirip pada dirinya atau isteri.
Hafaz 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan, Ahmad Ziyyad mula hafal 42 surah sejak usia 2 tahun. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir, mengukir pencapaian luar biasa dengan berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam hanya empat bulan 10 hari.
Dalam suasana tenang di sebuah kediaman di Bukit Payung, Marang, Terengganu, lantunan ayat-ayat suci al-Quran kedengaran jelas tanpa gangguan televisyen atau gajet.
Ahmad Ziyyad, yang memiliki memori luar biasa serta minat mendalam terhadap al-Quran, menamatkan hafazannya pada 23 Mac lalu melalui program hafazan pantas (fast track) yang ditawarkan oleh Akademi Al-Quran Amalillah, sebuah pusat tahfiz di Terengganu yang menyediakan program intensif khas bagi pelajar berpotensi tinggi.
Ibunya, Nurul Shahida Lukman, 35, berkongsi bahawa anak sulungnya itu telah menunjukkan kecenderungan terhadap al-Quran sejak bayi lagi. Pada usia dua tahun lapan bulan, Ahmad Ziyyad sudah mampu menghafal sebanyak 42 surah, termasuk surah panjang seperti al-Baqarah dan al-A’raf, hanya dengan mendengar bacaan.
Menurut beliau, sejak kecil lagi Ahmad Ziyyad menunjukkan reaksi sensitif terhadap bacaan al-Quran. “Saya selalu mendodoikannya dengan al-Quran. Jika saya berhenti membaca pada ayat tertentu, dia akan menangis dan hanya tenang bila saya mula semula dari awal surah,” katanya kepada Bernama.
Disebabkan minat yang luar biasa itu, Nurul Shahida dan suaminya, Mohd Zahir Mohammad Noor Sabri, 38, mengambil keputusan untuk berpindah dari Kota Bharu ke Marang bagi membolehkan anak mereka menghadiri kelas hafazan di akademi tersebut setiap hari. Sebelum ini, Ahmad Ziyyad bersekolah di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Fateh di Kota Bharu, tetapi masa yang terhad menyukarkan hafazan al-Quran dijalankan secara konsisten.
Keluarga ini kemudiannya menemukan Akademi Al-Quran Amalillah pada tahun 2024. Walaupun akademi itu hanya menerima pelajar berumur antara 10 hingga 15 tahun, Ahmad Ziyyad diterima masuk ketika baru berusia sembilan tahun berkat keupayaannya menghafal beberapa potong ayat dalam masa 10 minit – satu pencapaian luar biasa yang tidak dimiliki kebanyakan pelajar lain.
Nurul Shahida juga menjelaskan bahawa anaknya mempunyai keistimewaan iaitu hyperlexia dan hypernumeric, yang membolehkannya mengenal huruf dan nombor pada usia lebih awal dari biasa – ciri yang sering dikaitkan dengan spektrum autisme. “Dia tahu surah, ayat dan muka surat setiap kali membaca al-Quran. Dia suka mendalami nama-nama Allah dan mampu menjawab jika ditanya. Mungkin kerana semuanya berkait dengan nombor, yang memang menjadi minatnya,” jelas beliau.
Walaupun kadang-kala emosinya tidak stabil dan mudah menangis, Ahmad Ziyyad tetap menunjukkan semangat yang tinggi dalam meneruskan hafazan selepas episod sebegitu. Kini setelah bergelar hafiz, beliau kembali ke SRITI Al-Fateh untuk menyambung persekolahan hingga ke darjah enam sebelum memasuki fasa syahadah – peringkat pengesahan hafazan di hadapan panel.
Apa yang lebih menggembirakan ibunya ialah perubahan positif dalam sikap dan peribadi Ahmad Ziyyad. “Dia kini solat di awal waktu tanpa disuruh, rajin melakukan amalan sunat seperti tahajud, dan semakin matang. Perangai autistiknya juga lebih terkawal dan dia jadi teladan baik buat adik-adiknya,” ujar Nurul Shahida.
Guru hafazannya, Nurfatihar Riduan, turut mengakui kehebatan Ahmad Ziyyad yang mampu menghafal satu muka surat al-Quran dalam masa 15 hingga 30 minit, bergantung pada kesukaran ayat. Beliau menyatakan, “Ada hari dia boleh tasmi’ satu juzuk sehari, dan ulangkaji pula sampai dua hingga empat juzuk. Fokus dan disiplin Ahmad Ziyyad sangat tinggi.”
Guru itu turut memuji komitmen ibu bapa Ahmad Ziyyad yang sanggup berpindah negeri demi menyokong impian anak mereka menjadi hafiz, satu pengorbanan yang akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.
Ibu dan ayah mana yang tidak bimbang melepaskan anak kecilnya ke sekolah di kala pandemik masih berlanjutan. Pun begitu bagi Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob, mereka sepakat memberanikan diri untuk menghantar anak sulung mereka ke sekolah.
Lebih-lebih lagi melihat SOP yang dilakukan di tadika membuatkan kedua-duanya merasa yakin.
Baru berusia dua tahun, kini Raden Muhammad Rafael sudah pun bersekolah.
Menerusi Instagram dan Insta Storynya, Mawar turut berkongsi beberapa keping gambar si kecil Rafael yang sudah mula dihantar ke sekolah.
“Rafael dah start pergi sekolah. Semoga Rafael membesar jadi baik bijak pandai ❤️ amin,” tulis Mawar di Instagramnya.
Bimbang dengan pandemik Covid-19, kata Mawar dia bersyukur tadika dimana anaknya ditempatkan itu benar-benar mementingkan SOP.
” Syukur anak saya dah mula masuk ke tadika semula. Sejujurnya memang risau tapi saya akan pastikan keselamatan di tadika itu.
” Sebelum itu saya juga ada bertanyakan pihak tadika macam mana keadaan dan mereka pun ikut SOP yang ditetapkan. Mereka pun tak campurkan ramai murid.
“Selain itu, saya akan pastikan dalam kelas tak ramai. Dalam satu kelas pun hanya ada dalam tiga orang budak sahaja dengan seorang cikgu,” katanya berkongsi.
“Tak ada isu hantar anak terlalu awal, macam-macam boleh belajar”
Biarpun dikatakan terlalu awal untuk menghantar anak sulungnya itu ke tadika. Namun kata Mawar, usia dua tahun adalah waktu yang sesuai untuk anak sulungnya itu mempelajari banyak perkara malah mengharapkan yang terbaik buat Rafael.
” Bagi saya usia dua tahun itu bukan lagi kecil sebab anak saya dah mula belajar macam-macam. Saya percaya pendidikan untuk anak sangat-sangat penting.
” Sebab itu saya mula hantar dia ke tadika. Sebagai ibu bapa, tak ada rasa membazir pun hantar anak ke tadika walaupun baru berusia dua tahun.
” Kalau belajar secara online itu berbeza, tapi kalau pergi tadika, dia dapat rasakan suasana di sekolah yang berbeza,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Mawar mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, 2 dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan sekali lagi berita baik untuk rakyat Malaysia bayaran bantuan khas untuk membantu meringankan beban dalam situasi sekarang.
Dalam Perutusan Khas Kita Prihatin yang disampaikan oleh Perdana Menteri itu, kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 berjumlah RM1000 untuk isi rumah B40.
Mengambilkira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh rakyat, Kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.
Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:
Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40; Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang; Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang
Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.
“Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.”
Jelasnya lagi, bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.
“Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat menarik sedikit nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian saudara saudari dan seisi keluarga,” tambahnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.