Selepas berkongsi video dengan bayangan baby bump yang jelas di Instagramnya, pelakon Izreen Azminda tampil mengumumkan kehamilannya yang kini sudah pun berusia empat bulan.
Menerusi akaun Instagramnya, Izreen memaklumkan perkhabaran gembira itu kepada umum dengan berkongsi sekeping gambar bersama suami tersayang.
” Bismillahirrahmanirrahim. Dan Journey pun bermula,” tulisnya ringkas.
Namun dalam pada itu, menerusi tanda pagar, #4months yang dikongsikan Izreen pada entri itu turut mengesahkan lagi kehamilannya yang kini sudah pun memasuki usia empat bulan.
Malah Izreen juga turut memohon doa dari semua pengikutnya di Instagramnya untuk terus mendoakan agar perjalanan kehamilannya dipermudahkan. Begitu juga dengan kelahirannya kelak.
Ads
” Tiada apa yang dipinta hanya doa yang baik-baik dari semua.. #4months,” tulisnya lagi.
Terdahulu, melalui entri berlainan pada minggu lepas, Izreen tampil berkongsi satu video yang jelas penampakan baby bump nya. Namun semalam, Izreen tampil berkongsi khabar gembira ini kepada umum.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga pengikutnya tidak terkecuali mengucapkan tahniah di atas kehamilannya itu.
Sekadar informasi, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ude Wahid pada 8 Ogos 2019. Dan kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia 2 tahun.
Melalui perkahwinan terdahulu, Izreen turut mempunyai seorang lagi cahaya mata, manakala suaminya mempunyai dua orang cahaya mata bersama bekas isterinya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @izreen.azminda
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas memiliki tiga cahaya mata perempuan, pelakon Datuk Fizz Fairuz mendedahkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata keempat tahun 2020.
Fizz atau nama sebenarnya, Mohd. Fairuz Zainal Abidin, 40, berkongsi berita gembira itu apabila memaklumkan bahawa isterinya kini disahkan hamil. Cuma usia kandungan Datin Almy Nadia tdiak dimaklumkan.
A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on
“Hadiah tahun baru. hehehe penutup 2019. Amin, rezeki Allah. Kasih sayang untuk anak-anak tetap sama. Tak ada setitik pun kurang. Amin #babynewyear2020,” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Pada entri tersebut, aktor filem Munafik itu turut berkongsi imej ujian imbasan kandungan isterinya.
Rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan berharap agar kali ini mereka dikurniakan anak lelaki pula.
A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on
“Harapnya tahun 2020, Allah makbulkan untuk dapat baby boy.
“Hero pulak kali ni, Insya-Allah.
“Tahniah! Semoga dapat baby boy,” tulis sebahagian netizen.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra yang baru berusia setahun.
Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat Nur Afrina Darwisya, 10.
Sumber: ig Fizz Fairuz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini ada pertikaian mengenai Datin Almy Nadia yang pergi ke luar negara walaupun tengah sarat mengandung. Apa yang jadi tanda tanya bagaimana Almy boleh lepas menaiki kapal terbang.
Almy menemani suaminya, Datuk Fizz Fairuz untuk menjalani penggambaran selama sembilan hari di sana.
Menjawab persoalan orang ramai Almy menerangkan situasi sebenar bagaimana dia boleh menaiki kapal terbang ke Jerman walaupun sedang sarat mengandung.
Dalam kapsyen di instagram, Almy mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mengambil berat mengenai kandungannya.
Almy menjelaskan sebelum membuat keputusan untuk pergi ke luar negara, dia telah mendapat nasihat dan pendapat daripada doktor.
Doktor telah mengeluarkan surat memberi kebenaran untuk Almy menaiki kapal terbang.
Pada masa yang sama, Almy menegaskan kepada netizen penting sebenarnya mendapatkan nasihat doktor sebelum menaiki kapal terbang untuk mengelakkan sebarang risiko.
Bila dah sarat, kita tak boleh sesuka hati menaiki kapal terbang tanpa surat doktor kerana boleh mendatangkan risiko. Jika doktor dah bagi kebenaran, maknanya masih selamat.
Sebelum ini Fizz memberitahu Almy dijangka bersalin 22 Disember depan dan sehingga kini mereka masih merahsiakan jantina anak ketiga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada yang mengatakan pengambilan vitamin ibu mengandung penting untuk jadikan badan bertenaga dan kuat. Adakah benar atau sekadar mitos yang menjadi kepercayaan wanita hamil?
Vitamin ibu mengandung
Jika anda sedang hamil atau mencuba untuk mengandung, kemungkinan anda mungkin sudah atau sedang mempertimbangkan untuk mengambil vitamin ibu mengandung.
Umumnya, vitamin untuk wanita mengandung atau vitamin pranatal dianggap sebagai makanan tambahan.
Vitamin ini diformulasi khas untuk membantu wanita hamil mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan untuk menyokong tubuhnya dan bayi yang sedang membesar.
Walau bagaimanapun, terdapat salah faham mengenai vitamin ini yang telah digembar-gemburkan sehingga menjadi kepercayaan kebanyakan individu.
Sudah tiba masanya untuk kita bongkar tentang mitos yang salah ini!
Mitos vs fakta vitamin ibu mengandung
Berikut adalah 8 mitos tentang vitamin pranatal dan fakta yang perlu anda tahu:
Mitos #1 – Hanya ambil vitamin pranatal ketika mengandung
Anda disarankan untuk mengambil vitamin setiap hari walaupun sebelum hamil, sepanjang tempoh kehamilan dan juga semasa menyusukan bayi.
Kebanyakan fasa tumbesaran utama berlaku pada minggu-minggu pertama kehamilan, malahan pada ketika anda belum menyedari yang anda berbadan dua.
Bagi ibu yang melakukan penyusuan eksklusif pula, manfaat vitamin yang dimakan disalurkan melalui susu akan dapat menyokong tumbesaran bayi .
Mitos #2 – Semua vitamin pranatal adalah sama
Walaupun variasinya sedikit, namun setiap jenama vitamin ibu mengandung mungkin mengandungi vitamin dan dos yang berbeza.
Sesetengah vitamin mengandungi nutrien tambahan sementara ada yang lain dihasilkan untuk wanita yang memerlukan zat besi, asid folik, kalsium atau sebarang nutrien lain.
Pastikan anda sentiasa membaca label dan memilih vitamin mengikut keperluan pemakanan.
Mitos #3 – Multivitamin mengandungi semua keperluan
Anda mungkin memerlukan makanan tambahan sebelum, semasa dan selepas mengandung.
Bagi wanita hamil yang menjangkakan kelahiran bayi kembar atau lebih, anda mungkin memerlukan lebih banyak vitamin B12.
Wanita dengan masalah anemia, mungkin memerlukan suplemen zat besi.
Semasa menyusu badan, bayi mungkin kekurangan vitamin D, jadi berbincanglah dengan pakar pediatrik tentang pengambilan sebarang makanan tambahan.
Mitos #4 – Vitamin menjadikan anda lebih sihat dan kuat
Mengambil vitamin pranatal boleh menyebabkan anda mendapat kesan sampingan sakit jika tidak kena caranya. Keadaan seperti mual dan sembelit antara kesan sampingan yang boleh berlaku.
Untuk mengelakkan mual, pastikan anda memakan suplemen bersama makanan atau sebelum tidur, minum air dengan cukup dan bersenam.
Jika berterusan, berbincanglah dengan doktor tentang simptom dan cubalah jenama lain.
Mitos #5 – Makan vitamin tidak perlu risau akan diet pemakanan
Anda harus tahu, kebanyakan vitamin ibu mengandung tidak merangkumi 100% keperluan nutrien dan vitamin.
Terdapat sesetengah vitamin hanya dapat diserap ke dalam badan melalui makanan.
Pengambilan makanan berkhasiat membantu wanita hamil untuk mengekalkan berat badan seimbang bagi menyokong perkembangan bayi.
Mitos #6 – Wajib mengambil vitamin ibu mengandung
Kebanyakan doktor akan mengesyorkan wanita hamil untuk mengambil suplemen tambahan yang dirumus khas untuk kehamilan.
Terdapat juga multivitamin yang baik dan selamat untuk dimakan sewaktu mengandung.
Mitos #7 – Tidak perlu vitamin pranatal jika makan dengan seimbang
Setiap individu mempunyai jurang pemakanan dalam diet harian. Maka vitamin pranatal dapat mengisi jurang tersebut.
Seorang wanita mengandung memerlukan banyak khasiat tambahan seperti kalsium, kolin, zat besi, DHA/EPA, folat, vitamin C, vitamin A dan nutrien lain.
Tanpa khasiat yang mencukupi, anda dan bayi akan terdedah kepada komplikasi sebelum dan selepas kehamilan, seperti:
Anda tidak dapat mencegah apa yang mungkin berlaku sepanjang tempoh kehamilan. Namun anda boleh mengurangkan risikonya dengan mengutamakan pengambilan nutrien penting.
Mitos #8 – Vitamin pranatal hanya untuk wanita hamil yang kurang vitamin
Kebanyakan multivitamin dihasilkan untuk memberikan ibu yang sedang mengandung mineral dan makanan tambahan.
Ia untuk membantu menjaga kesihatan ibu dan mendorong perkembangan janin agar lebih sihat.
Kebanyakan pakar akan menyarankan wanita yang merancang kehamilan untuk mengambil vitamin untuk ibu mengandung sebelum dan sepanjang tempoh kehamilan.
Jika ada yang tidak kena, segera berjumpa pakar
Ada wanita hamil berasakan vitamin pranatal yang dimakan menyebabkan ketidakselesaan perut. Masalah ini boleh diatasi jika anda mengambil vitamin ibu mengandung selepas makan atau semasa makan, lebih-lebih lagi buat mereka yang menderita mabuk pagi.
Jika tidak berkesan, mungkin anda perlu mencuba vitamin jenama lain. Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan tentang vitamin pranatal yang anda ambil, bawa botol vitamin tersebut semasa pemeriksaan pranatal untuk menentukan sama ada ia sesuai atau tidak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)