Bab kewangan, menyimpan duit masih ada lagi yang ambil sikap bertenang. Mungkin sekarang kita tak nampak apa akan jadi untuk 10 tahun akan datang atau pun bila anak-anak dah semakin besar.

Seperti perkongsian Unit Manager, AIA Takaful, Nur Aliah Mohd Noor, sebaik-baiknya jangan abaikan 3 nasihat kewangan ini kalau tak nak hidup kita merana pada usia 55 tahun!

Daripada 13 juta pencarum KWSP, kajian menunjukkan hanya 7.4% mempunyai baki simpanan lebih RM150,000 pada umur persaraan 55 tahun manakala 71% kurang RM50,000 pada usia persaraan mereka!

Dapat Gaji Formula Simpan Dulu, Baru Belanja Berkesan. Dekat Pencen Gerenti Kewangan Stabil!

Paling membimbangkan Lia, 1/2 dari ahli KWSP berumur 55 tahun keatas berpotensi menghabiskan 90% simpanan mereka dalam tempoh 5 tahun selepas persaraan.

Sebab tu la bermula dari umur 25 – 40 tahun ini kita perlu buat persediaan. Sini Lia kongsikan.

#NasihatNo1 : Kira “Magic No” Retirement Plan

Kalau kita ada RM245,000 pada umur 55 tahun kita sepatutnya dah cukup untuk keluarkan RM1,000 sebulan sehingga jangka hayat 75 tahun.

Sama ada ianya cukup atau tidak, ianya bergantung 100% cara hidup kita berdasarkan kos sara hidup dan bagaimana kita berbelanja.

IKLAN

Apa yang perlu dibuat :
1. Sediakan belanjawan untuk tahu berapa banyak perbelanjaan kita sekarang ini.
2. Kira perbelanjaan kasar tentang kos sara hidup selepas kita berhenti berkerja.
3. Berapa kita mampu mula menyimpan untuk kos sara hidup nanti.
Jangan lupa, perbelanjaan kita tidak semestinya berkurang selepas pencen, ada pesara yang suka pergi bercuti dan akan ada banyak perkara yang akan tingkatkan kos hidup mereka.

Dapat Gaji Formula Simpan Dulu, Baru Belanja Berkesan. Dekat Pencen Gerenti Kewangan Stabil!

#NasihatNo2 : Bina porfolio persaraan

Seorang individu yang bijak dalam menguruskan kewangan adalah apabila mereka mula ada kesedaran awal tentang kepentingan perancangan & pengurusan kewangan jangka panjang dan mula menyimpan dengan aktif serta mula membina porfolio persaraan lebih awal

Apa yang perlu dibuat :
Ada 3 faktor utama yang menyumbang kepada portfolio persaraan :
1. Simpanan peribadi 20%
2. Pelaburan 20% dari simpanan
3. Pelaburan KWSP hingga usia 54 tahun.

IKLAN

Kalau kita masih belum mula menyimpan untuk bina portfolio persaraan, usia 30 tahun adalah masa yang sesuai untuk bermula!

#NasihatNo3 : Mulakan 5 langkah ini sekarang
1. Menyimpan dari sekarang untuk kumpul dana persaraan
2. Ingat simpanan semasa kita sekarang adalah untuk perbelanjaan masa depan kita
3. Makin banyak kita menyimpan, makin banyak yang boleh kita belanjakan pada hari kemudian
4. Guna formula ‘simpan dahulu, baru belanja’.
5. Jadikan tabiat menyimpan banyak wang itu seronok dan ia adalah lebih baik daripada simpan wang yang sikit.

Dapat Gaji Formula Simpan Dulu, Baru Belanja Berkesan. Dekat Pencen Gerenti Kewangan Stabil!

Bila dah banyak wang, tukarkan sikit ke dalam bentuk emas. Sebab simpan dalam bentuk emas ianya kalis inflasi, kenaikan harga emas sentiasa naik dalam jangkamasa panjang dan ianya instrumen terbaik dalam pelaburan.

Justeru itu, tidak kira berapa umur kita, terus tetapkan matlamat persaraan kita dari sekarang ya. Semoga bermanfaat.

IKLAN

Kredit: Nur Aliah Mohd Noor

 

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Dapat Gaji Formula Simpan Dulu, Baru Belanja Berkesan. Dekat Pencen Gerenti Kewangan Stabil!

Mama jom rileks jap, klik link ni!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI