Kepetahan Puteri Ara Aziz selalu mencuit hati. Video solekan atau sekadar berceloteh dalam bahasa Inggeris membuatkan ramai tertarik melihat kepetahannya. Semuanya bermula dari usia 4 tahun lagi.

Ara Petah & Confident, Rupanya Ini Aziz M. Osman Buat. Kongsi Tip Dalam Pa&MaTV

Ara atau nama sebenarnya Puteri Nur Azzahra dan bapanya, pengarah dan pelakon ternama Aziz M. Osman muncul dalam rancangan Pa&Ma TV Musim Kelima Episod 7: Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Apa yang menarik, Aziz sendiri berkongsi cara didikannya kepada anak kecilnya itu. Ara yang kini berusia 8 tahun sangat petah dan kelihatan yakin.

“Didikan yang baik bermula dari rumah. Persekitaran pertama dalam pembentukan anak-anak bermula dari pendidikan pertama yang diperolehinya,” kata Aziz.

Beliau yang menghantar Ara ke sekolah antarabangsa sejak dari awal. Namun bapa kepada 9 anak ini mengakui mempelbagaikan pendedahan kepada Ara. Selain itu anaknya ini pernah dimasukkan ke pelbagai sekolah seperti sekolah aliran agama dan aliran perdana. Katanya pendedahan amat penting untuk pembentukan diri anaknya.

Ara Petah & Confident, Rupanya Ini Aziz M. Osman Buat. Kongsi Tip Dalam Pa&MaTV

IBU BAPA PERLU JADI CONTOH YANG BAIK

Aziz mengakui pembentukan diri anak bermula daripada apa yang dilihat pada persekitarannya. Justeru, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan penting memberikan contoh yang baik.

“Anak akan terbentuk daripada apa yang dilihat di sekeliling. Saya percaya untuk membentuk karakter yang baik kita perlu membentuk diri kita mempunyai karakter yang baik.

“Kalau kita nak anak jujur dan amanah, kita sendiri kena mengaku buat silap, kalau ada buat salah cepat-cepat minta maaf. Kalau kita nak anak kita menjadi seorang yang beriman, kita kena menjaga solat kita. Jaga puasa kita,” kata Aziz.

IKLAN

Ara Petah & Confident, Rupanya Ini Aziz M. Osman Buat. Kongsi Tip Dalam Pa&MaTV

CARA DIDIKAN ANAK KECIL

Aziz yang turut memiliki anak pada usia remaja mengakui cara didikan bagi dua peringkat usia ini berbeza. Ibu bapa perlu pandai memainkan peranan untuk tackle dan menegur.

“Kanak-kanak ni apabila dia dapat satu pengaruh yang baru, dia tak akan menyembunyikannya. Dia akan tunjuk straight away.

“Kalau remaja susah sikit. Bagi kanak-kanak mereka lebih open. Maknanya kita boleh lihat apabila dia balik dia akan bawa pengaruh yang dilihat semasa di luar. Dengan ini ibu bapa boleh nampak,” kata Aziz.

Ara Petah & Confident, Rupanya Ini Aziz M. Osman Buat. Kongsi Tip Dalam Pa&MaTV

LARANG TAPI BERIKAN ALTERNATIF

“Saya menggunakan cara diplomasi akan menegur. Saya akan beritahu dan terangkan. Ambil contoh kakak dan abang-abang. Ara amat mengidolakan kakak-kakaknya. Kita larang tapi kita berikan alternatif.

IKLAN

Ara Petah & Confident, Rupanya Ini Aziz M. Osman Buat. Kongsi Tip Dalam Pa&MaTV

“Kita berikan jawapan dan berikan alasan supaya mereka boleh melihat mana yang baik dan mana yang buruk, “ kata pengarah filem XX Ray ini.

Ara Petah & Confident, Rupanya Ini Aziz M. Osman Buat. Kongsi Tip Dalam Pa&MaTV

PEMILIHAN SUASANA YANG BAIK

Aziz amat menekankan suasana dan persekitaran yang didedahkan kepada anak-anak amat mustahak dalam pembentukan diri Ara. Bapa ini mengakui berkorban untuk memberikan pendidikan terbaik untuk Ara.

“Untuk memastikan anak membesar dengan baik kita mesti memilih suasana yang baik. Kita kena upgrade mereka ke tempat yang sesuai. Maka dengan itu saya berkorban. Saya tahu saya bukanlah kaya sangat.

“Tapi demi untuk masa depan anak, saya tidak boleh letakkan dia dalam sekolah yang biasa dan memilih untuk ke sekolah antarabangsa. Itu tanggungjawab saya sebagai seorang bapa untuk masa depan anak saya,” kata Aziz tentang pendidikan yang diterima Ara.

Ara Petah & Confident, Rupanya Ini Aziz M. Osman Buat. Kongsi Tip Dalam Pa&MaTV

IKLAN

TIDAK HANYA FOKUS AKADEMIK

Aziz turut menegaskan dia tidak memfokuskan kepada pelajaran semata-mata sebaliknya turut menekankan perkembangan kendiri anak.

“Saya bukan fokus kepada pelajarannya sahaja, saya turut memfokuskan kepada pendedahannya. Dengan itu pelajaran (akademik) akan datang sendiri.

“Berdasarkan pengalaman sendiri, apabila ibu bapa menyuruh anak belajar, tekankan mereka belajar. Jadi anak akan terpaksa. Tapi biar timbul sendiri kesedaran belajar kerana mereka bersaing dengan kawan-kawannya yang lain. Jadi kerana itu saya hantar Ara ke sekolah tertentu ini.

Ara Petah & Confident, Rupanya Ini Aziz M. Osman Buat. Kongsi Tip Dalam Pa&MaTV

GALAKKAN UNTUK MELAKUKAN YANG BETUL

Ara yang mempunyai saluran Youtube sendiri petah dan sangat yakin. Dengan gaya bersahaja Ara boleh membuat tutorial solekan dan sekadar membincangkan topik tertentu. Ini semua disampaikan dalam bahasa Inggeris dengan fasih.

“Pernah saya melihat anak kecil di saluran Youtube sudah pandai memetik gitar, bermain dengan nada Mozart atau Beethoven. Jadi saya terinspirasi dan menggalakkan Ara menyerap sesuatu yang betul. Buat sesuatu  yang betul, perkembangan beginilah yang saya galakkan.

“Saya harap anak-anak termasuk Ara apabila berada bersendirian, kita sudah menanamkan akar tunjang yang kuat. Jadi dia tidak mudah tumbang atau terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik” kata Aziz kepada Pa&Ma. Selain itu, Aziz berharap anak-anaknya yakin dan mampu menjaga diri.

Bagi mama papa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai apakah sebenarnya pendidikan awal kanak-kanak, kupasan lanjut tentang apakah itu tadika dan taska’

Terdapat juag kupasan pendapat pakar pendidikan awal kanak-kanak tentang usia yang sepatutnya didedahkan kepada alam persekolah. Info penting ini boleh ditonton dalam rancangan TV Pa&Ma Musim Kelima Episod 7: Pendidikan Awal Kanak-Kanak bersama pengacara Jihan Muse dan Ungku Hariz  pada 17 Ogos 2019, Sabtu, jam 11 pagi hanya di saluran Astro Prima & Astro Prima HD.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI