Dapat Kawal Emosi Marah Dan Tengking Ketika Anak Buat Perangai, Anda Mak Ayah Terbaik!

Share

Kita mahu menjadi seorang ibu atau bapa yang terbaik untuk anak-anak. Namun bila terlalu marah dengan perangai anak-anak kita pula yang menjerit dan menengkingkan anak-anak.

Biasanya lepas tengking atau marah anak, kita akan menyesal atas keterlanjurannya. Kalau sudah terpukul anak, ada juga yang bukan sahaja rasa menyesal tetapi senyap-senyap menangis kerana rasa bersalah.

Kawal emosi kita. Bimbang terlalu marah atau pukul terlalu kuat akan mencederakan emosi dan fizikal anak-anak sehingga mereka ingat sampai bila-bila.

Elakkan memukul ketika kita marah. Yang penting, mereka mesti tahu kenapa mereka dimarahi. Terangkan alasan kita.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

IKLAN