Kalah dengan pujian! Itulah hakikatnya. Baik kita orang dewasa, anak-anak kecil kita juga sama. Pujian seumpama tanda penghargaan buat anak kecil kita. Jadi jangan lokek untuk memberikan pujian.
Tidak hanya pujian, menunaikan permintaan anak-anak dan menenangkan hati mereka dalam segala segi buat anak jadi lagi lembut hati. Berlembutlah.
Perkongsian Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim ini mak ayah perlu aplikasikan dalam mendidik anak-anak. Mudah!
1. Bila dapat pujian.
Budak budak ni dapat pujian macam dapat award. Dia punya bangga, suruh buat apa pun dia ikut je lepas tu. Sungguh!
2. Bila dapat bermain bersama.
Setiap kali kita main bersama & hiburkan hati anak semua tu akan masuk memori jangka panjang dia. Apa sahaja aktiviti yang ada mixed dengan emosi memang ingat sampai bila-bila.
Ads
3. Bila permintaan di tunaikan.
Permintaan seorang anak pada ibu ayahnya kerana dia tiada tempat bergantung lain dah. Jadi apabila kita tunaikan permintaan dia, anak akan rasa sangat bersyukur & happy.
4. Bila dapat perhatian.
Anak panggil kita toleh. Anak tunjuk kepandaian kita puji. Ini semua sebenarnya mengisi tangki emosi ( self esteem) dia. Makin tinggi nilai dirinya nanti.
5. Bila dimaafkan kesilapannya.
Anak ni kadang kadang tak sedar pun dia buat salah. Maklum la budak baru belajar. Jadi apabila dia buat salah kita maafkan dia dengan nasihat & teguran yang sopan. Pasti anak hargainya.
Tak susah pun nak buat, tapi ini la yang paling susah nak konsisten buat setiap hari lebih lebih lagi ketika kita di uji dengan masalah dan kepenatan.
Hakikatnya, kita bukan malaikat. Tapi hanya manusia yang banyak kelemahan tapi sentiasa mahu berikan yang terbaik demi keluarga tersayang.
Sesiapa sahaja yang bakal bergelar ibu bapa pasti teruja dalam melakukan persiapan untuk menyambut kelahiran si manja. Bermula awal kandungan lagi segala-galanya sudah dirancang daripada pakaian, mandian dan juga peralatan membawa bayi sudah siap sedia dalam senarai yang bakal dibeli.
Bagi ibu bapa yang ingin membeli stroller bukan sesuatu yang mudah kan? Tak kiralah bagi anda yang sudah mempunyai anak ataupun masih menunggu kelahiran si comel, ada beberapa aspek yang anda perlu fikirkan dan perlu diteliti sebelum membuat pilihan untuk membeli stroller.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda dan pasangan untuk memilih stroller terbaik buat si manja;
1. Keselamatan
Aspek ini sangat penting. Setiap stroller perlu ada ciri-ciri keselamatan. Stroller di BabyShop memenuhi piawaian ECE. ECE bermakna tempat duduk stroller memenuhi European Safety Standare. Dua digit terakhir sepatutnya berakhir dengan nombor 04 (versi terkini) or 03.
Anda boleh periksa ciri ini dengan meneliti beberapa perkara. Pastikan tempat duduk boleh dilaraskan untuk keselesaan anak-anak, adanya sistem tali pinggang keselamatan yang boleh menghalang bayi daripada terjatuh, tiada bucu tajam yang boleh cederakan anak anda, stroller kuat dan kukuh serta stabil dan ada sistem brek pada roda stroller.
2. Fungsi sistem recline
Fungsi recline sangat penting terutamanya untuk bayi umur enam bulan ke bawah. Bayi dalam lingkungan umur ini masih lagi tidak boleh duduk dengan sendiri. Jadi, fungsi recline penting untuk membolehkan dia berada dalam stroller dan dapat berbaring dan tidur dengan selesa.
Jika anda mahu membeli stroller yang boleh dipakai sejak daripada usia lahir sehingga besar, pilihlah stroller yang ada fungsi recline.
3. Mudah dilipat
Apabila stroller mudah dilipat, mudah untuk anda kendalikannya. Carilah stroller yang boleh ditutup seperti lipatan payung dan mempunyai ciri lipatan menggunakan satu tangan. Jadi, ia mudah disimpan dan senang di bawa ke mana-mana.
4. Material
Pilihlah material yang selesa dan tahan lasak. Dalam pada itu, apabila bercakap tentang bayi, kebersihannya perlu jadi keutamaan. Dapatkan stroller yang boleh dibuka untuk dibasuh kainnya. Hal ini kerana bila lama dipakai, ia pasti kotor. Pastikan juga materialnya berkualiti. Tidak mudah koyak, tahan lasak dan kalis air.
5. Tali pinggang
Tali pinggang keledar amat penting untuk mengelakkan anak anda jatuh disebabkan pergerakannya yang aktif dan tidak diduga. Sistem yang paling selamat adalah sistem abah-abah lima penjuru (five-point harness) – sekeliling pinggang, antara kaki dan dari bahu ke bawah. Pastikan kancingnya mudah untuk anda buka, tetapi cukup selesa dan selamat untuk anak anda.
6. Brek
Seperti membeli kereta juga, anda perlu cuba mengendalikan stroller ini. Cuba gunakan breknya. Adakah brek ini mudah digunakan dan berfungsi dengan baik apabila perlu
7. Tempat/ bakul simpanan
Stroller yang bagus seharusnya mempunyai tempat menyimpan. Apabila membeli belah, anda boleh letakkan barang yang dibeli di tempat simpanan ini.
Pasti anda tertanya-tanya, “Ada ke stroller yang mempunyai ketujuh-tujuh ciri-ciri ini?” jawapanya ADA! Juniors Maxim Multi-Position Travel System stroller mempunyai ketujuh-tujuh ciri ini. Anda tidak perlu bimbang lagi dengan keselamatan anak anda jika berada dalam stroller kerana Juniors Maxim Multi-Position Travel System stroller mempunyai ciri keselamatan yang menggunakan sistem perjalanan abah-abah lima penjuru (five-point harness travel system).
Kelebihan Juniors Maxim Multi-Position Travel System stroller:
Apa yang menariknya stroller ini ianya dua dalam satu yang menggabungkan stroller dan kerusi keselamatan bayi dalam satu harga dengan harga yang sangat berpatutan iaitu hanya RM599 sahaja.
Diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi, sistem perjalanan ini tahan lama namun ringan. Ia dilengkapi dengan bakul simpanan mudah alih dengan pemegang cawan yang boleh ditanggalkan untuk kemudahan tambahan anda.
– Umur maksimum yang disyorkan adalah sehingga 3 tahun
– Roda/tayar yang boleh dikunci
– Pelbagai posisi, fungsi sistem reclin (boleh berbaring)
– Kebolehulangan
– Sistem abah-abah lima penjuru
– Jenis bingkai yang digunakan adalah jenis logam
– Berat maksimum kanak-kanak sehingga 15kg
– Dimensi (cm) (PxBxT): 40.5x53x104
– Kombinasi praktikal antara stroller dan kerusi keselamatan bayi menjadi sistem perjalanan
– Bakul kanak-kanak/bakul ibu bapa dan bekas pemegang cawan yang mudah ditanggalkan untuk kemudahan dalam perjalanan
– Mempunyai mekanism yang boleh berpusing
– Kebolehlangkapan: Tolak butang Lipat
Dengan adanya kesemua ciri ini dalam satu stroller malah ditambah pula dengan kombinasi kerusi keselamatan bayi dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM599 tentu sekali anda teruja untuk memiliki Juniors Maxim Multi-Position Travel System stroller. Hanya di BabyShop buat tersayang!
Dapatkan barangan bayi di @babyshop_malaysia di cawangan seperti yang tertera!
-IOI CITY MALL
-MYTOWN KL
-THE CURVE
-SUNWAY PYRAMID
-EAST COAST MALL KUANTAN
-DATARAN PAHLAWAN MELAKA
Papa mama jangan lupa rebut peluang untuk memenangi hadiah voucher tunai. 3 pemenang bertuah bakal mendapat hadiah berjumlah RM200 voucher tunai. Caranya mudah sahaja, papa mama hanya perlu menjawab soalan peraduan minggu kedua di Facebook Pa&Ma. Peraduan ini bermula pada 7 November 2019 sehingga 13 November 2019.
Kita biasa dengar jenis makanan yang baik untuk perkembangan otak. Apa kata, kali ini kita ambil tahu pula jenis makanan tidak berkhasiat yang boleh memberikan kesan negatif kepada otak, khususnya memori otak.
Apakah makanan tersebut? Ikuti perkongsian yang dikongsi ini.
Minuman bergula seperti minuman bergas, minuman sukan, minuman tenaga dan juga jus buah.
Pengambilan minuman bergula yang tinggi bukan sahaja menambahkan berat badan dan meningkatkan risiko penyakit jantung, malah ia juga boleh memberi kesan negatif pada otak anda.
Pengambilan minuman bergula yang berlebihan juga meningkatkan kemungkinan seseorang untuk menghidap diabetes jenis 2, sekali gus meninggikan risiko penyakit Alzheimer.
Selain itu, kadar gula dalam darah yang lebih tinggi dapat meningkatkan risiko demensia, walaupun dalam kalangan mereka yang tidak menghidap diabetes.
Anda mungkin perlu mula menggantikan minuman bergula dengan minuman yang lebih sihat seperti air kosong, teh ais tanpa gula, jus sayuran dan produk tenusu tanpa gula.
Karbohidrat halus termasuklah makanan seperti gula dan biji-bijian yang diproses, seperti tepung putih. Karbohidrat jenis ini umumnya mempunyai indeks glisemik (GI) yang tinggi.
Ini bermaksud tubuh anda mencernanya dengan cepat, menyebabkan peningkatan kadar gula darah dan insulin anda secara mendadak.
Selain itu, apabila dimakan dalam jumlah yang lebih banyak, makanan tidak berkhasiat ini sering kali mempunyai beban glisemik (GL) yang tinggi.
GL merujuk kepada seberapa banyak makanan yang meningkatkan kadar gula darah anda, berdasarkan saiz hidangan.
Makanan yang tinggi GI dan GL didapati boleh merosakkan fungsi otak.
Kajian telah menunjukkan bahawa hanya dengan satu hidangan yang mempunyai beban glisemik yang tinggi, ia boleh merosakkan ingatan pada kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Satu lagi kajian yang dijalankan dalam kalangan pelajar universiti yang sihat mendapati, mereka yang mempunyai pengambilan lemak dan gula halus yang lebih tinggi juga mempunyai memori otak yang kurang baik.
Merkuri adalah bahan cemar logam berat dan racun neurologi yang dapat disimpan dalam masa yang lama dalam tisu haiwan.
Ikan pemangsa yang berumur panjang sangat terdedah dalam pengumpulan merkuri dan dapat membawa lebih daripada satu juta kali kepekatan merkuri berbanding air di sekitarnya.
Sumber pengambilan utama merkuri pada manusia adalah daripada makanan laut, terutama jenis hidupan laut liar.
Setelah seseorang itu mencerna merkuri, ia akan menyebar ke seluruh badan mereka, tertumpu pada bahagian otak, hati dan juga buah pinggang.
Kesan ketoksikan merkuri termasuklah gangguan pada sistem saraf pusat dan neurotransmitter selain rangsangan neurotoksin, yang mengakibatkan kerosakan pada otak.
Bagi janin dalam kandungan dan juga kanak-kanak kecil, merkuri dapat mengganggu perkembangan otak dan menyebabkan pemusnahan komponen sel.
Ini boleh menyebabkan kelumpuhan serebrum (cerebral palsy) dan gangguan perkembangan lain.
Namun, kebanyakan ikan tidak mengandungi kandungan merkuri yang terlalu tinggi. Malah, ikan adalah sumber protein berkualiti tinggi dan mengandungi banyak nutrien penting, seperti omega-3, vitamin B12, zink, zat besi dan magnesium.
Oleh itu, penting untuk anda memasukkan ikan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat.
Wanita hamil dan juga kanak-kanak perlu mengelakkan pengambilan ikan dengan kadar merkuri tinggi, seperti ikan yu, ikan todak dan ikan tuna.
Makanan yang diproses tinggi dengan kandungan gula, lemak dan garam tambahan.
Satu kajian yang dijalankan terhadap 243 individu mendapati, peningkatan lemak di sekitar organ, atau lemak viseral, dikaitkan dengan kerosakan tisu otak.
Kajian lain yang merangkumi 18,080 individu pula mendapati bahawa diet yang tinggi dengan makanan bergoreng dan daging yang diproses dikaitkan dengan skor pembelajaran dan ingatan yang lebih rendah.
Hasil yang sama juga didapati dalam kajian berskala besar lain terhadap 5,038 individu.
Diet yang tinggi dengan pengambilan daging merah, daging diproses, kacang panggang dan makanan bergoreng dikaitkan dengan keradangan dan penurunan kemahiran penaakulan yang lebih cepat dalam tempoh 10 tahun.
Anda boleh mengelakkan makanan yang diproses dengan mengambil makanan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang-kacangan, biji-bijian, daging dan juga ikan.
Selain itu, diet Mediterranean terbukti melindungi otak anda daripada penurunan fungsi kognitif dan memori otak.
Kajian mendapati, apabila seseorang individu mengambil lemak trans dalam jumlah yang lebih tinggi, mereka cenderung untuk mempunyai risiko peningkatan penyakit Alzheimer.
Selain itu, mereka juga cenderung mengalami ingatan yang lebih buruk, jumlah otak yang lebih rendah dan penurunan kognitif.
Walau bagaimanapun, beberapa kajian tidak menemui kaitan antara pengambilan lemak trans dan kesihatan otak.
Namun, lemak trans harus dielakkan. Ia mempunyai kesan negatif pada banyak aspek kesihatan lain, termasuk kesihatan jantung dan penyebab keradangan.
Satu kajian terhadap 38 wanita mendapati bahawa mereka yang mengambil lebih banyak lemak tepu berbanding lemak tidak tepu menunjukkan prestasi yang lebih buruk berkenaan memori otak mereka.
Oleh itu, nisbah lemak relatif dalam makanan adalah faktor yang penting, bukan hanya jenis lemak itu sahaja.
Sebagai contoh, diet yang tinggi asid lemak omega-3 didapati membantu melindungi otak daripada penurunan fungsi kognitif.
Omega-3 meningkatkan rembesan sebatian antiradang di otak dan boleh memberi kesan perlindungan, terutama terhadap individu yang lebih tua.
Anda boleh meningkatkan jumlah lemak omega-3 dengan makan ikan, biji chia, dan kacang walnut.
Sebolehnya, elakkan daripada mengambil makanan-makanan seperti yang dinyatakan di atas ini untuk menguatkan kembali fungsi otak anak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bebelan isteri kepada suami tentang rasa letih yang dialami memang perkara biasa. Bukan mengada-ngada tapi memang itu cara wanita lepaskan penat dan stres uruskan rumahtangga.
Para suami tentu perasan kan? Sebagai suami cubalah layan cerita isteri walaupun kadangkala ia cerita yang sama. Bagi isteri bila ada orang dengar cerita dia dah cukup untuk melegakan kepenatannya.
Perkongsian dari Wan Abdul Azim dari kaca mata seorang suami diharap dapat membuka mata ramai lagi suami supaya lebih memahami dan membantu para isteri.
Isteri seawal mencelik mata sarat fikir banyaknya perlu dibuat dan diuruskan, menyiapkan makanan, mengasuh dan menysu anak.
Ada isteri yang terkejar kejar masa kerana perlu berkerja di luar dan menyiapakan segala pekerjaan yang telah diarahkan bos dalam masa yang sama perlu menguruskan hal berkaitan rumah dan anak-anak tidak kurang juga yang menjadi suri rumah tetapi masih berkerja dengan berniaga online, mengambil upah menjahit, membuka kelas tuisyen di rumah, menjual nasi lemak dan kuih di hadapan rumah, menjadi baby sitter dll.
Hakikatnya mereka yang berkerja di luar mahupun yang berkerja di rumah kedua-duanya adalah ibu dan isteri sepenuh masa. Kedua-duanya masih bergelar suri rumah kalau mengikut pemahaman aku sendiri. Mereka tetap suri rumah sepenuh masa.
Cuba bayangkan yang mengurus rumah tangga sepenuh masa adalah suami? Mampukah kita menggalas tugas yang digalas isteri kita? Kerana itu emosi isteri mudah cedera kerana dia keletihan bekejar menguruskan pelbagai perkara.
Jadi kita cubalah jadi suami dan ayah yang baik buat isteri dan keluarga kita. Kita bantu mereka. Isteri ini wanita.
Wanita ini bila keletihan sebenarnya dia suka bila kita mendengar luahan rasa dia. Apabila masalah banyak bertandang dalam minda dia, dia suka nak bercerita kepada kita.
Kadang-kadang tak ada masalah apa pun, tapi dia mula “mengada-ngada” dengan kita. Sebabnya dia dah letih memanjakan anak-anak dan suami dia. Sang suami jadilah kamu pendengar yang setia.
Jangan apabila isteri baru hendak memulakan kata, kamu sudah matikannya dengan kata-kata. “Awak ni hari-hari cerita yang sama.” Kita suami bosan mendengar sedangkan isteri tak pernah bosan menguruskan rutin harian yang sama.
Aku juga banyak belajar dari isteriku. Sememangnya hari-hari akan cerita yang sama kerana hari-hari itulah rutin motherhood yang mereka lalui.
Suami ambil peranan, manja-manjakanlah isteri pula walaupun sekadar mendengar dia melepaskan lelah di dada.
Manusia terbaik dan paling layak untuk si isteri berbicara terutama apabila perkara tersebut membabitkan perihal sendiri atau rumahtangga sudah tentulah pasangannya.
Barangkali sumbangan kita sebagai pendengar ni sangat memberi impak yang besar mengubat tekanan jiwa isteri kita yang seharian dipenuhi dengan pelbagai kerenah kerja dan anak-anak.
Jangan mengharap isteri sahaja menjadi supermama & superwoman. Suami juga perlu menjadi supersuami dan superdaddy! Bantu isteri kita sebaiknya!
Dalam rumah tangga ini, Iblis sentiasa mengambil peluang untuk menghancurkan rumah tangga. Jadi, saling membantulah agar kecederaan emosi isteri itu kita yang menjadi penawarnya.
Hidup berumah tangga ni bak kata isteri “the struggle is real.” Sama-samalah berjuang. Kita suami, kita ketua keluarga wajiblah kita bertempur bersama.
Kata-kata Iblis untuk merosakkan emosi si ibu, rosak ibu rosaklah semuanya.
Buatlah ibu merasa selalu dalam kelelahan dan kepenatan, kerana rentetan dari kelelahan itu adalah sakit kepala, mudah marah, mudah mengucapkan kata-kata kasar, mudah melakukan kekerasan fizikal kepada anak dan kelelahan itu juga akhirnya yang membuat ibu itu jadi merasa enggan atau tidak ada waktu untuk mengurus dirinya sendiri dan kerana kepenatan itu juga akhirnya membuat ibu enggan melayani ‘permintaan’ suaminya. Maka jika ibu rosak jiwanya, maka akan lebih mudah bagi iblis utk merosak dan menghancurkan anggota keluarganya.
Aku, Wan Abdul Azim jarang menukil kata-kata tapi ini coretanku agar kaum suami dan ayah buka mata. Isteri kita bukan hamba, isteri kita amanah kita yang akan dipersoalkan pertanggungjawabannya di akhirat kelak.
Walid 3 Cahaya Mata. Bandar Tasik Selatan. 1241pm.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.