Anak-kecil mana yang tidak suka memanjat sana sini. Asal sahaja nampak tempat tinggi seperti pintu, tingkap dan sebagainya, semuanya jadi ‘pot‘ anak memanjat. Baik anak lelaki atau perempuan, semuanya sama sahaja.
Bila melihat anak memanjat tinggi, mula lah kita sebagai mak ayah mahu anak cepat-cepat turun. Kita terlebih risau, bimbang bahaya mengundang. Sebaiknya kita pantaulah pada jarak dekat.
Perkongsian seorang pengguna Tik Tok, @adnanfaisalrauf turut berkongsi tip supaya anak turun cepat-cepat ketika memanjat. Tak perlu paksa untuk turun sebaliknya gunakan kaedah mudah ni.
Kita kena faham anak-anak dan sentiasa cari cara supaya dia faham kita. Tak boleh harap dia akan faham sendiri.
Nak didik anak perlu ilmu, nak buat apa apa pun perlu ilmu. Adnan tak banyak ilmu pun. Cuma share apa yang Adnan rasa baik untuk di share.
Ni tip anak suka memanjat
Anak yang pandai memanjat kebiasaannya akan teragak-agak untuk turun ke bawah. Jangan larang tetapi gunakan sedikit psikologi untuk membuatkan anak terus turun ke bawah. Ini panduan yang dikongsikan oleh bapa ini.
* Jangan paksa atau expect dia akan cepat faham. Nanti kita akan stress dan mula marah-marah.
* Celebrate sikit pencapaian dia.
@adnanfaisalrauf Tips Suruh Anak Yang Suka Panjat Turun 🥰 . Kita kena faham anak-anak dan sentiasa cari cara supaya dia faham kita. Tak boleh harap dia akan faham sendiri. Nak didik anak perlu ilmu, nak buat apa apa pun perlu ilmu. Adnan tak banyak ilmu pun. Cuma share apa yang Adnan rasa baik untuk di share. 🥰 . #toddler#parenting♬ original sound – Adnan Faisal
Jangan anggap wanita yang pendiam tiada masalah dalam kehidupannya sebagai isteri dan ibu. Wanita memang dilahirkan dengan kebolehan menyimpan kesedihan, tetapi jika melebihi had, mereka boleh jadi stres.
Namun, ramai suami tidak faham kenapa isteri boleh jadi stres. Ada menganggap isteri mengada-ngada dan menuduh isteri tidak buat kerja dengan ikhlas dan berkira.
Isteri hanya minta suami memahami dan membantu mereka dalam rumah tangga supaya kuranglah serba sedikit tekanan yang dihadapi.
Berikut 6 sebab yang perlu suami tahu kenapa isteri anda stres!
Ramai cik abang menggelarkan isteri sebagai SuperMom, WonderMom atau SuperWomen tetapi sehebat dan sekuat mana pun ibu itu, isteri masih memerlukan bantuan suami.
Lagi memberikan tekanan apabila suami tidak reti membantu kerja rumah atau menguruskan anak dan isteri membuat semua kerja sendirian tanpa bantuan.
Cik abang tahu mengarahkan saja. Isteri pun tahu penat, jadi ringankan tangan membantu isteri di dapur tanpa diminta, sekurang-kurangnya kemaskan meja makan atau cuci pinggan.
Ibu suri rumah tiada masa untuk diri sendiri. Ketika sedang membuang air besar pun sentiasa ditemani anak.
Jadi, mustahil ibu ada masa untuk diri sendiri walaupun sejam. Sebagai suami, berikan masa kepada isteri meluangkan masa sendiri. Benarkan isteri buat perkara yang dia mahu buat tanpa gangguan anak-anak seperti pergi spa dan salon.
Suami banyak lepas tangan dalam menjaga anak, bukan saja di rumah tetapi hingga kepada pengurusan anak-anak di sekolah. Ketika hari sukan, ambil keputusan anak, hari perjumpaan ibu bapa, semua isteri lakukan sendiri tanpa suami ambil tahu.
Sesibuk mana pun, luangkanlah masa untuk anak. Jangan serahkan 100 peratus tugas kepada isteri.
Isteri mahu suami tahu mengimbangi masa kerja dan keluarga. Jika Isnin-Jumaat suami bekerja, ambil masa pada hujung minggu untuk luangkan bersama keluarga. Bukan keluar lepak dengan kawan. Isteri juga perlukan rehat dan kasih sayang.
Suami jangan lupa isteri juga perlukan perhatian dan bukan hubungan intim semata-mata. Kepada suami yang kerja hingga hujung minggu, luangkan masa bermain bersama dengan anak sebentar pun tidak kisah asalkan ada di rumah bersama keluarga sudah cukup.
Ramai suami sekarang lebih suka bermain telefon dan gelak sendirian daripada berbual dengan isteri. Isteri mana tidak tertekan, kadangkala apabila isteri bercakap umpama bercakap dengan dinding, tidakpun mengangguk tanda faham, tetapi sebenarnya masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Bila isteri cakap tidak fokus, boleh pula salahkan isteri tidak beritahu awal. Kalau sudah gila telefon, apa kata, cik abang ambil saja telefon dan hantar mesej kepada isteri, itu pun salah satu cara komunikasi juga. Mudahkan?
Jika keadaan ini berlaku pada isteri ia satu petanda tidak baik dalam hubungan rumahtangga. Suami jangan biarkan isteri mempunyai perasaan ini kerana ini boleh menyebabkan isteri rasa mereka tidak disayangi atau suami ada perempuan lain.
Dalam hubungan, kena ada gurau senda, dan lawak jenaka baru timbul keseronokan.
Caranya mudah, layan isteri seperti mana anda bercinta dahulu.
Kesimpulannya, suami jangan biarkan isteri buat semua kerja sendirian. Luangkan masa, dengar dan fahami isteri. Janganlah apabila isteri sudah tiada perasaan dengan anda, baru rasa mahu berubah.
Isteri apabila move on, selembut-lembut hati wanita pun tidak mungkin anda boleh pujuk, walaupun menangis air mata darah sekalipun.
Sumber: bumbumcak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebaknya bila mendengarnya ucapan dan doa Fouziah Gous untuk anak keduanya Zaheen Yusof! Doa ibu tiada hijab, apatah lagi dilafazkan di tanah suci Mekah.
Video yang dimuat naik di Instagram itu menyaksikan Fouziah dan suaminya, Md Zhafran menyanyikan lagi happy birthday & Allah Selamatkan Kamu untuk Zaheen sempena ulang tahun kelahirannya yang pertama.
Dia juga turut mendoakan kesejahteraan anaknya agar menjadi anak yang soleh dan diakhirnya menyaksikan tangisan sebak ibu muda ini.
fouziahgous Walaupun aku ini terlalu hina dan tidak layak tetapi Allah tetap memberi nikmat yg terlalu indah dalam hidupku..thank you Allah ?, semoga Allah SWT terus merahmati dan ampunkan segala dosa kami sekeluarga. . Happy birthday anak syurga anak solehku???❤️ #zhafoujr2 #zaheenyusuf#zaheenyusufturns1 #zhafouumrah#mecca
Para follower dan netizen mengakui tanpa sedar mengalirkan air mata menyaksikan video yang menyentuh hati ini. Ada yang turut mendoakan kesejahteraan dan mengaminkan doa Fouziah untuk anak kecilnya itu.
Membawa si kecil melihat dunia amat baik untuk perkembangannya. Ia adalah satu bentuk rangsangan yang menggalakkan bayi menerokai sesuatu yang baru. Nak bawa mereka bersama tentu ada panduannya, lebih-lebih lagi jika ke luar negara.
Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 13 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Pengembara Cilik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semestinya bercuti merupakan aktiviti yang amat disukai oleh kanak-kanak. Mana tidaknya, inilah masa untuk mereka bersuka ria! Lazimnya percutian pendek seperti satu hari dua malam atau dua hari tiga malam merupakan kelaziman buat mereka yang mempunyai keluarga.
Namun tempoh itu akan meninggalkan ‘igauan ngeri’ jika ada anak-anak mula ‘buat hal’. Bagaimanapun ada caranya untuk mengelak atau mengendalikan anak-anak seumpama ini semasa bercuti atau melancong.
Sebelum memulakan perjalanan, anda telah membuat perancangan yang rapi tempat atau lokasi secara tepat yang bakal dilawati. Tempat yang dilawati mestilah selamat dan cuaca yang tidak terlalu panas atau sejuk. Lokasi sama ada pusat peranginan, taman tema, pantai atau air terjun.
Tempat penginapan ditempah lebih awal. Perjalanan yang jauh menjadikan kanak-kanak mudah letih. Keadaan akan menjadi lebih tidak terkawal sekiranya anda tidak dapat menyediakan segera tempat untuk mereka berehat dan melakukan aktiviti yang disukai semasa sampai di tempat yang dituju.
Jelaskan kepada anak bahawa biar di mana pun mereka berada, peraturan tetap ada, sekalipun pergi bercuti. Oleh itu, jelaskan beberapa peraturan yang ditetapkan semasa bercuti misalnya tidak membuang bising di lobi hotel, tidak berebut semasa mengambil makanan semasa di hotel dan beberapa peraturan lain. Malah sentiasa mewujudkan ‘peraturan’ sebelum bergerak sesuatu tempat yang ingin dilawati. Dalam masa yang sama anda boleh menyelitkan beberapa peraturan yang perlu diikuti semasa percutian tersebut.
Aktiviti yang dirancang tidak terlalu padat. Makin kurang aktiviti yang di rancangan makin kurang tekanan pada anak. Percutian adalah sesuatu yang menggembirakan anak-anak. Oleh itu, jangan jadikan ia sesuatu mimpi ngeri buat anak anda.
Sekiranya anda merancang untuk melancong dalam jangka masa yang lama dan jauh, mulakan dengan membawa anak melancong dalam tempoh masa yang pendek. Tujuannya adalah untuk melihat sikapnya sama ada mudah menerima perubahan atau tidak. Kesan daripada itu, anda akan ketahui tindakan yang boleh diambil bagi membantu mengawal tingkah lakunya.
Sediakan minda anak untuk berjalan jauh atau melancong. Sekurang-kurangnya seminggu sebelum perjalanan bermula. Berbincang dengan anak tentang percutian dan tunjukkan gambar tempat yang bakal dikunjungi. Secara tidak langsung mereka akan mempunyai perasaan gembira untuk pergi bercuti dan sentiasa mendengar arahan anda.
7. Sedia kamera
Beri anak kamera untuk kegunaan mereka sendiri. Banyak terdapat di pasaran kamera yang murah dan senang digunakan. Tingkah laku yang tidak diingini dapat dialih bila kanak-kanak sibuk mengambil gambar yang dilihatnya atau yang diminatinya. Kesibukan dengan aktiviti baru ini membuatkan mereka ceria sepanjang percutian.
Bawa bersama mainan yang digemarinya Anda memasukkan mainan tersebut dalam beg kecil. Mudah untuk anda mencarinya apabila diperlukan oleh anak anda. Mainan yang digemari akan dapat membantu mengalih perhatian anak anda daripada menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
Bagi anak yang lebih besar, anda boleh sediakan permainan muat turun di tablet anak anda. Pastikan juga anda telah memasukkan beberapa permainan atau program yang mencukupi serta menarik. Namun hadkan permainan ini kerana kanak-kanak tidak digalakkan melihat skrin tablet dalam tempoh yang lama.
Sepanjang perjalanan anak memakai pakaian yang selesa. Pakaian tersebut sebaik-baiknya mudah ditanggalkan dan fabrik yang tidak terlalu panas atau sejuk. Ia juga tidak terlalu ketat atau longgar supaya mudah untuk bergerak dengan aktif. Cara ini mengelak anak meragam disebabkan rasa panas dan tidak selesa.
Kadang kala anak-anak mula membuat perangai atau tidak dengar cakap apabila mula berasa lapar. Bawa bekalan makanan ringan, buah-buahan dan roti yang secukup sepanjang perjalanan. Jika perlu bawa beg tahan sejuk supaya anak-anak dapat minum minuman yang sejuk semasa perjalanan.
12. Kotak pertolongan cemas
Pelbagai ubat-ubatan ada dalam kotak pertolongan cemas termasuk ubat demam dan sebagainya. Juga jangan lupa membawa ubat yang sepatutnya terutamanya jika anda mempunyai anak-anak yang mempunyai jadual pengambilan ubat-ubatan.
13. Elak makanan manis
Semasa perjalanan elak daripada memberi gula-gula atau makanan manis pada anak. Pemberian gula hanya akan membantu merangsang kanak-kanak aktif. Ia akan membuat anak anda sukar dikawal seperti tidak duduk diam terutama sekali bagi anak yang berusia satu hingga empat tahun.
Sekiranya anda melancong ke tempat yang belum pernah anda kunjungi, anak anda mungkin akan mengalami kejutan daripada segi makanan. Mereka mungkin tidak selesa dengan ‘makanan baru’ itu. Akibatnya anak tidak mahu makan. Situasi lapar boleh menyebabkan anak tidak selesa dan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda harus bersedia dengan makanan yang dimasak sendiri atau makanan yang biasa dimakan oleh anak.
Memulakan perjalanan pada waktu malam adalah digalakkan. Waktu malam adalah waktu tidur buat anak-anak. Situasi ini juga dapat membantu mengelakkan anak anda dari bosan semasa berada dalam perjalanan.
16. Melancong dengan minda terbuka
Semasa melancong anda dan anak mungkin akan bertemu dengan perkara atau peristiwa yang di luar dugaan anda. Jangan cepat membuat kesimpulan yang negatif tentang sesuatu yang bertentangan dengan budaya sendiri. Jangan cepat menilai dan cuba sedaya mungkin mencari perkataan yang boleh mengalih rasa ketakutan atau tidak selesa anak anda.
17. Persekitaran tenang
Melancong ke tempat yang sesak dengan orang ramai membuatkan anak tidak berasa selesa. Cara ini membuatkan anak berasa rimas. Bawa anak ke kawasan yang tenang, nyaman dan damai. Itulah percutian buat anak. Jika anda bercadang untuk membeli belah di kawasan yang sesak, seharusnya tinggal sementara anak di hotel.
18. Tidak ke kedai permainan
Jika anda dalam percutian bajet. Elakkan membawa anak singgah ke kedai permainan atau cenderahati yang berdekatan dengan hotel. Kebiasaan harga yang di tempat seumpama ini agak mahal. Cara ini mengelak anak meragam apabila permintaannya tidak dipenuhi.
19. Lokasi lawatan
Pergi bercuti memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun tempat lawatan atau aktiviti lebih berbentuk orientasi kekeluargaan dan kanak-kanak. Jangan lupa, kawasan yang menawarkan kolam renang dan taman permainan tema. Kanak-kanak pastinya sepanjang hari berseronok dan gembira.
20. Dalam pesawat
Jika anda memilih untuk menaiki kapal terbang untuk ke destinasi percutian, anak akan mengalami perubahan tekanan dalam kapal terbang semasa berlepas atau mendarat. Ia mungkin akan membuatkan mereka meragam atau menangis dan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh itu, tip untuk mengelak daripada berlaku ialah berikan sesuatu untuk diminum atau berikan lollipop pada anak yang lebih besar.
21. Beg kecil
Jika anda mempunyai beberapa orang anak yang masih kecil, masukkan pakaian setiap anak-anak ke dalam plastik secara berasingan sebelum anda memasukkan kesemuanya dalam beg besar anda. Keadaan ini akan memudahkan dan mempercepatkan tindakan anda semasa mengurus anak kecil tersebut. Dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anak daripada menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
22. Berhenti rehat secukupnya.
Sekiranya anda melakukan perjalanan hampir separuh hari dengan menggunakan kereta, anda perlu singgah berehat, sekurang-kurangnya dua jam sekali. Kanak-kanak memerlukan masa antara 15 hingga 30 minit untuk menghilang rasa letih, lenguh dan juga untuk bermain seketika sebentar
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.